Mar 23, 2011

ROGUE

Tahulah, ini tajuk filem seram tahun 2007 oleh produksi filem Australia. Tapi saya dah terjumpa bahawa terma "rogue" ini bukanlah dibuat saja-saja. Bagi ahli zoologi, memang ada wujud terma "rogue" ini.



"Rogue" bila dialih bahasa definisinya macam ini: orang yang tidak berprinsip, atau orang yang buruk perangai tapi masih diminati (mischievous but likeable person). Namun dalam skop haiwan yang berbadan besar ini, kiranya rogue crocodile adalah buaya yang ada kecenderungan mengancam dan mesti dipindahkan atau dihalau ke tempat yang lebih selamat (Steve Irwin dalam oneworldmagazine.org). Dan buaya dalam filem ini diinspirasi dari seekor buaya betul, namanya Sweetheart, yang menyerang banyak bot pada sekitar 1970.

Saya tidak akan ceritakan aspek perfileman ini kerana saya bukan arif dalam hal ini, bukan juga memandai-mandai. Namun hal yang menarik minat saya ialah apabila kita bertemu dengan individu yang serupa ini, apa kita akan buat?


Ini ha, gambar di bawah adalah foto bagi buaya sebenar, Sweetheart yang besar gedabak itu pada tahun 1970. Oh yeah, he's a real deal. Massive. Bak kata mendiang Steve Irwin, "Crickey! Look at the size of this croc!"

Dan peribahasa Melayu mengatakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya akhirnya menjadi simbol amaran kepada kita, agar berhati-hati. Berhati-hati dengan banyak situasi, berhati-hati dengan orang yang rupanya orang baik-baik, dan berhati-hati agar tidak terserempak dengan buaya darat!

Di hujung pula, menyentuh sedikit aspek perfileman ROGUE ini, bahagian awal filem ini seolah-olah menonton dokumentari National Geographic dan Animal Planet, yang memberikan rasa "Australian Outback". Saya minta maaf jika saya memandang tinggi filem ini, tapi filem kita patut boleh membawa rasa "Hutan Khatulistiwa" yang jadi anugerah Allah pada kita orang Malaysia. Tapi yelah, orang kita sekarang orang bandar. Mana reti menghargai hutan. Mana reti menghargai salah satu ciptaan Allah. Kreatiflah sikit, ye.
(P.S: Biarpun aspek penggambarannya cantik, jangan lupa ini filem seram, kisah buaya makan orang).

1 comment:

  1. Peringatan: Saya tidak mempromosi filem...Saya berkongsi maklumat tentang alam...Okey, komponen alam.

    ReplyDelete