Nov 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H




Kami dari pengurusan Kelab Nur Eman 
tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan
 Salam Maal Hijrah 1433 H 
kepada pembaca2 yg tidak jemu berkunjung ke blog

Nov 15, 2011

Nak dapt berkat ilmu x??

Assalamualaikum shabt2 smua..
Setinggi2 kesyukuran d pnjtkan ke hadrat Ilahi krna kita msh lgi di bri ksh syg Allah dgn dpt mghirup udara,makan minum,sihat dan dapt menuntut ilmu dgn baik dgn kurniaan yg plg berharga yg x da pd mkhluk lain slain mnusia iaitu AKAL..Alhamdulillah..mgkin rmai sahabat2 kini sbuk dgn midterm dan asignmnt yg prlu d siapkan..penulis pun tidak terkecuali T_T..sesibuk mana kita whai shbt2..jnganlah kita lupa akn perinth Allah @ mgkin tidak lupa tpi melengah-lengahkan perintahNYA..itu yg sllu kita lakukan bukan??dush3..tumbuk diri sndri...ingt tu.. *_*

Disini penulis ingin berkongsi kpd shabt2 yg d kasihi krana Allah..tips2 bagaimana kita hndk mendptkan berkat semasa bljr..Semua tahu kan apa itu berkat? Sesuatu yang tak boleh dilihat, tapi dengan berkat tu, kita boleh rasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di pundak kita.

1) Sebelum belajar, niatla bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar gajah ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan."alamk time aku syok bljr time tu plak azan..skjp lgi la..lgi siiikitt"..Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah.~peringatan tuk dri sndri @_@~ Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran.Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas. 


Jgn smpai kita berada di skala ke 2 ni..

~Dunia di tangan,Akhirat di hati~
~Selamat Beramal ^_6~

Nov 10, 2011

Sejarah Hari Raya Aidiladha..

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
di harap sihat sjahtera dan sntiasa di rahmati dan d lindungi oleh Allah swt hendaknya..
Semestinya ad di antara sahabat2 skalian yg penuh perutnya dgn pelbagi juadah makanan semasa hari 1,2 & 3 hari raya korban tempoh hari..di tambah pula dengan berkesempatan melihat penyembelihan lembu dan kambing tidak kira la di Masjid Ums @ King fisher @ di mana jua anda berada..Alhamdulillah kerana masih di kurniakan makanan yg melimpah ruah jika di bandingkan dengan sahabat2 kita yg terpaksa mengemis malah ad juga yang kebuluran seperti di Somalia..

Sebenarnya bukan itu yang hendak d ukilkan di sini tpi ingin berkongsi sedikit ilmu yg ada mengenai bagaimana bermulanya Hari Raya Korban a.k.a Hari Raya Aidiladha ni. mungkin ad di antara sahabat-sahabat yg tahu tetapi terlupa @ yg tidak thu langsung mengenai sejarah Hari Raya Korban di adakan.

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:



إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ



Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.


Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi. Kita sepatutnya sebagai seorang muslim perlu tahu mengapa kita meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha atau hari2 kebesaran islam yg lain malah dalam ibadah lain seperti solat dan puasa pun kita perlu tahu apa sebabnya..Tidak la nnti kita seperti burung kakak tua yg hanya mengikut perbuatan org tapi tidak tahu apa yg dilakukan..


Moga perkongsian kali ini bermanfaat utk kita dan untuk d sampaikan kepda sahabt2 kita yg lain.. i.Allah.


Nov 9, 2011

.:: Jarak Aman ::.

Assalamualaikum wbt..cuti pun cuti gak kan..
Makanan rohani jgn diendahkan..lapar bha dya nnt..
So nak kongsi sikit dgn shbt2 suma..bleh kan..??
baru2 ne ada kuliah dasar 'JARAK AMAN' semasa Kem Pembangunan Sahsiah anjuran Exco Pembangunan Sahsiah..
penceramahnya Kak Jannah..(Puan Suzana)
So xnaklah yg peserta jak yg dpt pengisian dr Kak Jannah..kita sbgai bukan peserta pun nak jgak kan..
so jom kita terjah blog Kak Jannah..:)
So mcm mna..? After ne smpikan lah dgn shbt2 yg lain k..
wallhu'alam..
credit to : Kak Jannah..:)

Nov 3, 2011

.:: Diskusi Nur Eman ::.

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semuanya..?
Iman macam mna..?
Biarpun busy dgn midterm yg melanda harap suma dpt memberikan mknn kepada rohani kita..lapar dya nnt..
Alhamdulillah..Allah mengizinkan untuk hidup di dunia ini lagi..
masih banyak benda yg perlu dilakukan..

Seperti yg kita tahu pada 29 Oktober yg lepas, Alhamdulillah rohani kita disuapkan skali lg dgn kehadiran Ustaz Tuan Haji Kamaruddin dari IPSI (Islamic Propagation Society International)..So di sini pihak kami ingin berkongsi sedikit input yg kami dpt..:)
Islam –bukan keturunan - tengok kita terima Islam @ tidak 
Bagaimana nak bersyukur kepada Allah ? 
Tak cukup sekadar dengan ucapan jadi pengikut Rasullullah
Menjadi Muslim yang taat 
Tingkatkan iman + tambah kekuatan iman :
1.zikrullulah
2.baca Al-Quran dengan tadabbur (kena faham) 
Firman Allah S.W.T : “ Sesunggunhnya orang –orang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah akan gementar hatinya & apabila dibacakan ayat-ayatNya kpd mereka, akan bertambah (kuat) imannya & hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.
(al-Anfal :ayat 2)
Solat berjemaah 
FAKTA MENARIK 
Setiap tahun AMERIKA akan mencetak 83 juta Bible
Ada 45 versi Bible tp takde satu penganut Kristian yang menghafal Bible 
Ada 700 teori sains dalam Al-Quran
Terdapat 20 million umat Islam yang menghafal Al-Quran.Diandaikan jika semua al-quran di muka bumi dibakar.maka muncullah wakil2 Islam di pelusuk dunia untuk menaskhahkan semula al-Quran.sbb pa? KERANA TERDAPAT UMAT ISLAM YANG MENGHAFAL ALQURAN 
Sebagai Muslim yang baik kita semestinya tahu asas Islam iaitu dengan menekankan aqidah.
Dalam Kristian,seseorang yang dilahirkan dianggap berdosa kerana telah memikul dosa azali yakni dosa nabi Adam.Peristiwa Nabi A dam melanggar suruhan Allah dengan memakan buah larangan iaitu buah khulds telah memberi anggapan bahawa manusia dilahirkan secara fitrah telah berdosa.Ini amat bercanggah dengan Islam iaitu setiap manusia yang dilahirkan dalam keadaan suci n bersih.
Dalam surah Al-Ana’am ayat 164 ,
“Katakanlah (Muhammad ) “ Apakah patut aku mencari Tuhan selain Allah padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu.Setiap perbuatan dosa sesorang,dirinya sendiri yang bertanggungjawab,Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain.Kemudia kepada Tuhanmulah kamu akan kembali, dan akan diberitahukan-Nya kepada mu apa yang dahulu kamu selisihkan.
Ayat yang membuktikan penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi
(surah AL-BAQARAH : ayat 30)
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat , “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi .Mereka berkata ,” Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak & menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih, memujiMu dan menyucikan nama-MU? Dia berfirman :” Sungguh,Aku mengetahui apa yang kamu x ketahui.” 
(surah AN-nisa : 70 )
Yang demikianlah itu adalah karunia dr Allah & cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.
(Surah al-IMran ayat : 64) 
Katakanlah (Muhammad ) “Wahai ahli kitab! Marilah kita menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita x akan menyembah selain Allah dan kita tak menjadikan satu sama lain Tuhan selain Allah.Jika mrk berpaling maka katakanlah (kpd mrk) “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang MUSLIM”.
SURAH AL-IKHLAS PEMBUKTIAN ALLAH ITU ESA DAN JAUH BERTENTANGAN DARI KONSEP TRINITY
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(1) Katakanlah (Muhammad),” Dialah Allah,Yang Maha Esa .
(2) Allah tempat meminta segala sesuatu
(3) (Allah ) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
(4) Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia
Dalam surah Al-Imran (ayat 190-191)
Sesungguhnya dlm penciptaan langit & bumi. & pengantian malam dan siang terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang yang berakal
(yaitu) org yang mengingat Allah sambil berdiri ,duduk,dalam keadaan berbaring,dan mereka yang memikirkan ttg penciptaan langit & bumi, (seraya berkata) “ Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia.Maha suci Engkau ,lindungilah km dr azab neraka.
BUKTI HUMMINGBIRD(BRG KELICAP) ADE JET STREAM –TIADA GANGGUAN CUACA MAMPU TERBANG KE CHILE SELAMA 26 JAM TANPA HENTI DALAM AL-QURAN
(SURAH AL-MULK : AYAT 19)
Tidakkah mereka memerhatikan burung2 yg mengembangkan &mengatupkannya sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih.Sungguh, Dia Maha melihat segala sesuatu.

credits to : nurainin sofia binti halim

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Selamt Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha


Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi di sebabkan hal-hal duniawi yang sememangnya menyesakkan kepala, kali ini Alhamdulillah Allah memberi sedikit ruang untuk mengupdate blog ini yang nampaknya sudah bersarang dan di hinggapi labah-labah secara ilusinya.


Cuti pertengahan semesta semakin hampir kira-kira tidak sampai 2 hari akan bermula atau ada di kalangan kita yang sudah pun memulakan cuti mereka dek kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga tercinta. Dan dalam masa yang sama kita juga menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 6 November 2011. Dengan kesempatan yang ada, Kelab Nur Eman tidak ingin melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat-sahabat yang bertandang ke blog ini dan yang teristimewa kepada penduduk-penduduk Kolej Kediaman E Kampus Ceria Universiti Malaysia Sabah. Moga masa cuti nanti anda dapat mengunakan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya.InsyaAllah.


Ingin tahu dengan lebih di sebalik perayaan Hari Raya Aidiladha ini?nantikan kemunculannya pada post yang akan datang... :D