Nov 3, 2011

Selamt Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha


Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi di sebabkan hal-hal duniawi yang sememangnya menyesakkan kepala, kali ini Alhamdulillah Allah memberi sedikit ruang untuk mengupdate blog ini yang nampaknya sudah bersarang dan di hinggapi labah-labah secara ilusinya.


Cuti pertengahan semesta semakin hampir kira-kira tidak sampai 2 hari akan bermula atau ada di kalangan kita yang sudah pun memulakan cuti mereka dek kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga tercinta. Dan dalam masa yang sama kita juga menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 6 November 2011. Dengan kesempatan yang ada, Kelab Nur Eman tidak ingin melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat-sahabat yang bertandang ke blog ini dan yang teristimewa kepada penduduk-penduduk Kolej Kediaman E Kampus Ceria Universiti Malaysia Sabah. Moga masa cuti nanti anda dapat mengunakan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya.InsyaAllah.


Ingin tahu dengan lebih di sebalik perayaan Hari Raya Aidiladha ini?nantikan kemunculannya pada post yang akan datang... :D

No comments:

Post a Comment