Feb 9, 2010

Kebaikan yang Dibuat

Salam ukhuwah dan salam tengah hari... Maaf sebab sudah agak lama tidak update blog ni...
Betul lah, untuk mewujudkan blog yang besifat ilmiah dan nasihat ini memang agak payah...
Tapi, sampai bila saya nak biarkan amanah yang diberi ni tanpa sebarang usaha ke arah menjayakannya..

Satu persoalan yang saya tertanya-tanya, adakah blog ini betul-betul memberi suntikan kesedaran pada sesiapa yang membaca isinya?
Betulkah apa yang saya buat ni?  ImageHost.org Mungkin iya... Lupakan dulu itu... ^,^


Pernahkah terdengar/terbaca pasal kes rompakan bank yang berlaku pada 8 Ogos 2005? Bank Banco Central di Fortaleza Brazil telah dirompak dan mengalami kerugian sebanyak 164, 755, 150.00 reais (USD 69.8 juta, dalam RM kira la sendiri  ^,^)
Wahhh~~ Kayanya... memang la kaya, tapi rompakan sebegini besar perlukan satu rancangan yang teliti dan teratur... Hmmm~ Sebelum mereka melakukan rompakan tersebut, mereka telah menyewa sebuah bangunan selang dua blok daripada bangunan bank dan luarannya digambarkan sebagai syarikat landskap.

Perancangannya sangat lengkap dan teliti, hinggakan 10 orang perompak ni membina terowong sepanjang 78 meter dengan sistem lampu & penghawa dingin. LENGKAP!!!! Dinding konkrit dapat dipecahkan, bilik kebal berjaya digodam. Duit seberat 3500 kg tu berjaya dibawa keluar dengan perancangan yang licik.

Mereka dapat apa yang mereka nak... Benda yang mereka buat ni TAK BETUL tapi dibuat dengan BETUL-BETUL...
Tapi, kita ni... kita ni sebagai seorang daei, seorang yang bergelar muslim/muslimah... kita bina satu organisasi, kita membentuk satu unit, satu pasukan dan satu jemaah, dengan tujuan ingin menyampaikan islam, ingin menunjukkan yang islam itu boleh bergerak kerja... Kita ingin membudayakan Islam dalam masyarakat...

Tapi kenapa satu perkata yang bersifat BETUL, besifat BAIK, bersifat POSITIF, kita tidak dapat buat dengan BETUL-BETUL... Benda yang BETUL, tapi tidak dapat dibuat dengan BETUL-BETUL...

Saya tidak berniat untuk menuduh sesiapa... sebenarnya bila membaca kisah ini, saya TERASA. Kenapa saya boleh biarkan blog NUR-EMAN ini??? Kenapa saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab saya dengan bersungguh-sungguh? kenapa benda yang betul ini saya tidak buat dengan betul-betul?
kenapa saya sebagai pelajar, tapi tidak belajar dengan betul-betul? padahal benda ini tidak salah!

Kenapa??

Sebab kita sentiasa berfikir yang kita telah buat sesuatu yang baik.. Kerana "keperasanan" ini la yang buat kita tidak mencuba dengan betul-betul. Usaha kita umpama "tahi ayam", yang hangatnya cuma sementara... (tapi saya tak pernah sentuh pun tahi ayam, pepatah melayu yang kata macam tu... ^,^)

Sentiasa beringat, masih banyak lagi yang kita patut usahakan untuk mendapatkan yang terbaik di jalan Allah... Sesunggunhnya, semakin kita menghampiri kebenaran/kebaikan, semakin jauhlah kebatilan itu dari diri kita.. Tapi!!! Dengan satu syarat.. ISTIQAMAH...

Ideologinya...
Manipulated variable: Kebaikan
Responding variable: Kebatilan
Fixed variable: Istiqamah/berterusan

Then the graph is....??? Tak payah cakap, semua orang pun tahu.. ^,^

Salam ukhuwah dan semoga apa yang cuba saya sampaikan, sampai.. dan tidak pending.. ^,^
Have a nice day...

1 comment:

  1. "Kebaikan yang tidak terancang akan kalah dengan kejahatan yang terancang" Saidina Ali ra.

    Good artikel, have a nice day too ~_~

    ReplyDelete