Apr 8, 2010

Sains & Haji


Haji merupakan fardhu islam kelima. Semua umat islam tidak menghadapi masalah untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, juga mampu menunaikan solat fardhu LIMA waktu sehari. Dan hampir kesemua umat islam (yang dah bekerja) mampu (mungkin lebih dari mampu) membayar zakat fitrah/harta serta mampu berpuasa di bulan Ramadhan (Upin & Ipin pun puasa penuh tau ^,^)



Semacam ada magnet, Tanah Suci Makkah sentiasa menjadi tumpuan semua umat islam sejak dahulu lagi, lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Kota suci ini merupakan pusat muka bumi berdasarkan kajian PAKAR GEOLOGI yang menyatakan bahawa sejak kira-kira 4.5 billion tahun terbentuknya muka bumi ini, telah berlaku beberapa pergerakan plat di sekeliling plat tanah Arab.

Persidangan Mecca: The Center of the Earth, Theory and Practice yang dicetuskan oleh Sheikh Yusuf al-Qardhawi  bersama beberapa orang saintis Muslim dan juga ulama telah diadakan pada April 2008, hasil daripada persidangan itu, mereka menghasilkan resolusi yang meminta agar Mecca Time diwujudkan untuk menggantikan GMT iaitu Greenwich Meridian.

Persidangan yang disebut sebentar tadi adalah bertujuan untuk mengupas isi Keajaiban al-Quran yang selama ini telah di[warnakelabu]kan/dikaburi oleh hujah saintifik berasaskan logik akal orang Barat. Contoh fakta saintifik yang ditonjolkan dalam Al-Quran adalah mengenai kesahihan bumi Makkah adalah pusat atau titik tengah muka bumi.

Ahli geologi juga menjelaskan bahawa Makkah ini berada tepat di jajaran utara magnet. Fakta ini menguatkan lagi sebab utama seluruh umat Islam sejak dulu lagi tidak pernah putus mengunjungi Makkah.
Kaabah yang juga menjadi arah kiblat solat bagi semua umat Islam di seluruh dunia pula tidak pernah sunyi daripada tawaf manusia sejak ia dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, iaitu anaknya.

Dari segi saintifik, Kaabah merupakan satu-satunya tempat yang menghasilkan banyak tenaga. Hakikatnya, bumi ini, dengan kuasa Allah boleh beredar pada paksinya, berpusing menentang arah jam. Dan peredaran bumi pula diukur melalui putaran mengelilingi sistem solar (matahari). Para saintis mengenal pasti, andainya tiada kuasa putaran yang berlaku di Kaabah yang menstabilkan tenaga, mereka meramalkan yang dunia ini akan berakhir/kiamat.

Manakala, ibadah TAWAF juga dikatakan boleh melakukan sedemikian (perkara yang disebut pada perenggan sebelumnya) berdasarkan bentuk pergerakan keliling manusia yang dilakukan pada arah melawan jam. Tawaf dipercayai berperanan menyambut tenaga putaran bumi mengelilingi matahari, menstabilkan & menyebar ratakan tenaga ke seluruh bumi. Dan apa yang menarik perhatian saya, tenaga itu hampir sama dengan cas-cas yang terhasil semasa umat islam menunaikan SOLAT BERJEMAAH. Cas-cas ini jugalah yang banyak membantu kita, manusia untuk meneutralkan cas positif yang berlebihan dalam badan. Secara tidak langsung, ia membantu manusia untuk menyihatkan badan. ^,^

Seperti mana yang dinyatakan oleh Masaru Emoto, penulis buku The True Power of Water, tawaf yang dilakukan manusia di Kaabah berupaya mengubah struktur partikel cairan dan tubuh badan kita menjadi kristal. Umumnya tahu yang tubuh kita mengandungi 70% air, andainya kita berniat atau berkata baik pada air, partikel dan struktur air itu akan berubah menjadi kristal yang indah. (tak sangka air pandai "dengar cakap" jugak ^,^). Dan secara automatik, ia akan melancarkan saluran darah walaupun sebelumnya sentiasa tersumbat akibat [para] penyakit..

Teori Lorentz menyatakan seandainya ada sebatang konduktor yang dikelilingi elektrik pada arah berlawanan jam, maka akan terhasil medan gelombang elektromagnet di konduktor itu yang mengarah ke atas. Dalam dunia fizik, kita gelar dia sebagai Fleming's Right Hand Rule. Kajian ini tepat dengan perbuatan tawaf yang berlawanan jam, Kaabah pula berada di kiri manusia, dengan itu, gelombang elektromagnet akan terhasil sekiranya dilakukan apa saja pergerakan.

Manusia boleh menjana gelombang kerana tubuh kita tergolong dalam kumpulan bioelektron yang setiap atomnya berputar dalam orbitnya. Gelombang tersebut akan tersebar/terpancar semasa manusia melakukan pergerakan atau percakapan. Apabila kita bersuara, gelombang suara yang terhasil akan menjana tenaga/cas positif sekiranya apa yang diperkatakan oleh kita itu adalah perkataan yang baik-baik, contoh DOA & ZIKIR. Kajian ini sangat bertepatan dengan penyelidikan amalan sunat semasa tawaf iaitu, zikir dan doa.

Tenaga positif ini juga boleh terhasil daripada amalan/ibadah yang dilakukan sambil menghadap kiblat. Dan tentunya tenaga-tenaga yang dihasilkan berpusat di Kaabah. Dari segi kesihatannya, tenaga ini sangat bermanfaat untuk memperbaiki struktur tubuh badan kita agar terhindar daripada [para] penyakit, emosi dan akal fikiran.

Pelbagai kebaikan yang telah kita ketahui, namun begitu, andainya beribadah tanpa kekhusyukan hati akan menjadi sia-sia. "Susahnya mencapai tahap khusyuk~" itu yang selalu kita dengar, malah saya sendiri pun mengalaminya dan meluahkan ayat yang sama.

Tapi berdasarkan pendekatan analisis gelombang otak (Brainwave Management), gelombang otak kita sebenarnya dapat dikawal melalui aktiviti kita. Dengan itu, Electro Ensefalo Gram (EEG) diguna untuk merakam gelombang otak manusia. Hasil daripada itu, terdapat beberapa ukuran frekuensi iaitu,
  • gelombang beta (frekuensi 14-100 Hz), 
  • gelombang alfa (8-13.8 Hz), 
  • gelombang teta (4.-7.9 Hz) dan
  • gelombang delta (0.1-3.9 Hz).
Hormon endorfin dan serotonin dihasilkan oleh otak pada frekuensi 8-13.9 Hz. Hormon ini juga akan membuatkan manusia jadi khusyuk dan tenang. Manakala pada 14 Hz, hormon kortisol akan dirembeskan, hasilnya, akan menyebabkan manusia merasa stres, cemas dan risau.

Berdasarkan kajian ini, manusia perlu untuk mengawal frekuensi ataupun lebih tepat menurukan frekuensi gelombang otak dengan meregangkan otot tubuh, tangan, kaki, aromaterapi, melihat sesuatu yang indah. Namun cara yang terbaik adalah dengan mengawal hati, iaitu di situ la bertempatnya sumber gelombang otak kita. Hati kita perlu untuk menghayati setiap apa yang kita lakukan.
 
Jangan pula ada antara kita selepas membaca artikel ini, mengagungkan sains lebih dari hikmah Allah. Tetapi sains harus menjadi alat untuk kita mengukuhkan iman dan takwa kita terhadap Allah s.w.t.
Jangan pula kita merasakan kita ini bijak, kerana berjaya mengkaji sesuatu. Ingat, itu hanyalah setitik ilmu Allah yang kita kutip.

Jangan pula selepas mengetahui kebaikan ibadah haji, niat kita beribadah kerana Allah s.w.t berubah dan seterusnya menyebabkan perubahan dalam ibadah itu sendiri mengikut acuan dan faedah saintifik yang terdapat dalam ibadah itu (tawaf).

Wallahualam...

Renungan: Ustazah saya dulu pernah tanya, kamu nak HAJI MABRUR atau HAJI MALBORO?

Sumber: Kosmik November 2009, Majalah Sains & Teknologi

2 comments:

  1. kurangkan smiley dalam artikel....
    lainlah kalau ini dalam SMS.

    ReplyDelete
  2. dah kurang kan dah.. dah try untuk kurang kan.. sy jadi skema, kata mcm org dulu.. letak 2,3 smiley mcm ni plak jd nya ek.... bingung..

    ReplyDelete