Mar 31, 2011

.:: Renungan Bersama ::.

.:: Jom!! ::.



Berikanlah makanan kepada rohani anda.
Apa salahnya mengorakkan langkah anda ke surau.
Setiap langkah anda menuju ke rumah Allah insyaAllah berganda pahalanya.
Ilmu pun makin bertambah.:)

Lantaran cinta kami dan rindu kami kepada anda semua...
Marilah bersama mengimarahkan Surau Nur Eman
Atas dasar kasih sayang kami kepada anda...
Marilah bersama-sama kita memperbaiki diri & mengejar cita-cita & kejayaan.

May Allah bless.



Mar 23, 2011

ROGUE

Tahulah, ini tajuk filem seram tahun 2007 oleh produksi filem Australia. Tapi saya dah terjumpa bahawa terma "rogue" ini bukanlah dibuat saja-saja. Bagi ahli zoologi, memang ada wujud terma "rogue" ini.


Mar 12, 2011

Saff Pimpinan Sesi Baru

Assalamualaikum.. Mula-mula penulis memohon maaf atas keterlewatan mengemaskini ruangan ini.


Perlantikan barisan pimpinan baru Unit Pengurusan Surau (UPS) @ Kelab Nur E-man bagi Sesi 2011/2012 telah diadakan pada Muktamar UPS yang bertarikh 6 Mac 2011 di Surau Ibnu Tufail.


Entri ini diterbitkan bagi tujuan rujukan masa akan datang. Di bawah, saya tunjukkan saff pimpinan yang telah melepas jawatan dan juga saff baru yang diamanahkan untuk pengurusan surau Kolej Kediaman E.





Ada beza? Perbezaannya dari struktur organisasi, perubahan majlis tertinggi dan portfolio yang dipegang. Lajnah baru yang ditambah pula adalah Lajnah Akademik dan Pustaka. Manakala lajnah yang lain-lain adalah sama seperti yang sebelumnya cuma ada pertambahan dari spesifikasi tugas. Lajnah Dakwah dan Penerangan adalah gabungan daripada Lajnah Dakwah & Tarbiyah dan juga Lajnah Media & Informasi semester lepas. Begitu juga Lajnah Teknikal dan Keceriaan yang merupakan gabungan Lajnah Teknikal & Riadah serta Lajnah Kebersihan & Keceriaan.


Moga-moga dengan beberapa perubahan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi yang terdahulu ini bakal memantapkan lagi pergerakan unit & kelab kita.

Mar 7, 2011

.:: Tahniah & Takziah ::.

video

Syabas diucapkan kepada barisan pimpinan baru.
Salam tahniah & takziah diucapkan.
Moga redha Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita.
May Allah bless.