(إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu
(yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)
Al-Hujurat ayat 10.
Pada 2-3 haribulan Febuari yang lepas, Kelab Nur E-man telah menganjurkan satu program rehlah yang disertai oleh lebih 80 orang peserta termasuk ahli jawatankuasa yang bertugas. Alhamdulillah.. Program dijalankan sepertimana yang dirancang (berdasarkan takwim Nur E-man Semester 2).
Rehlah Nur E-man bagi tahun 2011 ini diadakan di Taman Pertanian Sabah, Tenom, Sabah di mana tempat yang seluas lebih kurang 500 ekar itu membawa peserta program lebih dekat kepada alam ciptaan Allah S.W.T. Segala puji bagi Allah yang memberi kehidupan kepada alam ini..
Berangkatnya kami pada hari Rabu dari Universiti Malaysia Sabah lebih kurang pukul 9.00 pagi. Walaupun dijangka tiba pada pukul 11.45 pagi, kami sampai di Taman Pertanian Sabah kira-kira pukul 3.00 petang. Tersasar, mungkin kerana masa yang sebelumnya dikira atas kelajuan sebuah kereta dan bukan dengan bas. Kami juga sempat mengambil masa singgah di Gunung Alab Resort (GAR) untuk berehat. Sebelum masuk ke taman, kami solat di masjid yang tidak jauh dari lokasi, Masjid Ar-Rahman. Syukur.. Allah telah memberi kemudahan kepada hambanya yang bermusafir.
Oleh kerana ketibaan kami agak lewat, maka tentatif program diubah mengikut fleksibiliti. Sepatutnya Explorace diadakan pada hari pertama, namun harus ditukar kepada hari esoknya. Aktiviti pada malam hari yang pertama, barbeku (BBQ) di chalet kediaman ikhwan. Menu yang simple; ayam, sosej, ikan, nasi putih. Alhamdulillah.. Ada rezeki di malam hari walaupun ada anjing yang lalu-lalang terperasankan habuan mereka. Usai makan-makan, para akhwat pun balik ke asrama untuk khidmat diri dan berehat.
Hari Khamis, keesokannya.. Solat Subuh berjemaah di gelanggang hadapan asrama perempuan. Walaupun agak lewat, jemaah akhwat sempat menikmati hamparan langit nan indah dihiasi buruj-buruj karya Ilahi.. Subhanallah..
Pagi itu, jam 7.30 pagi - 8.00 pagi, semua peserta diarahkan berkumpul di laman chalet kediaman ikhwan untuk bersarapan dan seterusnya Explorace. Acara Explorace ini mengkehendaki peserta yang telah dibahagikan berkumpulan untuk bersiar-siar mengelilingi taman, bukan hanya untuk suka-suka, tetapi untuk belajar daripada alam, mengambil ibrah di sebalik setiap kejadian. Kemudian kumpulan perlu berkongsi dengan peserta lain akan hasil yang mereka dapati setelah bersiar-siar dalam taman pertanian. Berkumpul semula di chalet pada pukul 10.45 pagi untuk sesi perkongsian (group presentation).
Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti REHLAH Nur E-man yang pertama...Walaupun byk dugaan di kala pulang ke kampus,namun semua ahli kelab dapat menerimanya...semoga ada SESUATU yang diperoleh disebalik apa yang dialami di TPS Tenom dan semoga Kelab Nur E-man terus menjadi salah satu wadah untuk menggerakkan kerohanian di kolej E khususnya....
ReplyDeleteMELAKAR MASA DEPAN BERSAMA ISLAM