Apr 14, 2010

Dari Pengetua

Bismillahirrahman nir rahim..

Ini adalah nota dari Facebook Pengetua Kolej Kediaman E sendiri, Dr. Andika Aziz Hussin. Di dalam nota ini, beliau menulis mengenai Kolej Kediaman E secara amnya. Yang membuatkan aku ingin mengongsikan notanya dalam blog ini adalah kerana ada bahagian yang beliau katakan mengenai Unit Pengurusan Surau (UPS) Nur E-Man. Bacalah dan yang bila sampai bahagian yang diboldkan itu lah bahagian yang aku katakan sebentar tadi :)



Disamping itu, aku tidak lupa juga untuk memastikan kebajikan penghuni kolej dijaga. Kempen kebersihan telah berlangsung dengan baik. Tong sampah telah dipohon dan berjaya kita dapatkan dua buat masa ini. diharapkan sampah tidak akan bersepah seperti sebelumnya. siapalah yang akan menjaga kolej ini kalau bukan penghuninya sendiri. kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap blok sangat menggalakkan dan terima kasih kepada semua felo, ketua blok dan jakmas yang telah banyak membantu.


penubuhan dan perlantikan ketua blok, ketua paras dan ketua rumah telah memudahkan perlaksanaan dan perancangan untuk membangunkan setiap blok. detiap felo di kolej E telah memainkan peranan yang sangat besar dalam menjadikan ia suatu realiti. kolej A1, A2 dan A3 telah menganjurkan kegiatan gotong royong dan senamrobik untuk penghuni mereka. tahniah diucapkan.


kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua felo sangat baik dan saya sungguh gembira kerana dikurniakan sekumpulan felo yang berkaliber dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul. adakalanya mereka ni nakal juga, pandai tuang meeting dan tak hadir aktiviti...tapi aku maklum juga..mereka juga ada komitmen lain. kadangkala aku rasa macam bapak menjaga anak2 yang ada pelbagai karenah..nama je felo tetapi ada macam2 perangai...tapi aku hepi bersama mereka.


penganugerahan felo cemerlang adalah sebagai pemangkin untuk para felo terus bergiat aktif tanpa mengira penat dan wang ringgit dalam memastikan visi dan misi kolej terlaksana.


jakmas kolej e walaupun usia mereka masih setahun jagung telah menunjukkan peningkatan dalam menjalankan tugas mereka. penghantaran exco ke kursus-kursus seperti BTN dan kursus pemantapan sahsiah sangat membantu dalam membentuk jatidiri mereka. tahniah untuk mereka. tanggungjawab menjadi jakmas bukan kerja mudah tetapi anggaplah ia sebagai training ground untuk melatih diri dalam soft-skill sebelum keluar ke dunia yang sebenar. tiada kejayaan itu tanpa usaha yang gigih dan kepayahan.


Unit Pengurusan surau Nur-Eman dilihat sebagai salah satu contoh terbaik dalam mewujudkan semangat ukkhuwah sesama ahli... seperti di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "gambaran kehidupan seorang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam". saya gembira dengan kehadiran mereka bersama. ada ketikanya mereka ketinggalan di dalam arus perdana, kurang dalam pengaplikasian soft-skill, namun ia boleh dibentuk. aku lihat jauh di sudut hati mereka ingin juga menjadi manusia cemerlang...nasihatku pada mereka..bergaullah dan buka minda serta cuba berfikir diluar kotak. diharapkan kegiatan mereka akan dapat dikembangkan selaras dan selari dengan perjuangan kolej. terima kasih atas cenderahati buku yang sangat bermakna buat saya.


Tahniah kepada timbalan pengetua yang sentiasa menyokong dan memberikan nasihat berguna untuk saya mentadbir kolej dengan baik. saya juga gembira melihat perubahan timbalan pengetua yang lebih ceria dan sering berseloroh...teruskan menjana idea cemerlang demi pembangunan kolej tercinta. terima kasih kepada semua warga kolej yang sanggup menyokong.."Kaitan antara seorang beriman dengan yang lainnya adalah sama seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain".


Kumpulan athlet sukan, syabas atas kecemerlangan sukan yang ditunjukkan. kejayaan anda adalah kejayaan kolej juga. teruskan usaha dan giatkan kualiti dan produktiviti. saya akan menyokong apa jua projek yang boleh membina sahsiah pelajar.


Akhirkata, semoga kolej e akan terus gemilang. terima kasih kepada pihak pengurusan UMS yang sudi memberikan peluang kepada saya untuk membuktikan kebolehan saya. HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM

1 comment:

  1. salam..Insya ALLAH perubahan surau E bermula..cuba sedikit terkilan..adakah benar ahli surau E seperti yang di nukilkan oleh pengetua..mungkin itu pandangan pengetua..namun, bagi yang melihat secara dekat, tidak semua..walaupun, saya akui terdapat segelintir kecil yang sedemikian..tetapi kita perlu hormat apa yang mereka buat..itu hak mereka..apa yang pastinya dan saya rasa bersyukur kerana mempunyai pengetua yang bersifat terbuka dan faham dengan apa yang mahasiswa inginkan..semoga kolej E akan terus jadi 3E..

    Pengerusi sesi 2010..

    ReplyDelete