Dec 4, 2010

YONKOMA: Suhaila, Izati, dan aiskrim

Salam, saudara Azizul kata ini lukisan lama. Stail lukisannya sekarang dah berubah sedikit.Maklumlah, komik tidak disusun ikut peredaran masa. Jangan makan sampai terlupa orang lain, wahai para pembaca!

Komik satu halaman: Izati buka puasa

Nov 2, 2010

Dua Hati Satu Rasa


Free Image Hosting

attention, as u r right click and open it in a new tab, please edit the link on the web address from this 
"http://www.freeimagehosting.net/uploads/9e877c4df3.jpg%22
to "http://www.freeimagehosting.net/uploads/9e877c4df3.jpg
thanks a lot, i'll try to fixed the broken link soon..... sorry...

Oct 14, 2010

Dakwah Bukan Untuk Orang Malas

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Oct 8, 2010

THE MOON AND HER SON

Selepas lama tanpa komik baru untuk surau, maka saya membawakan kisah nostalgia saya. Ini cerita pasal seorang budak, dan bagaimana hidupnya diriwayatkan oleh watak utama komik ni, si Azizi bertuah tu.



Sep 24, 2010

Iringi Kejayaan dengan Istighfar

Bismillahi walhamdulillah…

Jika dalam suatu majlis, seorang ketua jabatan berucap: “Saya ucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai. Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah semoga nikmat kejayaan ini berpanjangan…”.

Ucapan tahniah yang disusuli dengan syukur begini adalah pakej standard untuk mana-mana ucapan. Bagaimana pula dengan ucapan tambahan ini: “… namun janganlah kita lupa untuk beristighfar kepada Allah, agar segala kelalaian dan kesilapan kita diampuniNya.” Mungkin agak janggal dan jarang kita dengari.

Sep 18, 2010

What is Islam

Islam is peace 
Islam is ease 
Islam is beautiful 
Islam is sucessful 


Islam is harmony 
Islam is unity 
Islam is purity 
Islam is sanity 

Sep 14, 2010

MASIH SEPERTI BIASA

31 OGOS 2010 - Wisma Merdeka, Kota Kinabalu. Laungan 'MERDEKA' bergema lagi. Walaupun kali ini tiada sambutan hangat seperti yang berlaku 2 tahun lepas namun situasi tidak jauh berbeza seperti sambutan Kemerdekaan terdahulu mahupun sambutan tahun baru yang lepas-lepas. Bunyi bising menyelubungi Bandar Kota Kinabalu seawal pukul 11 malam lagi. Deruman enjin kereta mahupun motorsikal menghangatkan lagi suasana. Tepat sahaja detik 12 tengah malam, bunyi mercun dari sebuah kereta proton WAJA membingitkan lagi suasana. Anak muda yang menunggang motorsikal menunjukkan aksi mereka.

Sep 10, 2010

Hukum Solat Jumaat pada Hari Raya

Salam Lebaran untuk semua, bagi mewakili Kelab Nur E-man, Kolej Kediaman E, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ^__^ neway.. Hari raya jatuh pada hari Jumaat, kalau saya tak silap, raya pada tahun lalu pun jatuh pada hari Jumaat jugak... So sedikit pengisian untuk hari ini.... Especially buat kaum adam ^_^

Dalam Mazhab Syafi`e solat jumaat kekal wajib apabila jatuh hari raya pada hari jumaat dan solat hari raya hukumnya adalah sunat bukan wajib.

Aug 27, 2010

KUIZ RAMADHAN 2010, Anjuran Kelab Nur Eman

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, kami, Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah mengadakan Kuiz Ramadhan 2010....  


ImageHost.org

Nama:
No. Matrik:
No. bilik:
No. Telefon:

1. Nyatakan surah beserta ayat didalam al-quran yang menyatakan golongan yang layak menerima zakat fitrah. Senaraikan golongan tersebut.

2. Tuliskan maksud dalil al-Quran yang menerangkan tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

3. Ramadhan berasal dari perkataan ‘Ramadho' yang bermaksud?

4. Apakah hukum mereka yang tidak sempat mengqada'kan puasanya yang masih berbaki,sedangkan dia telah memasuki ramadhan berikutnya?

5. Apakah hikmah “Lailatul Qadr” di rahsiakan Allah waktunya?

6. Tuliskan bacaan doa ketika berbuka puasa beserta maksudnya. Nyatakan hukum dan alasan/penyelesaian bagi soalan 7 dan 8.

7. Salma telah disahkan menghidap penyakit gastrik menyebabkan dia tidak dapat berpuasa sepenuhnya. Bagaimana kedudukan puasanya pada hari-hari ketika dia sakit, adakah perlu dia membayar fidyah?

8. Farid terlupa berniat puasa pada malam hari, dia hanya menyedari keadaan ini pada jam 11.00 pagi.

9. Nama satu pintu syurga khas yang hanya diberikan Allah kepada orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan adalah______.

10. Melalui sebuah hadis Rasulullah S.A.W ada menyatakan tentang 3 fasa kelebihan dalam bulan ramadhan. Nyatakan 3 fasa tersebut .

Fasa awal:_____________________________


Fasa pertengahan:______________________


Fasa akhir:_____________________________

SLOGAN: Ramadhan kali ini begitu bermakna pada diri saya kerana... (tidak melebihi 20 patah perkataan)

SELAMAT MAJU JAYA ^__^

Aug 26, 2010

Ramadhan Ini...

Ramadhan kali ini, aku nak khatam al-Quran. Ya yakin boleh!

Dah start puasa. Hmm, kali ini aku akan bersungguh tinggalkan perkara-perkara lagho, contoh perbualan tidak berfaedah di facebook, dan menonton televisyen.

Pasti boleh!

Aug 25, 2010

Baitul Muslim...

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?

Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya lah. Pernah dengar?

Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya...

MAHASISWA BERPOLITIK??

Wajarkah mahasiswa berpolitik? Isu ini hangat diperkatakan beberapa hari yang lepas. Isu mahasiswa berpolitik bukanlah asing lagi kerana isu ini sudah lama diperkatakan ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu lagi. Isu ini kembali hangat kerana beberapa ahli politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang menyarankan mahasiswa untuk turut serta dalam arena politik semasa. Kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah iaitu “sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik”. Selain itu, terdapat beberapa ahli politik lain turut menyokong kenyatan yang telah dibuat oleh beliau.

Walau bagaimanapun, keputusan kabinet baru-baru ini melarang mahasiswa daripada terlibat dengan politik ataupun politik kepartian. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata seksyen 15, AUKU yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.

Aug 22, 2010

[SONG] My Mom Is Amazing... Truly She Is...

I enjoyed this song so much.. ^,^
Hope u too, maybe it's just me for not knowing bout this song... hehehe.. sorry..



Sesiapa yang berminat untuk download lagu ni...
Sila klik link di bawah ni.. ^^

DOWNLOAD MY MOM IS AMAZING's SONG
 
(My Mom Is Amazing - 3MB)
(My Mom Is Amazing - 1.53MB)
She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down...
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess

I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing

Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing

A great song By: Naadira Ali
Written by: Zain Bhikha
Tribute to all Mothers...

Tanya Eksah Ustaz Jawab (TEUJ)

ImageHost.org

Assalamualaikum........ memperkenalkan penjenamaan semula
Tanya Eksah Ustaz Jawab... atau nama glamour nya TEUJ... ^,^

 Diharap anda semua sokong dengan memberikan seberapa banyak soalan yang ada terlintas di hati dan di fikiran anda.....jangan malu, jangan segan..
Malu bertanya sesat jalan... Nanti tak tanya ada yang menyesal..
Bak kata pepatah kawan saya la..
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.. hehehehe.. (^_^)v
.
"Membangun bersama ISLAM"

Aug 18, 2010

[RAMADHAN] Giving Sadaqah



It's Ramadhan, and you have all those extra money (or moolah, as I'd say it) in your wallet, or money box or in the bank... so what do you do with it? Do you say "Extra money is all miiiine! I can now purchase a PSP!" or do you say "I think I'll give this extra money to the orphanage nearby"

If you answer the latter; congratulations,

Aug 15, 2010

Sinar Ramadhan @ E 2010

ImageHost.org

RAMADHAN KEMBALI LAGI !
bersempena dengan ramadhan ini, Kelab Nur-Eman mengadakan beberapa pengisian. antaranya :
  • Tarawikh berjemaah
  • Ifthar Jama'ie
  • Tadarus Al-Quran
  • Qiamullail
  • Kuliah@Ceramah
  • Tayangan Perdana Ramadhan
DAN BANYAK LAGI...
Bertempat di Surau Nur-Eman, A3 untuk Muslimin dan B1 untuk Muslimat
moga dengan usaha ini dapat sama-sama membantu kita semua untuk melipat gandakan amalan dalam bulan yang mulia ini.
RAMADHAN KARIM

ImageHost.org

FIGHTING!!!! ^-^

Pengertian Cinta Menurut Al-Quran

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :-
  1. lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
  2. lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
  3. lebih suka mengikuti kemhauan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Hukum melakukan rebonding

Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum melakukan 'rebonding' bagi wanita bertudung (untuk kekemasan diri) yang sememangnya tidak bertujuan untuk menarik perhatian bukan muhrim?

wallahua'lam

JAWAPAN....

Aug 11, 2010

WOLVE...WOLVERINE.....

Wolverine adalah watak fiksyen dalam siri X-Men.Lahir dengan nama James Howlett, kemudian dikenali sebagai Logan.Akhir sekali dikenali dengan nama manjanya: Wolverine.
Meski pun fiksyen, wolverine sememangnya wujud. Tapi bukan watak manusia anti-hero yang itu, tapi haiwan mempunyai saiz sebesar anjing berbadan sederhana. Rupa fizikal wolverine (Gulo gulo) ada kat gambar bawah ni.

Badan berbulu tebal, berotot tegap, dan muka bulat, wolverine lebih serupa kepada beruang bersaiz kecil. Panjang badannya sehingga 87 cm, dengan berat sehingga 25 kg. Dan ya, dia ni karnivor, yang berhabitat di bahagian utara: Artik, Kanada dan Alaska. 
Wolverine yang ini sama macam Wolverine ciptaan komik Marvel itu; bengis dan ganas. Infact, sangat ganas dan sangat kuat hingga boleh tumpaskan mangsanya yang melebihi saiz badan wolverine sendiri. Dan percaya kah anda jika keganasan wolverine juga boleh menewaskan beruang hitam dan beruang grizzly yang bersaiz gedabak tu? Gila ganas haiwan ni.
Sama ada besar atau kecil, sikap adalah penyumbang besar kepada kejayaan. Jadilah agresif dalam memburu kecemerlangan. jadi macam wolverine, halangan sebesar beruang pun dia takkan takut.


[VIDEO] Iqtishad fi Thaah (Melampau & Berlebihan)



THE REST ARE ON HIS CHANNEL
paradisewoodPERLIS1

Aug 1, 2010

12 Hadith Lemah dan Palsu sempena Ramadhan

Islam adalah agama yang ilmiah. Setiap amalan, keyakinan, atau ajaran yang disandarkan kepada Islam harus memiliki dasar dari Al Qur’an dan Hadits Nabi shallallahu’alaihi wa sallam yang otentik. Dengan ini, Islam tidak memberi celah kepada orang-orang yang beritikad buruk untuk menyusupkan pemikiran-pemikiran atau ajaran lain ke dalam ajaran Islam.

Karena pentingnya hal ini, tidak heran apabila Abdullah bin Mubarak rahimahullah mengatakan perkataan yang terkenal:

الإسناد من الدين، ولولا الإسناد؛ لقال من شاء ما شاء

“Sanad adalah bagian dari agama. Jika tidak ada sanad, maka orang akan berkata semaunya.” (Lihat dalam Muqaddimah Shahih Muslim, Juz I, halaman 12)

Dengan adanya sanad, suatu perkataan tentang ajaran Islam dapat ditelusuri asal-muasalnya.

Oleh karena itu, penting sekali bagi umat muslim untuk memilah hadits-hadits, antara yang shahih dan yang dhaif, agar diketahui amalan mana yang seharusnya diamalkan karena memang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam serta amalan mana yang tidak perlu dihiraukan karena tidak pernah diajarkan oleh beliau.

Berkaitan dengan bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, akan kami sampaikan beberapa hadits lemah dan palsu mengenai puasa yang banyak tersebar di masyarakat. Untuk memudahkan pembaca, kami tidak menjelaskan sisi kelemahan hadits, namun hanya akan menyebutkan kesimpulan para pakar hadits yang menelitinya. Pembaca yang ingin menelusuri sisi kelemahan hadits, dapat merujuk pada kitab para ulama yang bersangkutan.

Program Semasa di UMS

Simfoni Konvokesyen Inovasi Mahasiswa 2010
anjuran Naib Presiden Akademik & Diplomatik  MPP 2009/2010

ImageHost.org

Konsert Kesenian Islam 2010
anjuran Exco Kerohanian & Sahsiah MPP 2009/2010

ImageHost.org

ImageHost.org

Jul 31, 2010

Asyraf muncul juara Imam Muda

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my

MUHAMMAD ASYRAF (kiri) dinobatkan sebagai juara Imam Muda oleh Hassan pada malam kemuncak program realiti dakwah di Kuala Lumpur malam tadi.

ImageHost.org

ImageHost.org

KUALA LUMPUR - Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Anak kelahiran Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan seorang lagi peserta akhir, Hizbur Rahman, 27, selepas bersaing selama 10 minggu termasuk dengan lapan individu lain pada program diilhamkan oleh Astro dengan kerjasama Jawi.

Kemenangan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu membolehkan beliau menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi.

Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro.

dipetik dari KOSMO online

Rachel and Eri

ImageHost.org ImageHost.org

Rachel: Eri, sejak dua menjak ni Eri selalu datang ke kedai buku ni. Apa yang bestnya? Kan library lagi banyak buku kat sana?

Eri : Apa yang Rachel nak cakap ni?

Rachel: Kenapa kedai buku? Kenapa tak pusat sumber? Orang ramai datang ke kedai buku bukan untuk beli buku pun.

Eri : Siapalah saya untuk tafsir niat orang datang kedai buku. Tapi saya datang sini nak cari buku yang penulisnya saya kagum sangat. Bab library pula, saya rasa imej dia kena diubah. Tukarkan persepsi library jadi tempat yang sejuk sampai rasa ke tulang, pastu bukunya jangan macam koleksi buku abad ke-19.

Rachel: You are persistent. Masa main game pun macam tu juga. Kalau dah ramai orang datang kedai buku, apa pasal statistik rakyat Malaysia baca 2 muka surat setahun masih dalam highlight? Bias juga saya rasa.

Eri : First, saya rasa statistik tu dah obsolete atau dah lama. Kat Pesta Buku dulu, ramai yang datang beli buku. Masalahnya pada sikap masyarakat kita dan apa yang diorang baca. Pola pemikiran mereka tak juga berubah, pasal baca buku bukan-bukan. Yang ilmuwan sebut, bacaan picisan. Rachel tahu kan pasal bahan-bahan picisan tu?

Rachel: Hmm…bahan picisan ni biasanya ada 3 kandungan utama; mistik, tahyul dan seks. Betul tak macam tu Eri?

Eri : Rachel memang knowledgeable. Saya bila jadi guru nanti, kena tunjuk contoh kat murid-murid. Baca bukan setakat buku teks aje. Dan saya harap dijauhkanlah bacaan picisan tu dari budak-budak sekolah. Maklumlah orang sekarang cepat muda!

Rachel: Yang pasal Eri nak murid baca benda elok, saya boleh tangkap maksudnya. Yang ni, kenapa kata orang Malaysia cepat matang pula? What’s your reason?

Eri : Cuba tengok kat surat khabar hari ni, mesti ada kes jenayah punya. Kita selalu bincang pasal isu tapi tak pergi kepada punca. Lagi satu, bacaan picisan tu pun boleh semarakkan nafsu budak-budak sekolah. So, dalam perkara seks dan jenayah, orang kita cepat dewasa. Yang tu boleh cuba macam-macam benda pelik. Tapi dalam akademik dan politik, orang kita terlalu bodoh, dangkal dan jahil.

Rachel : In the end, it all goes back to what we read. Dalam kerajaan nak buat kempen membaca pun, kena saring betul bahan bacaan. Tapi kita takkan asyik harap kerajaan je.

Eri : Yeap, we are what we read. Eh, ada review game dalam majalah ni. Saya kena beli ni!

Rachel : Eri!!

Jul 24, 2010

WELCOME BACK, JEFFERY (BAHAGIAN 2)

Sambungan Bahagian 1….
Ketika itu Jeffery tidak berhasrat kepada agama. Namun dia membaca juga naskah Al-Quran, dengan prasangka dan prejudis yang kuat. “Anda tidak boleh membaca Quran dengan bermain-main, tidak jika anda serius dengannya. Sama ada anda menyerah kepadanya atau melawannya. Ia (Quran) menyerang dengan utuhnya, secara terus, menusuk kepada peribadi, serta mendebatkan, mengkritik, menjatuhkan ego

Jul 21, 2010

MENJELANG RAMADAN

Apa yang anda perlu buat? Senang sahaja....
DATANGLAH KE MASJID UMS!!
Majlis ilmu, tempat malaikat mendoakan kita...

Jul 20, 2010

WELCOME BACK, JEFFERY! (Bahagian 1)

“Ayah percaya tak pada syurga?”
Si kecil Jeffery melontar soalan pada ayahnya ketika berjalan dengan anjing mereka merentasi pantai, jelas kanak-kanak ini mempunyai minda inkuiri yang tinggi. Juga tanda dia mendasarkan perkara pada kelogikan dan penilaian secara rasional. Tidak mengejutkan, bahawa kemudiannya si kecil ini mendewasa sebagai profesor matematik, satu bidang yang hanya menjadi tempat bagi logik semata.
Pada tahun-tahun akhirnya di Notre Dam Boys High, sebuah sekolah Katholik, Jeffery membentuk penolakan rasional berkenaan kepercayaan pada kewujudan yang Maha Agung (The Supreme Being). Perbincangan dengan paderi, ibu bapanya dan rakan sekelas tidak dapat meyakinkan dia akan kewujudan Tuhan. Hasil muktamadnya, Jeffery bertukar menjadi ateis pada usia 18 tahun. Dia terus kekal ateis selama 10 tahun berikutnya, sepanjang pengajian sarjana muda, sarjana, dan PhD. Tidak lama sebelum atau selepas menjadi ateis dia bermimpi perkara berikut:
Saya berada di bilik kecil tanpa perabot dalamnya. Hanya karpet bercorak merah putih menghiasi lantainya. Dalam bilik itu juga ada jendela kecil, di posisi atas dan mendepani kami, memenuhi bilik dengan cahaya terang. Kami dalam beberapa barisan, dan saya di barisan ketiga.Di situ tiada wanita, hanya lelaki sahaja. Kami duduk atas betis kami, menghadap tingkap tadi.
Rasa asing.

Jul 8, 2010

BULL-SHARK

Bull shark, jika diterjemah langsung ke Bahasa Melayu, namanya jadi jerung lembu. Tanpa mahu mengelirukan sesiapa pun, maka lebih baik kita guna terma BULL SHARK. Untuk mengetengahkan satu komponen dalam sunnattullah ini, bull shark atau nama sainsnya Carcharhinus leucas (pembaca tak perlu ingat nama pelik ni) ditemui di serata dunia, selagi mana ada habitat air hangat, tepi pantai dan dalam sungai. YA, dalam sungai.

Jika jerung lain tidak mampu hidup dalam ekosistem air tawar, bull shark pula sebaliknya. Dari segi mekanisma tekanan osmosis, darah jerung mempunyai kemasinan yang tinggi seperti air laut. Namun bull shark berupaya mengurangkan tahap kemasinan sehingga 50 peratus, menjadikan jerung yang ini berenang di sungai dengan sesuka hati beliau.

Bull shark juga terkenal dengan sifat agresif dan sukar dijangka, menggolongkannya bersama jerung harimau dan jerung putih (great white) sebagai jerung yang pernah menyerang manusia. Jerung jenis ini mampu berenang jauh hingga 4 ribu km di Sungai Amazon, Illinois, dan Sungai Ganges di India.
 Saiz maksimum: 9 kaki (3 meter), rupa: besar dan gemuk, kelabu di atas, putih di bawah. Memandangkan bull shark adalah pemangsa apeks, bull shark jarang diancam oleh haiwan lain. Yalah, jika jerung ini berada di puncak dalam rantai makanan (top of the food chain), siapa yang boleh makan dia?

.Atas:bull shark
          bawah: great white













                                                         
Dibandingkan jerung dengan virus, hanya secubit sahaja manusia yang mati dibunuh jerung berbanding virus yang saiznya ultra mikro namun besar pengaruhnya hingga membawa kepada pandemik. Jika jerung menyerang manusia, kenapa salahkan makhluk ini yang hanya mengikut apa yang diprogramkan Allah berjuta tahun dahulu? Maka pada masa itu siapa yang menceroboh habitatnya? Dan siapa pula yang memutuskan bekalan makanannya?

Akhirnya semua kembali kepada keimanan. Dengan iman yang mantap, ketamakan, kikir hatta sifat rakus akan dihapus. Setakat yang kita nampak secara tersirat, saintis tidak mengaitkan sikap dengan usaha menjaga alam. Manusia bukan wujud di dunia untuk menjadi penakluk di dunia semata-mata, sedang kita juga sebahagian daripada alam. Keseimbangan adalah matlamatnya, dan kesederhanaan dalam penggunaan adalah kuncinya. Because one thing affect another. Dunia itu satu sistem, semuanya berkaitan dan penting. Satu komponen rosak, komponen lain boleh terjejas.

Jul 5, 2010

BELAJAR DARI ALAM

Ni copy paste dari genta-rasa.com. Alam itu sekolah yang besar, pengalaman itu guru yang berhikmah. Maka biarlah si Azizi ni menyampaikan kata nasihat orang lain, kerana ilmu agamanya bagaikan tidak cukup lagi, bagi berhikmah dalam menyampaikan. Itu kata dialah, maka mari kita baca tulisan Ketua Editor Majalah Solusi.

Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.

Jun 30, 2010

Kenapa Tuhan Buat Neraka??

Ini kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu dan beragama Islam tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden...

[VIDEO] McDonalds Food - The Truth

This is the truth of McDonalds' food. It is absolutely disgusting. Caution to those with weak stomach...

Jun 29, 2010

GAMBAR MASJID SEKITAR DUNIA

MASJID DI IRAN

ERR..MASJID NI DI MANA YE? LUPA DAA...

MASJID BIRU DI ISTANBUL, TURKI...ADA 6 MENARA. YANG WARNA BIRU TU BAHAGIAN DALAM MASJID NI

Jun 28, 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU JAWAPANNYA: FULL COLOR

Sementara menunggu karya baru saudara Azizul Shaharudin ni, Yonkoma (komik 4 petak) tentang exam ni saya terbitkan kembali....dengan warna penuh....dan dialognya diedit sedikit....

Ohh..dan ini merupakan komik full-color yang pertama, kata saudara Azizul ni... Harap dia dapat terbitkan lagi komik bewarna pada masa akan datang.

Jun 25, 2010

'Young Imam' Is the Reality Show Creating All the Buzz in Malaysia

ImageHost.org

KUALA LUMPUR—The U.S. has "American Idol." Britain has "The X Factor." Malaysia, one of the world's more progressive Muslim nations, has something rather different—a televised search for the country's most eligible young religious leader.
"Young Imam" might look familiar at first glance. Ten good-looking male contestants in sharp-looking suits are assigned to sing and complete a series of complex tasks. At the end of the show, the studio lights dim, the music drops to a whisper, and a clutch of young hopefuls step forward nervously, waiting hand-in-hand to find out who will be sent home that night.
Instead of a record contract or a million-dollar prize, though, the last imam standing wins a scholarship to the al-Madinah University in Saudi Arabia, a job leading prayers at a Kuala Lumpur mosque and an expense-paid trip to Mecca to perform the Haj pilgrimage.

THE GOLDEN PHOENIX

kata sahibul hikayat, burung cenderawasih@bird of paradise@golden phoenix ini hanya turun ke bumi bile hayatnya berakhir. dan bangkainya tidak berbau busuk. Burung ni memang unik sampai ada kisah dongeng dan misteri menyelubungi spesies burung ini. Hanya kedapatan di Nusantara.

Terlalu sedikit maklumat sahih tentang makhluk ini. Sebagai tanda kita ni bukannya Tuhan yang serba tahu, hanya makhluk jua. Jua tanda bagi kebesaran Allah. Harap ada pihak yang dapat membongkar...misteri burung Cenderawasih.

Cantik kan burung ni? Tapi susah nak cari...

Jun 22, 2010

Kasihnya Rasulullah

Cinta manusia dengan manusia biasanya diukur dengan nombor peratus. "cintaku 100% untukmu" Maka tersipu-sipulah si kekasih apabila pasangannya membisikkan ke telinganya. Bahkan ada software kecil yang mengira peratus cinta manusia berdasarkan nama, iklan-iklan dalam televisyen apa kurangnya... Seolah-olah tiada kerja lain, mengira peratus cinta manusia itu yang menjadi keutamaan... 

Manusia bagaikan terlupa... Terlupa akan cinta agung Rasulullah S.A.W kepada umatnya, sedangkan baginda tidak pernah bertemu dengan kita. Kasih Rasulullah S.A.W kepada umat, cinta agung sepanjang hayat. Walaupun nyawa Baginda sudah di hujung sakarat, cinta Baginda terhadap umatnya masih didakap hingga ke akhirat.

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W di khutbah Wadak,

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap seorang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu...
Mesej kasih sayang Nabi sangat kental. Sebelum mencintai Nabi, kasihi dahulu sesama manusia. mana mungkin mulut memuji sedangkan tangan dan kaki menyakiti saudara sendiri, tambahan lagi, andai amalan yang diberikan dijarahkan tanpa simpati.

Hati-hati kata Nabi, sebelum mencintai Baginda, bersihkan dahulu jasad dari perkara yang syubhah apatah lagi yang terang-terang mazmumah. Andai bersekongkol dengan syaitan, segera bertaubat. Pesanan Nabi itu terasa mudah, tetapi amat sukar untuk melaksanakannya.

Sabda Nabi:
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberikan makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang berzina.
Jelas, sebelum mencintai Nabi, jangan sesekali diabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Segala apa yang Nabi minta umatnya lakukan memandu kita untuk memiliki kasih Nabi. Bolehkah kita mencintai Nabi, tapi, dalam masa yang sama tidak melakukan apa yang telah diperintahkan Allah dan Rasul-Nya, terutamanya dalam soal ibadah?

Andai benar kita mencintai Nabi, sudah terujikah cinta kita terhadap Baginda? Sedangkan Al-Quran sangat sedikit dibaca, As-Sunnah kadang-kadang sahaja dapat dilaksanakan? Dan apa erti cinta andai tiada pengorbanan? Kalau kerana si kekasih kita sanggup buat apa sahaja, kenapa tidak untuk Rasulullah?

Dewan Masyarakat, Isu November 08

Jun 21, 2010

Murtad: Antara Emosi dan Realiti

Mereka juga mungkin menguasai institusi-institusi agama atas kebijaksanaan mereka dalam bidang tertentu, sedangkan mereka murtad. Akhirnya kita menyimpan barah yang amat berbahaya dalam tubuh umat. Maka sekadar pertahankan perubahan agama pada kad pengenalan semata, bukan satu kejayaan. Bahkan mungkin menjadi musibah jika berleluasa pada suatu hari nanti. Kejayaan yang sebenar adalah mengembalikan mereka ke pangkuan Islam secara reda dan menghilangkan kekeliruan mereka mengenai agama ini.
MURTAD adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidak berasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkan mukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebut dalam jiwanya, “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua.” Allah berfirman dalam s urah al-Baqarah: 217: (maksudnya) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

May 20, 2010

TAZKIRAH MAKAN


Petang itu petang Ahad. Waktu cuti, waktu bersantai sambil menikmati teh panas dan pisang goreng. Dan kesempatan itu digunakan oleh Suhaila untuk berbual dengan adik bongsunya yang kecil metah itu. Siapa lagi kalau bukan Izati, kanak-kanak perempuan usai 6 tahun, comel dan aktif. Mari ikuti perbualan mereka seperti berikut.

Izati: Along dah makan banyak pisang goreng. Tak ingat kat adik ke? Adik pun nak makan juga.

Suhaila: Pandai adik along ingatkan. Along susah sikit nak kawal diri bila makan ni. Ha, masa makan ni adik kena duduk. Tak elok berlari masa makan.

Izati: Adik tau. Ustaz kat sekolah pun ajar adik adab makan. Ustaz cakap, mula dengan bismillah…Ngap!

Suhaila: Amboi ekspresnya bismillah dia... Adik tahu tak kenapa dalam doa makan tu disebut “Allahumma bariklana” bukan “Allahumma barikli”?

Izati: Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Adik ini baru belajar adab makan, makna doa makan pun adik ingat lupa. Macam “berkatilah rezeki kami…” adik lupa terus maksud dia lepas tu.

Suhaila: Pandainya Izati ni. Adik kan baru je tahu adab makan, tak perlulah nak ingat semua. Adik, makanan tu salah satu rezeki juga kan? Walaupun kita seorang je yang makan, sedar tak jauh perjalanan makanan ni untuk sampai pada kita? Dengan ramainya orang yang terlibat dalam rezeki sampai pada kita?

Izati: Makanan boleh berjalan ke? Hehe…

Suhaila: Makanan tak boleh berjalan, tapi boleh sampai pada kita. Macam kita makan pisang goreng ni, asalnya dari pisang. Pekebun petik pisang lepas tu dijual pada penjaja di pasar. Di pasar pula, peniaga pisang goreng beli pisang tadi, lepas tu dia masakkan pula pisang goreng dan jual pula pada orang lain. Pisang goreng ni pula kita beli dan kita makan. Kita kenalah bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada orang yang terlibat dalam perjalanan rezeki kita hari ni.

Izati: Jadi “kami” dalam “Allahumma bariklana” tu bukan along dengan adik je, tapi pekebun, penjual, peniaga pisang goreng sekali juga. Orang lain pun juga kan, along? Kita perlu ke sebut nama semua orang dalam doa kita?

Suhaila: Kalau nak hitung semua orang, tak termampu kita. Tu juga tanda Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Lepas adik tau ni, baca bismillah betul-betul ye. Sebab maksudnya bukan main-main.

Izati: Sebab rezeki berkat kot, along makan banyak-banyak pun tak gemuk. Along gemuk nanti, kena kencing manis. Siapa yang susah? Adik juga yang susah…

Suhaila: Ada pula macam tu.

Apr 30, 2010

TAHU TAK INI LEMBU? TEKALAH...

 Ini ada satu jenis lembu,
Serupa lembu kampung kita,
Tunggu, bukan kita merapu-rapu.
Di hutan juga lembu ini melata.

Nama sainsnya Bos javanicus,
Tembadau panggilannya orang Sabah, 
Banteng sebutannya orang luar,
Tengok punggungnya putih, nampak stokingnya putih, bah.

Si jantan garang berkulit gelap,
si betina cantik warna merah coklat, oh pretty..
Depa la ni duduk satu geng,
Tapi sayang depa spesies terancam, fauna ini.

Mari sini kita bagi tazkirah,
Buat apa buru tembadau,
kalau stok lembu melimpah ruah,
Orang yang buat memang lahabau.

Eh, sapa yang berloghat utara ni?

Oleh: Zykenzsoul

Apr 27, 2010

Muktamar Tsanawi UPS 2008/2009

Pada 7 Mac 2010, Muktamar Tsanawi Unit Pengurusan Surau 2008/2009 telah berlangsung
di Surau Nur-Eman Kolej Kediaman E, UMS.








DODOL BERSAMA MUHIBAH





Apr 26, 2010

Apr 25, 2010

CINTA PERJUANGAN

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan
marilah kita hayati erti cinta yang sebenarnya...


“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akhi selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.” “Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Apr 21, 2010