(nilah dia komik yang saya suruh nanti-natikan)
Sebuah tamadun sekurang-kurangnya diwakili sebuah buku. Tamadun Mesopotamia dengan Epik Gilgamesh, Tamadun China melalui kitab Confucius dan Taoisme, Kitab Vedas dari Tamadun Hindus, serta Tamadun Islam dibentuk oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad.
Bangangnya kita membiarkan kemahiran 3M kita disia-siakan begitu sahaja. Mengatakan tidak suka membaca itu ini sedangkan dirinya adalah guru tuisyen atau mungkin pelajar sains. Sekejap, 3M itu apa? 3M itu adalah kemahiran yang tiga iaitu membaca, mengira, dan menulis. Faham?
Dan lagi malang pula jika para pejuang dan pencinta Islam yang masuk dalam kategori malas membaca. Gung gang gung gang berteriak kita perlu kembali kepada Islam yang sebenar. Kita mahu melihat kembali orang semacam Al-Ghazali, Al-Farabi, Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd dan Ibnu Sina. Dan ya, serta yang lain-lain. Nanti panjang sangat mahunya berjela-jela senarai tokoh silam. Sedangkan kita malas mengorek ilmu tokoh-tokoh tadi.
Maka untuk menghargai kehebatan mereka itu, maka lebih baguslah kita menuju kepada sumbangan mereka dan ilmu mereka, yakni buku kitab tulisan mereka. Atau sekurang-kurangnya membaca kitab karangan Yusuf Qardhawi atau Syed Qutub itu pun sudah memadai. Mereka berbicara kepada kita biar pun tuan punya buku itu sudah lama kembali kepada Allah seperti Imam Nawawi. Namun…
Memperoleh ilmu dengan buku semata dan berbahas dengan orang lain perihal sesuatu cabang ilmu memang menjadikan kita semacam kurang ajar, biadab dan kurang adab. Mungkin sebab itu ada orang boleh tersesat juga jika hanya membaca buku sahaja. Lagi kan pula jika ada buku yang mengandungi isi yang diragui dan provokatif. Contohnya The Satanic Verse oleh Salman Rushdie, di mana banyak keterbalikan berlaku biar pun hanya sekadar novel. Syaitan diangkat menjadi tuhan, tuhan pula dihina habis setaraf syaitan. Oh, siapa gerangan Salman Rushdie ini? Haaa… nampak macam anda tidak pernah tahu tentang Salman Rushdie (sebab tak pernah baca kan?). Nantilah jika masih diizinkan saya ceritakan sedikit pasal Salman Rushdie keparat ini. Coming soon, moga Allah izinkan.
Sebaik-baiknya kita boleh melakukan talaqqi atau berguru dengan orang yang lebih alim daripada kita dengan menggunakan buku alim ulama. Dengan itu Insya-Allah, kefahaman terbentuk bersama akhlak baik dalam mencari ilmu, baru layaknya ilmu itu dihargai. Dan kerana itu kita diseru oleh Allah dan Rasul untuk bergaul sesama manusia, termasuk dalam hal berguru ini. Bagi kes ilmu ranting dan cabang yang mendalam, adalah elok diperdebatkan di meja para sarjana, sedang orang awam perlu sedar sempadan bagi isu yang masih ada perselisihan. Bak kata saifulislam.com, jika tidak pernah belajar hadis, jangan berbincang lebar pasal hadis. Lebih kurang begitulah ayatnya.
Jadi apa halnya dengan komik yang saya sisipkan ini? Menjadi kurang ajar dengan ilmu ulama ke? Mahu mengagungkan Pendekar Laut? Na’uzubillahi min zalik, tiada terlintas untuk meremehkan ulama.
Saya sukakan komik sejak kecil lagi. Dan bagi yang pernah membaca komik Hong Kong confirm akan tahu watak Pendekar Laut. Macam Azizi juga, saya gemar melihat Pendekar Laut beraksi. Dan ini satu-satunya komik yang menekankan simbolik jaguh ini kepada satu haiwan di laut, jerung. Bayangkan berapa juta tahun lamanya sebelum zaman gemilang raksasa dinosaur, jerung terus hidup hingga kini dan menjadi pemangsa teratas dalam rantaian makanan di lautan.
Macam yang saya cakap, Pendekar Laut ini hanyalah rencah cerita, tiada saya mahu berlebihan mengulas minat saya itu. Sumbangan besar Imam Ghazali dalam ilmu Islam amatlah besar ibarat Kuasa 1 juta hp juga, sehinggakan ilmunya boleh digunakan untuk menumpaskan pencuri kasut dalam komik tadi. Akhirul kalam, ini bukan penulisan tentang Pendekar Laut, ini coretan perihal betapa berharga ilmu itu hingga diabadikan dalam buku…atau PDF dan e-book di zaman moden sangat ini.
Jika berimpian untuk menjadi ulul albab, yang ada kriteria berilmu untuk menjadi seperti itu, maka cubalah membaca buku bermanfaat dan sebarkan ilmu dengan hemah tanpa memaksa. Jangan diberatkan sangat hal-hal gelaran Dato’, Tan Sri dan YB dan YDP kurniaan orang lain. Jika sudah cap ulul albab, Allah amat dekat dengan orang seperti mereka. Ya Allah, jadikan kami ini dekat denganMu, sentiasa belajar untuk mengingatiMu. Hanya Engkaulah kami memohon pertolongan.
wahh..plukis komik ni minat pndkr laut rpnya...bagus btul...ada parodi mcm ni...
ReplyDeleteoh hong kong comic's fans rupanya.. betul lah, setuju, org sekarang tak suka baca buku.. tapi mulut petah sungguh~
ReplyDelete