Apr 8, 2010

Bermuhasabah

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya"
(Asy-Syams: 9-10)

Apabila tahun hendak mencecah 2010, aku terasa excited, tidak suka pun ada juga, sebab tahun ini umur aku akan bermula dengan 2.. iaitu, 20 tahun.. Aku selalu berkata, tak boleh terima... umur yang pelik, tua dan janggal.

Tapi ada apa dengan umur? Aku merasakan 18-19 tahun itu enjoy, tapi benarkah apa yang aku sepanjang 2 tahun tu? Penuh dengan kebaikan kah? Penuh dengan amalan kah? Atau sebaliknya?

Kita tahu, umur kita semakin meningkat dari tahun ke tahun, tahun 2009 berlalu, perjalanan hidup kita pada 2009 juga turut berlalu tanpa kita sedar apakah tahun 2009 itu dipenuhi dengan perkara-perkara kebaikan? Seandainya kita seorang muslim yang sedar dan prihatin, pastinya ada di antara kita sentiasa mencatatkan apa kelemahan, perkara yang tidak tercapai semasa 2009, lalu hendak dicapainya pada tahun 2010... 

Sesungguhnya tindakan ini kita gelar MUHASABAH. Bermuhasabah diri itu perlu... agar perjalanan hidup kita benar-benar berada di landasan/lorong yang betul... Jiwa manusia sangat cepat berubah. Kecenderungan untuk kita lakukan kejahatan/perkara terlarang lebih tinggi dari kecenderungan untuk melakukan kebaikan.


Dan, bermuhasabah diri menjadi satu kemestian bagi kita agar sentiasa berada dalam keredhaan Allah Taala. Jika kita berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan pointer yang terbaik dalam exam, kita belajar, kita attend kuliah, kita study group, assignments, tutorial dan sama waktu dengannya... Kenapa pula sasaran amalan sepanjang hayat yang Allah dah gariskan bagi memperoleh anugerah kecemerlangan yang kekal selamanya kita boleh abaikan macam tu saja?

"Sikap ambil mudah akan nasib diri di akhirat tidak lain berpunca daripada kealpaan dan kecuaian serta tiadanya petunjuk... Mohon perlindungan dari Allah dari perbuatan sedemikian..." 

dari Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimullah

Individu yang bermuhasabah sentiasa berwaspada dengan apa yang dilakukannya, membuat kita sering mencari ruang untuk menginsafi diri  serta bimbang dengan nasib yang akan menimpa di akhirat nanti. Kealpaan akan terus sebati dengan diri kita andainya [muhasabah] itu jauh dari diri kita. Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa bimbang dan sebagainya, hasilnya, hidup terus menerus diselubungi maksiat malah lebih jauh tenggelam dan akhirnya diri sendiri yang rugi. 

Selain berwaspada, kita akan mengenali kelemahan diri dan kekurangan yang ada. Sama ada dari segi pergaulan sesama sahabat, ibadah atau apa sahaja. Dengan merenungi apa yang dilalui sepanjang hari, nikmat Allah akan sentiasa kita syukuri, nikmat sihat, nikmat rezeki, nikmat iman, nikmat pancaindera dan macam-macam lagik. Tidak mampu untuk kita hitung satu per satu, terlalu banyak yang Allah bagi percuma pada kita, cuma pandangan kita yang terkadang diwarnakelabukan oleh syaitan dan juga nafsu dalam diri kita. 

Sifat-sifat yang tercela juga dapat dijauhi seperti riak, sombong, dengki. Mungkin selama ini kita tidak sedar akan kebusukan dan kekotoran hati kita. Muhasabah satu malam sahaja mungkin akan membuka minda kita dan membuat kita merasakan betapa banyak nya kejahatan yang telah kita lakukan. Selama ini kita merasakan kita betul, apa yang dilakukan tiada salah, kita lah insan yang terbaik di Kolej Kediaman E ni... Riak! Riak kerana diri kita ini berada dalam lingkungan budak baik, remaja yang melaksanakan perintah Allah. Pernah sekali sahabat ku memperingatkan aku,

"kita jangan ingat kita bergaul dengan orang-orang yang baik, kita akan selamanya macam tu. Allah pemilik mutlak hati kita, jangan riak, jangan sombong, itu sifat Allah, sekali Allah twist hati kita, mungkin lepas tu kita takkan nampak lagi jalan pulang semula...

Ibrahim at-Taimiyyah berkata: 
"Aku selalu membayangkan diriku berada dalam syurga, aku memakan buahannya, minum dari sungainya, bersama-sama bidadarinya. Kemudian aku membayangkan aku berada di neraka, aku makan buah zaqqum, minum air nanah dan memakai rantai besi. Lalu aku berkata kepada diriku: "Wahai diriku, mana satu yang kamu mahu?" Aku menjawab: "aku mahu kembali ke dunia untuk mengerjakan amal soleh." Kemudian aku berkata: "Sungguh kamu sedang berangan-angan maka beramallah segera.""

Seandainya kita diberi pilihan apa pulak pilihan kita? 
Dan cuba kita bermuhasabah diri dengan mengira dosa kita...umur kita sekarang dalam lingkungan 21 tahun (average). 21 tahun kita darab dengan 365 hari, 7665 hari, andai kata dalam sehari kita melakukan 10, 000 dosa. Dan dosa kita mencecah 76650000 dosa... Cuba bayangkan seandainya dengan dosa sebanyak itu (include kecil dan besar) tanpa bermuhasabah diri dan merenungi kelemahan diri, ke manakah hala tuju kita di akhirat nanti? Pastikah kita sempat untuk bertaubat sedangkan kita tidak tahu bila masa nyawa kita akan ditarik. 

"Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa, itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah"
(Hud: 114)

Walaupun tidak dinyatakan secara terang, namun kita seringkali diseru untuk sentiasa mengingati Allah di mana sahaja... Because Allah is the creator of the world, Allah is the great, Allah own our heart. Mengadulah pada-Nya andai menghadapi kesukaran, dan berkongsilah kegembiraan dengan-Nya.

No comments:

Post a Comment