Jan 1, 2010

Blog Nur E-man


Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang bertandang ke blog Surau Nur E-man Kolej Kediaman E ini. Untuk pengetahuan anda semua, Unit Pengurusan Surau dengan kerjasama Exco Kerohanian dan Sahsiah JAKMAS E telah sebulat suara untuk menerbitkan laman blog ini. Hal ini bertujuan supaya medan dakwah dan tarbiyah mahasiswa Kolej Kediaman E khususnya dan para mahasiswa amnya, dapat mengambil input dan ilmu yang bermanfaat melalui blog ini. Tatkala dunia ini yang semakin rancak dengan era blogging, kami juga tidak mahu dalam ketinggalan untuk bersama-sama dengan anda semua.

Insyaallah, blog ini bakal diisi dengan penulisan-penulisan yang ilmiah dan bermanfaat. Sebarang program dan aktiviti surau akan disiarkan di blog ini, begitu juga program-program EKSAH, JAKMAS mahu pun MPP. Sebarang komen, cadangan mahu pun kritikan bolehlah dipanjangkan ke surau.kg.e@gmail.com.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah..." (ali-Imran: 110)

1 comment:

  1. sempana 1431H ni nk mengucapkan tahniah kpd surau e-man serta organisasi yang menjadi tonngak menyelengara aktiviti yang berlaku di surau. tahun baru sy berharap pengunjung di surau tak lekang dek zaman. Akhir kata, majulah Islam umtuk negara

    ReplyDelete