Mar 4, 2010

Halaqah Eri


Entahlah…menulis artikel gandingan bersama komik yang satu ini amat merunsingkan. Bimbang salah dan silap menyampai kata, jadi tersalah makna. Idea melukis komik ini saya dapat dari aktiviti yang macam ini jugalah. Secara jujurnya, ada masa saya terguris dengan kata dan amali naqib saya dahulu. Namun mari kita buangkan skeptik lama… Agama untuk orang masjid sahaja. Sedang lidah lagi tergigit, inikan pula manusia. Maka kita menerima seadanya, percaya sangat tidak, ragu-ragu pun tidak.

Kebiasaan orang yang masuk aktiviti ini, sebab mahukan pengetahuan dan tertarik kepada peribadi fasilitator (Ya Allah, susahnya menyebut). Naqib…err, maksud saya fasilitator ini perlu bijak menyerlahkan potensi anak buah mereka. Dan tidak menjadikan usrah itu sebagai medan kejaguhan naqib semata. Macam merendahkan intelek anak buah mereka. Jadi naqib macam pemimpin mikro, bukan bercakap sebagai orang pintar, bahkan bercakap menjadikan anak buahnya merasa sama pintar. Bolehkah macam itu?

Dan ini pernah menjadi kesilapan saya semasa menjadi naqib segera (bidan terjun) ketika usrah surah lazim Al-Quran, sewaktu induksi PSM (sebelum MSM lepas). Bercakap untuk menunjukkan kita tahu banyak, sedang halaqah adalah komunikasi dua hala.

Dalam hal ini, jika ada orang macam Kak Nisa sebagai naqib atau naqibah, potensi Eri menyerlah awal-awal lagi. Petah bercakap itu penting, namun akhlak juga perlu turut serta diteraskan iman dan takwa. Apa yang jelas semasa kita mengikuti usrah dan halaqah? 

Perempuan lebih semangat dalam gerak kerja begini. Kekuatan emosi barang kali. Maka pembaca akan faham kenapa Eri yang ditampilkan dalam ceritera komik yang ini? Jangan kata saya hentam keromo melukis, jadi masterpiece…(walaupun kadang-kala menjadi)

No comments:

Post a Comment