Feb 22, 2010

GhaFLah

Assalamualaikum...

Pada topik kali ini, insyaallah kita akan sama-sama menyelami dan belajar tentang apa itu Ghaflah. Penyakit ghaflah ini merupakan antara penyakit yang sangat berbahaya yang menimpa individu dan ummat islam. Ia dikatakan bahaya kerana dapat membunuh segala kebaikan dan penghancur semagat bahkan dianggap sebagai pohon yang buruk yang disirami dengan air kebodohan dan akan membuahkan suul khatima (kesudahan yang buruk). Dari segi bahasa, Ghaflah bermaksud lalai. Seperti mana termakhtub didalam surah Al-Kahfi ayat 28 yang bermaksud: “....dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
Di dalam buku ‘Nasihat Untuk Orang-orang Lalai’ ada membincangkan tentang beberapa jenis kelalaian. Antaranya ialah:

1. Orang yang tidak mengetahui kondisi hatinya, apakah sakit atau sihat.
2. Orang yang tidak hati-hati terhadap tipu daya syaitan.
3. Orang yag tidak mengatahui jalan keselamatan.
4. Orang yang mensia-siakan usianya secara tidak berguna.
5. Orang yang tidak mahu mencapai hal-hal yang tinggi dan menyenangi perkara yang rendah.
6. Orang yang tidak memerhatikan rencana musuh terhadap umatnya.
7. Orang yang sengaja buta terhadap kebenaran dan terus tenggelam dalam kebatilan.
8. Orang yang membiarkan musuhnya menuntunnya kepada arah yang tidak ia ketahui.

Sungguh lalai merupakan satu perkara yang kita perlu takuti. Ini kerana, kadang-kadang kita leka dan tergoda dengan bisikan-bisikan syaitan menyebabkan kita tidak sedar bahawa diri kita telah hanyut dan terleka dengan hal-hal keduniaan dan kemaksiatan. Malah manusia yang lalai di ibaratkan lebih rendah darjatnya daripada haiwan kerana sesungguhnya haiwan itu tidak pernah lalai dari tugasnya yang mana sentisa berzikir dan bertasbih kepada Penciptanya walaupun tiada hukum ditetapkan keatas golongan mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan hadis nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi:
tungganglah haiwan-haiwan itu dengan baik dan biarkanlah dalam keadaan sihat. Jangan dijadikan mereka sebagai kerusi tempat duduk kalian saat berbicara di jalan mahupun di pasar. Bisa saja haiwan yang ditunggang itu lebih baik dari yang menunggangnya dan lebih banyak zikirnya kepada Allah S.W.T dibandingkan yang menungangnya”.

Oleh yang demikian, didalam buku ini juga ada menyatakan tentang beberapa tips dari Iman al-Ghazali kepada orang yang ingin mengetahui aib dan kekurangannya dan ingin memperbaikinya. Mungkin dengan cara ini juga insyaallah dapat menyedarkan kita daripada kelalaian yang tersembunyi. Antaranya ialah:

1. Meminta bantuan orang lain untuk menilai dan mengkritik diri kita. Meskipun pada awalnya orang tersebut kurang tepat dalam memberi penilaian, namun nantinya akan benar juga.
2. Menjauhi keramaian sebentar supaya kita dapat berkonseterasi memikirkan diri. Kerana rasanya agak sulit dan akan memakan masa sekiranya kita berada dikeramaian.
3. Memperhatikan perilaku orang. Jika kita melihat perlakuan yang baik, maka ikutilah. Namun, bila kita melihat perilaku jelek, maka jauhilah.
4. Mencari kawan yang kita percayai dan yang kita mencintai kita kerana Allah S.W.T. hendaknya kawan tersebut mempunyai ilmu yang cukup dan ikhlas ketika memberi nasihat. Jika kita telah mendapatkannya, maka kita pasrahkan diri kita dihadapan mereka supaya mereka memberikan nasihat-nasihat yang baik. Setelah itu hendaknya kita sering berkata, “semoga Allah mengasihani orang yang telah menunjukkan kekurangan dan aibku.”

Sumber: Khalid A. Mu’thi Khalif, Nasihat Untuk Orang-orang Lalai

No comments:

Post a Comment