Temu ramah pendek penulis dengan pencipta karya komik ini. Macam biasa, para pembaca digalakkan menelaah dahulu komik ini sebelum membaca temu ramah ini, kerana dua medium ini amat berkaitan satu sama lain. Mari kita mulakan dengan basmallah.
*Soalan=S, Jawapan= J
S: Assalamualaikum, saudara Azizul. Nampak sihat walafiat hari ini.
J: Waalaikum salam, sihat dengan izin Allah. Dengar khabar wawancara ini masuk blog. Betulkah khabar itu?
S: Insya-Allah. Nampak macam saudara ini sukakan publisiti? Kita mulakan temu ramah sekarang ya.
J: Eh, tidaklah. Hanya rasa gembira bagi insan sekerdil saya diberi peluang temu ramah begini. Ehem…
S: Mula-mula sekali, tahniah kerana komik saudara disiarkan lagi. Ini kali kesembilan komik saudara disiarkan. Dahulu, saudara berkolaborasi dengan putra-alkahfi.blogspot.com melukis komik dan beliau menulis artikel. Sekarang saudara bergiat dalam blog surau. Apa yang saudara boleh ceritakan tentang ini?
J: Dahulu semasa Abang Hairul berada bersama saya, saya sering mencanangkan idea bagi komik dan menggesa beliau menulis satu artikel yang bersesuaian dengan komik yang disiarkan. Kini setelah keberangkatan beliau ke Semenanjung selepas tamat belajar, saya memerlukan platform bagi komik saya disiarkan. Dengan terhasilnya blog surau Nur E-Man, saya menawarkan komik saya bagi disiarkan. Dan sebahagian komik yang pernah tersiar di blog putra-alkahfi itu saya siarkan kembali dalam blog surau, dengan pembaharuan warna, seperti halftoning, pattern dengan Photoshop. Namun saya masih tidak melupakan Abang Hairul begitu sahaja. Kerana itu saya masih menghantar komik saya ke alamat e-mail beliau, memandangkan beliau seperti pelanggan setia selain Puan Rosdeana.
S: Bercerita tentang komik keluaran kali ini, yang bertajuk My Chemical RoomMate, apa yang hendak diceritakan dalam komik ini?
J: Kisah My Chemical RoomMate ini berkisarkan seorang pemuda yang mulanya skeptikal terhadap golongan masjid, yang juga termasuk rakan sebiliknya. Melalui roommate yang baik hati itu, sedikit demi sedikit dia mula terbuka hatinya hingga menjadi Azizi yang anda kenal melalui komik terdahulu. Saya mengenengahkan isu pendakwah yang baik sebenarnya perlu mengetuk pintu hati mad’unya, bukan mengutuk seperti yang kita baca dalam portal Islam dan blog pemuda pencinta Islam yang segelintir. Membenci dan menghukum tidak membawa kita ke mana-mana.
S: Selain itu, komik ini macam merakamkan fragmen pengalaman saudara dalam perjalanan dakwah dan tarbiah. Jadi saudara Azizul mengambil inspirasi daripada kisah hidup sendiri ?
J: Saya akui, memang komik yang ini mengambil idea dari kisah hidup saya. Tapi saya melakukannya dengan beberapa modifikasi agar cerita ini tidak seratus peratus mirip hidup saya. Ada rakan menyarankan, menghasilkan cerita dari riwayat hidup sendiri, nilai muhasabahnya ada dan perasaan semasa menyiapkan komik itu lebih kuat. Namun, saya mahu mengingatkan….Privasi perlu ada!
S: Saudara tolong ceritakan serba sedikit tajuk komik ini, My Chemical RoomMate.
J: Sebelum ini, orang ramai banyak mengenali dan biasa menyiulkan lagu My Chemical Romance, sebuah band emo dari tempat itu…Hollywood. Dan pada satu waktu saya menonton Hitz.TV, saya dapat menangkap satu kata dari si J.J, pengacara becok merangkap DJ Morning Crew Hitz.FM. Sampai sekarang terma My Chemical RoomMate itu terngiang-ngiang di telinga saya. Tajuk ini juga menjadi point utama bagi melukis komik ini, bagi menceritakan ukhuwah antara pelajar lelaki. Rakan sebilik sebenarnya banyak jasa kepada kita, tidak kira yang jenis kaki sembahyang atau kaki pemalas. Saya terhutang budi pada mereka.
S: Masya-Allah, kreativiti saudara mengkagumkan saya, dan mungkin pengunjung blog. Selain itu, watak Azizi ini didakwa menjadi refleksi diri saudara. Tolong komen dakwaan ini.
J: No comment! Haha…boleh jadi begitu, sebab nama kami hampir serupa. Namun saya juga menyuntik personaliti lain dalam watak Azizi ini, seperti perangai panas baran, degil dan cepat terasa. Kenakalannya pun boleh tahan, sampai menyakitkan hati orang kadang-kadang. Perangainya saya jadikan kelainan agar lari sedikit daripada watak komik Islamik lain, kerana Azizi itu hanya manusia biasa. Mana mungkin semua watak itu sopan santun dan berlembut perangainya. Siapa yang berpegang kepada statement “Azizi itu adalah saya” tadi itu, silakan. Saya tidak mahu mengiya atau menafikannya.
S: Bagaimana pula dengan watak Zafran?
J: Zafran adalah satu personaliti yang terilham daripada beberapa figure yang saya kenal, seperti kawan saya Amirul Hafiz yang memang hafiz Al-Quran, dan mungkin Abang Hairulanuar. Tetapi ciri-ciri Abang Hairul itu baru saya sedari selepas dikomen orang semasa menunjukkan inking komik ini. Kiranya saya tidak tersengaja masukkan sifat itu dalam Zafran, warak, baik hati, boleh bergurau dan menyindir serta suka tersenyum. Saya harap watak Zafran ini boleh berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan personaliti sebenar.
S: Dari mana mendapat idea melukis komik ini?
J: Laa…saya sudah jawab rasanya sebelum ini. Cuba rujuk balik soalan-soalan tadi.
S: Apa mesej yang saudara harap sampai kepada pembaca?
J: Saya ada teringat satu kata yang cukup bermakna, yang maksudnya jika mahu haruman kasturi, berkawanlah dengan penjual haruman kasturi. Jika mahu bau besi, bersahabatlah dengan si tukang besi. Di samping itu, saya hanya mengulang kata-kata beberapa penulis, jika mahu berubah, tinggalkan persekitaran lama dan harap tabah dalam berubah. Seorang mat rempit…maksud saya samseng jalanan tidak akan berhenti atau meninggalkan karier haramnya selagi masih dalam lingkungan sahabat yang kaki rempit juga. Dia sepatutnya jauh meninggalkan sahabat lama, berkawan dengan orang lain yang lebih baik. Jadi saya nampak rasionalnya hijrah itu amat penting dalam hidup kita, menuju persekitaran baru di mana tiada siapa yang mengungkit kisah lamanya. Bagi orang yang baik-baik dan belum pernah dikenakan dugaan macam mat rempit tadi, jangan suka hati menghukum orang. Mereka yang berada dalam dunia cerah macam Zafran kena berkorban lebihlah sedikit, seperti masa, wang terutamanya. Alhamdulillah, sedap rasanya selalu makan free. Maka mari kita sama-sama melakukan kebajikan dan saling ingat-mengingati.
S: Ada kata-kata terakhir sebelum kita menghabiskan temu ramah ini?
J: Saya mempunyai kudrat terbatas, dan minta supaya Allah berikan seorang waris yang boleh melukis dan menghasilkan cerita yang lebih baik daripada saya. Sekiranya ada orang mempelawa saya melukis di mana-mana platform yang disediakan, saya tidak keberatan untuk menerima jemputan itu. Itu peluang dakwah, macam saya ini penceramah bebas pula… Cuma seronok komik dibaca orang lain, sambil memberi input berguna. Wallahualam.
(Setelah selesai wawancara tadi, baru aku sedar. Wawancara hanya berlaku dalam monolog minda, kadang merenung jauh dalam jiwa. Maka janganlah kalian terkejut, terkezut atau panas hati selepas terbongkar yang si penemu ramah dan yang ditemu ramah adalah jiwa yang sama). Ameen.
komik best...yang temu ramah tu tak bleh blah...perasan sungguh!
ReplyDeletewtk azizi tu baik, sbab dia jujur...
ReplyDeletejust sy rase Eri lagi best.
Dun now why,pasal Eri tu muslimah kot?
hahaha...sape lak interbiu ko ni zizul...haha
ReplyDeleteeh, afiq ni...ingat ko je famous.kemasyhuran kau kena tempias juga kat aku.harharhar
ReplyDeletebiar lah azizul berbahagia dengan interviewnya... ^,^
ReplyDeleteAnonymous: gtau la nama, mungkin sebab Eri tu berhikmah kot..
yg ni comel.. x boleh terima part yg dia kata "MCR lain kali je lah.." hehehe...
(thumbs up azizul)
waa best nyer komik ni..
ReplyDeletebkn stakat gmbr nyer yg mnrk malah ada pgisian di situ..
sybas saudara..trskan berdkwh dgn cara tersndri..
itu lbh baik..
klo boleh luaskanlah lgi bkat itu dlm bidg yg lebh luas..*harapan ni* ^_^
bkn sng nk jmpa komik berbntuk sempoi n berilmiah spti ini..
klo bkn saudara siapa lgikan??
almk pnjg plak commnt ni..huhu
apsal la baru dapt link sini..
ReplyDeleteokey, serius, baca terus gelak sorang2
dan saangggatt ter.. ter pa ya?
terkesima boleh kut.. ya, kagum dengan lukisan yang penuh emosi itu..