Feb 23, 2011

SCAM, HOAX, dan FRAUD

Letusan informasi selepas internet ada pada tahun 1995 juga membuka pintu kepada satu rencana jahat, penipuan. Tajuk di atas adalah perkataan Inggeris kepada satu perkataan Bahasa Melayu, penipuan. Mudahnya, Scam = penipuan, Fraud = pemalsuan, Hoax = penipuan (lagi).Penipuan dalam talian sangatlah mudah dan kesannya pula dahsyat sungguh.

Kalau saya sebut dalam bab sains, kita susah nak kesan penipuan dalam talian (online) kerana kita tidak dapat mengecam ciri-ciri fizikal yang menunjukkan penipu itu sedang menipu. Dan itu adalah fitrah manusia yang gelisah dengan dosa sendiri. Bila menipu, badan sudah mengkhianati kita. Dahi berpeluh-peluh, lenggok badan yang kekok, dan degupan jantung yang lebih pantas, percakapan yang janggal serta dada terasa sempit. Maha Bijaksana Allah yang menjadikan tubuh sebagai detector penipuan.
Namun kini dalam Internet kita tidak dapat mengecam semua tanda-tanda fizikal itu. Itu yang menjadikan perbuatan batil ini lebih mudah dibuat dan lebih sukar pula dikesan. Kerana.... tiada siapa tahu anda sedang menipu, dan siapa yang menipu. Mungkin orang yang cukup bijak dapat mengesan hoax mereka, berdasarkan teks dan ciri-ciri lain yang mecurigakan.

Feb 13, 2011

Sebuku roti penebus dosa

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Feb 7, 2011

Diari: Belajar dari Alam

(إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu
(yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)
Al-Hujurat ayat 10.

Pada 2-3 haribulan Febuari yang lepas, Kelab Nur E-man telah menganjurkan satu program rehlah yang disertai oleh lebih 80 orang peserta termasuk ahli jawatankuasa yang bertugas. Alhamdulillah.. Program dijalankan sepertimana yang dirancang (berdasarkan takwim Nur E-man Semester 2).

Rehlah Nur E-man bagi tahun 2011 ini diadakan di Taman Pertanian Sabah, Tenom, Sabah di mana tempat yang seluas lebih kurang 500 ekar itu membawa peserta program lebih dekat kepada alam ciptaan Allah S.W.T. Segala puji bagi Allah yang memberi kehidupan kepada alam ini..


Berangkatnya kami pada hari Rabu dari Universiti Malaysia Sabah lebih kurang pukul 9.00 pagi. Walaupun dijangka tiba pada pukul 11.45 pagi, kami sampai di Taman Pertanian Sabah kira-kira pukul 3.00 petang. Tersasar, mungkin kerana masa yang sebelumnya dikira atas kelajuan sebuah kereta dan bukan dengan bas. Kami juga sempat mengambil masa singgah di Gunung Alab Resort (GAR) untuk berehat. Sebelum masuk ke taman, kami solat di masjid yang tidak jauh dari lokasi, Masjid Ar-Rahman. Syukur.. Allah telah memberi kemudahan kepada hambanya yang bermusafir.

Feb 4, 2011

Tanya hati. Malu @ Mahu?


Saya yakin, sudah terlalu banyak peringatan dan nasihat yang diberikan tentang muslimah dan gambar.

KEGHAIRAHAN
Sayangnya, keghairahan mempamer gambar masih tidak berkurang, malah ia kian menjadi-jadi. Perlumbaan demi perlumbaan diketengahkan. Tidak cukup dengan televisyen dan majalah, saluran internet menerusi laman-laman sosial menjadi sarana efektif yang melebarkan pesona muslimah.

Situasi Ini ditambah lagi dengan kemunculan kerjaya dan hobi yang dijalankan secara full-time atau part-time, yang banyak berasaskan kepada elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah seperti model busana muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer).

Permintaan dari pasangan raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis resepsi dan perkahwinan diadakan.

Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar tercipta darinya.