Apr 21, 2010

SPESIES HIBRID BERNAMA LIGER



Anggaplah ini sambungan kepada post pasal harimau tu kan.
Liger (Panthera hybrid) adalah hasil perkongsian hidup oleh singa jantan dan harimau betina,yang mana sangat susah berlaku dalam habitat yang asal dan tidak tabi'i. Saiznya boleh sangat mengatasi saiz kedua-dua mak ayahnya. Berat maksimum liger adalah 900 pound dengan panjang badan 10-12 kaki. Nampak tak dalam gambar tu besar bukan main liger bila berdiri dengan kaki belakangnya. Sebab pada tumbesaran melampaunya ialah hormon tumbesaran dari bapa singanya tidak dapat diseimbangkan oleh hormon pengehad tumbesaran yang sepatutnya datang daripada ibu harimau.


Ha...nampak jelas karakter singa dan harimau ada dalam liger ini. berbelang macam ibunya. Bulu tengkuk macam bapanya. Liger boleh berenang macam harimau, dan mengaum macam singa. Namun hakikat kejamnya, liger dibiakkan hanya sebagai terikan kepada zoo, tanpa mengambil peduli akan kemaslahatannya. Hasil silang spesies ini menjadikan liger jantan mandul sedang liger betina subur. Biarpun dikatakan lebih jinak, namun dek saiznya yang bagak itu liger patut dikendali dengan berhati-hati.

Kenapa saya highlightkan spesies ini? Liger juga adalah sebahagian kejadian alam. Dan kejadian alam adalah komponen dalam Sunnatullah. Sebagai orang yang mahu dekat dengan Allah, kita tidak boleh tidak lari daripada dekat dengan alam tempat kita diami kini. Pejuang Islam janganlah bersifat ignorant  atau bodoh sombong tanpa mengambil tahu sedikit tentang Biologi atau cabang ilmu lain. Kelahiran liger ini berlaku kerana niat yang batil, hanya menjadikannya pameran dan tarikan pengunjung. Lebih kurang macam Marilyn Monroe, hidupnya masyhur, matinya sia-sia. Wallahualam.


oleh: Azizul Shaharudin

2 comments:

  1. haha..comel ye?!dah besar bagak nanti tak bernafas kita kena hempap dek liger ni masa tengah bermanja.kepala pun dah besar bukan main!

    ReplyDelete