Letusan informasi selepas internet ada pada tahun 1995 juga membuka pintu kepada satu rencana jahat, penipuan. Tajuk di atas adalah perkataan Inggeris kepada satu perkataan Bahasa Melayu, penipuan. Mudahnya, Scam = penipuan, Fraud = pemalsuan, Hoax = penipuan (lagi).Penipuan dalam talian sangatlah mudah dan kesannya pula dahsyat sungguh.
Kalau saya sebut dalam bab sains, kita susah nak kesan penipuan dalam talian (online) kerana kita tidak dapat mengecam ciri-ciri fizikal yang menunjukkan penipu itu sedang menipu. Dan itu adalah fitrah manusia yang gelisah dengan dosa sendiri. Bila menipu, badan sudah mengkhianati kita. Dahi berpeluh-peluh, lenggok badan yang kekok, dan degupan jantung yang lebih pantas, percakapan yang janggal serta dada terasa sempit. Maha Bijaksana Allah yang menjadikan tubuh sebagai detector penipuan.
Namun kini dalam Internet kita tidak dapat mengecam semua tanda-tanda fizikal itu. Itu yang menjadikan perbuatan batil ini lebih mudah dibuat dan lebih sukar pula dikesan. Kerana.... tiada siapa tahu anda sedang menipu, dan siapa yang menipu. Mungkin orang yang cukup bijak dapat mengesan hoax mereka, berdasarkan teks dan ciri-ciri lain yang mecurigakan.
Penipuan di Internet biasanya mensasarkan sesuatu pada kita; wang. Skim cepat kaya di Internet berkembang biak dengan suburnya sekarang. Penyelewengan ini berlaku atas manipulasi sifat gelap manusia. Apa dia? Ketamakan. Ikut penulis kewangan Azizi Ali, tamak ada dua definisi. Definisi pertama, sentiasa mahukan yang lebih. Ini adalah definisi biasa tentang tamak.
Adapun definisi kedua, ialah mahukan benda yang lebih dalam masa yang singkat. Anda tidak akan tertarik dengan tawaran macam ini, " Gandakan wang anda kepada RM10 000 dalam masa 4 tahun". Tapi jika begini tawarannya, " Gandakan wang anda kepada RM 10 000 dalam masa 7 hari". Aduh, tergugat juga iman. Saya juga pernah hampir tergoda dengan tawaran seumpama ini.
Biarpun sesetengah penipuan semacam tidak masuk akal, bak kata orang Barat sana, doesn't make sense. Masih lagi ada orang tertipu. Kesannya, wang hilang dan maruah tercedera. Malu, malu...
Mungkin kisah sok-sek sok-sek saya ini tiada masuk dalam hal ehwal agama, tapi tidak lari dalam muamalat kita seharian sebagai orang Islam. Alangkan Allah dan Rasul menyuruh kita berfikir, mengapa tidak perihal benda ini, yang terjadi pada umat sekarang. Kita sama-sama dapat ilmu baru, tiada siapa yang rugi melainkan perancang penipuan itu sendiri.
Dalam dunia offline pun, penipuan juga terjadi dengan terancang. Klik sini untuk baca lebih lanjut. Wallahualam dan semoga semua dapat manfaat.
(P/S: Saya mendedahkan kes macam ini, somehow saya masih kekeringan duit. Adakah orang masih percayakan saya lagi, bila berkisar hal kewangan dan penipuan ini?)
Oleh: Azizul Shaharudin
No comments:
Post a Comment