Merak disifat (dalam buku cerita kanak-kanak) sebagai binatang yang sombong kerana kecantikannya
Rasulullah saw bersabda, (Hadis Riwayat Muslim dan Abdullah bin Mas’ud):
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah dari kesombongan.”
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa, individu yang memiliki sifat yang sombong, walaupun sebesar zarah, tidak akan masuk syurga. Betapa besarnya dosa menyombong diri sehinggakan Allah menetapkan hukuman seperti itu.
Pernahkah kita terfikir kenapa Allah menetapkan, individu-individu yang memiliki rasa sombong dan bangga diri tidak akan masuk syurga? Kalau kita fikir-fikirkan, sesungguhnya sifat sombong itu akan membawa kita kepada kekufuran dan juga mencegah kita daripada beriman.
Walau sehebat mana pun kita berhujah, walau sehebat mana pun kita bekerja, tetap Allah Yang Maha Agung. Macam mana pun bagusnya kita pada pandangan manusia, tetap juga kita akan kembali pada-Nya. Cuba fikir dan renungkan, engkau memiliki suara yang merdu, yang mampu melembutkan hati semua orang bila menyanyi/mengaji/bercakap. Tapi, siapakah yang memberikan suara mu itu? Engkau juga memiliki rupa paras yang indah, namun, siapa yang mengurniakan engkau rupa paras yang indah itu? Engkau boleh berjalan, menjelajahi alam yang diciptakanNya, namun, siapa yang memberikan engkau kaki itu?
Kalau la ada yang tak bersuara merdu, yang tak memiliki rupa yang cantik/handsome, yang tak boleh berjalan… Contoh yang terendah ialah, kita boleh bernafas, menghirup oksigen, lalu siapakah pula pencipta/pemberi oksigen tu?
Allah tidak menyukai orang yang sombong!!!!
Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong. Dalam Al-Quran, banyak kali Allah berfirman, sememangnya Dia tidak menyukai orang yang sombong. Sifat sombong itu milik Allah, kenapa kita nak ambil sifat itu dari dia sedangkan kita tiada apa-apa kelebihan pun. Dan kalaupun ada, semua itu datangnya dari Allah… Pencipta kita.
Di sini disertakan beberapa ayat yang menyatakan Allah tidak menyukai dan melarang orang yang sombong.
Surah Luqman, ayat 18:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidah menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”
Surah Al-Hadid, ayat 23:
“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”
Surah Al-Isra’, ayat 37:
“Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung.”
Surah An-Nahl, ayat 23:
“Tidak diragukan lagi bahawa Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong.”
Banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa sifat sombong itu sesungguhnya tidak disukai Allah dan kita dilarang untuk memupuk sifat sombong. Jauhi [SOMBONG], buang [SOMBONG] itu dari dalam diri kita.
Mungkin ada di kalangan kita dilantik menjadi orang terpenting dalam satu organisasi, dan mungkin ada yang jadi pemimpin, mungkin ada yang mendapat anugerah dan mendapat pujian khususnya. Astaghfirullah… Bagus tu bagus, tapi perkara-perkara ini la yang akan membawa kita kepada sifat sombong. Mungkin ada yang masih kekal dengan sifat rendah dirinya, tapi adakah SYAITAN akan berhenti untuk berbisik hal-hal yang melalaikan pada diri kita? Tidak. Mereka tidak akan pernah berhenti. Mungkin ayat ini pernah terlintas di lubuk hati kita atau pun otak kita (kot)…
“Kamu adalah orang yang pandai, dan dipercayai, sebab itulah orang-orang memilih kamu, kamu ni bertanggungjawab, kamu ni dah cukup baik… Dalam banyak-banyak orang kamu lah yang terpilih jadi pemimpin. Untungnya kamu…”
Sesungguhnya inilah bisikan-bisikan syaitan yang tidak akan pernah berputus asa untuk memalingkan kita dari Allah s.w.t.
Wallahualam...
Perhatian:
Terdapat penambahan dalam huraian ini, berdasarkan apa yang saya tahu dan faham. Topik SOMBONG merupakan salah satu topik yang dibincangkan oleh ustaz, InsyaAllah akan datang lagi huraian mengenai topik lain yang dibincangkan pada malam tadi (31 MAC 2010). Dikhuatiri huraian akan jadi panjang dan agak payah untuk diterima oleh semua... Sebab sy sendiri pun tidak suka baca ayat panjang berjela. Tapi membaca itu jambatan ilmu... Selamat membaca! ^,^
Kalau terdapat sebarang kekurangan pada huraian ini, mohon teguran dari semua pihak, insyaAllah saya akan perbaiki lagik... Salam.
ni fifi ke yang tulis...ingat macam tulisan dulu...hahahaha.....hohohoho...
ReplyDeleteokeh dah tu,tapi baik tak yah puji melangit kan.
eee.. azizul teruk.. bab ejek2/kenakan orang dia pakar. sj la nak bagi matang sikit. matang x?? hehehe...
ReplyDeleteerrr...tak jadi matang...
ReplyDeletetry again next time....
ala.. tak matang lagik ka?? nak jadi macam mana la kalau matang ni ha?? tak boleh kot, masih muda..
ReplyDelete