Apr 27, 2010

Muktamar Tsanawi UPS 2008/2009

Pada 7 Mac 2010, Muktamar Tsanawi Unit Pengurusan Surau 2008/2009 telah berlangsung
di Surau Nur-Eman Kolej Kediaman E, UMS.









Majlis pada hari itu dimulakan dengan tayangan multimedia aktiviti-aktiviti Exco Kerohanian dan Sahsiah (EKSAH) dan Unit Pengurusan Surau (UPS) sepanjang 2008/2009 pada jam 9 malam. Tanyangan berlangsung selama satu jam. 

Pada jam 10 malam, sidang muktamar bermula. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi muslimin, iaitu Muhammad Nur Ilham bin Salleh. Saudara Ilham juga merupakan JAKMAS Exco Kerohanian dan Sahsiah 2008/2009. Majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi muslimat, iaitu Maznee binti Abdul Aziz.

Pada jam 10.30 malam, sidang 1 muktamar dimulakan dengan pembentangan laporan setiausaha yang disampaikan oleh Nur Afiq Farhan bin Sabari dan diikuti dengan pembentangan laporan bendahari oleh Mohd Adi Izzat bin Moakhir.



Sidang 2 diteruskan dengan perbahasan terhadap pembentangan laporan-laporan setiausaha dan bendahari. Setelah itu, majlis diteruskan dengan perlantikan pimpinan UPS yang baru yang disampaikan oleh saudara Ilham.


Barisan MT Unit Pengurusan Surau 2008/2009



Pengerusi Unit Pengurusan Surau 2010/2011
Jefri Tahir


Berikut adalah barisan kepimpinan Unit Pengurusan Surau 2010/2011
Pengerusi Muslimin :: Jefri Tahir
Timbalan Pengerusi Muslimin :: Nursyabri Mat Nor
Setiausaha :: Raimi Mohd Fadzel
Bendahari :: Ahmad Faiz Farhan Mohamad Sidek

Pengerusi Muslimat :: Nurul Izza Nadia Shuhaimi
Timbalan Pengerusi Muslimat :: Noranita Sarifuddin
Setiausaha Muslimat :: Rosnilawati Abdul Semin
Bendahari Muslimat :: Umi Kalsum Abdul Rahiman

Lajnah Dakwah & Tarbiyah 
Mohd. Azhar Ibrahim (K)
Rabiatul Fitri Muda (TK)

Lajnah Media & Informasi
Mohd. Azrul Abu Bakar (K)
Siti Nur Fajrina Rusman (TK)

Lajnah Makanan
Mohd Nor Hafiz Abdul Rahman (K)
Khamisah Pasha Jamman (TK)

Lajnah Kebersihan & Keceriaan
Mohamed Zaki Hassan (K)
Nimang Mamma (TK)

Lajnah Teknikal & Riadah
Mohamad Arif Mf. Yusof (K)
Nurazifah Ramzi (TK)


P/S: Maaf di atas keterlewatan
Maaf di atas gambar yg ada sesetengahnya macam tidak ok sangat kualitinya... (~_~)v ada juga yang ditengok macam ndak patut2 jak gambarnya tu.. tp terima jak ya kawan2 ku... semoga barisan kepimpinan UPS 2010/2011 semakin mantap dan semakin independent... ^,^ Ganbatte mina-san!!!!!

No comments:

Post a Comment