Mar 9, 2010

Barang yang Berguna

Salam.. ^,^ Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meng'update' blog ni...
Hari ni mungkin tak banyak, sikit saja, tapi mungkin juga bawa makna untuk kita... Sebuah surah yang tersangat simple, mudah dihafal, mudah difahami tapi isinya sangat mendalam...Iaitu, surah Al-Maa'un, maksudnya barang-barang yang berguna... ^,^

Surah yang terdiri dari tujuh ayat (pendek jak), dalam golongan surah Makkiyah, surah ni turun sesudah turunnya surah At-Takkatsur... Secara umumnya, surah Al-Maa'un membincangkan sifat-sifat atau perbuatan kita iaitu, manusia yang mendustakan agama... Dan balasan terhadap perbuatan-perbuatan tersebut...

Ayat Pertama: 
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّين
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? 


Ayat Kedua:
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim,

Ayat Ketiga:
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِيفَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

**Ayat Keempat:
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّين
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,

**Ayat Kelima:
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
(yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,

**Ayat Keenam:
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
orang-orang yang berbuat riak,

**Ayat Ketujuh
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
dan enggan (menolong dengan) barang berguna

Harus para sahabat maklum, yang menerangkan pengertian dan isi di sebalik surah ini bukanlah seorang yang sangat POWER dalam bidang terjemahan Al-Quran, bahasa Arab pun saya tak pandai, cuma asas sahaja yg dipelajari... Maafkan saya... Dan izinkan saya meluahkan segala apa yang saya faham melalui surah ini... ^,^
Semoga kita semua dapat belajar melalui kalam Allah ini...

Sebab turunnya surah ini adalah berkenaan dengan orang-orang munafik yang "menayang-nayangkan" solatnya, menunaikan solat 5 waktu dengan riak, dan apabila tiada yang melihat dia menunaikan solat, lalu ditinggalkan solat tersebut. dan orang "sebegini" juga menolak untuk menginfakkan harta mereka walaupun sedikit pada orang miskin/fakir dan juga anak-anak yatim/yatim piatu.

Berdasarkan terjemahannya...
Allah berfirman, tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
ayat ini dimulakan dengan persoalan, dapat saya katakan di sini, persoalan ini adalah untuk memancing minat dan rasa ingin tahu dalam diri manusia itu... Sama seperti bila kita hendak "memancing" perhatian orang/pelajar/kawan atau sesiapa saja, mesti kita tanya.... "eh.. ko tau tak?" ataupun "ko tau????" dan macam-macam lagik la...

Seterusnya, Allah memberikan jawapan yang NYATA dan JELAS... Orang-orang yang mengherdik anak yatim, tidak menganjurkan makanan kepada orang miskin, lalai dalam solat, riak dan enggan membantu yang fakir serta enggan menginfakkan hartanya di jalan Allah...

Namun, harus diberi perhatian pada "tidak menganjurkan makanan kepada orang miskin..." mungkin ada yang akan tersalah faham, lalu setiap hari dia memberi makan pada orang-orang miskin hingga timbulnya kemudaratan pada diri sendiri. Dan seruan ini bukanlah semata-mata dengan pemberian makanan sahaja, terdapat pelbagai saluran untuk kita lalui supaya kita dapat dan mampu berbakti kepada golongan fakir miskin... Untuk berbakti kepada golongan fakir dan miskin ini, tidak bererti kita hanya boleh bagi makanan saja, tapi~~~ kita boleh dikatakan berbakti kepada mereka selagi kita merasai kesusahan, kepayahan, keperitan dan kedaifan mereka, dan hidup bersama mereka. Kita boleh bagi baju kita ka, bagi benda2 lain ka, ilmu ka... as long as kita membantu mereka... walaupun sedikit... Ya la kan, barang-barang yang berguna...

Errr... hidup bersama mereka bukanlah maksud saya untuk kita hidup dan tinggal sebumbung dengan mereka. Maksud saya, tidak mengasingkan mereka, dan tidak merendahkan martabat mereka... KERANA, harus diingati... Golongan-golongan fakir miskin dan anak-anak yatim adalah golongan yang sangat dicintai Rasulullah s.a.w. Jangan lupa ya~~ ^,^

Dan, mengenai solat pula... Semua maklum, yang solat tu adalah tiang agama... iyalah, solat lah yang membentuk peribadi kita, solat lah yang mendekatkan kita pada Allah, keinsafan dan kesedaran...
Tapi, dalam masa yang sama, jangan tunaikan solat kita dengan sikap riak... contohnya, solat semata-mata menunjuk-nunjuk yang dia itu hebat dalam beribadah, ada orang macam ni, banyak ditunjukkan dalam drama dan filem (tak kira malaysia atau luar negara)... Sikap riak tu lawan pada sikap ikhlas, yang sememangnya sangat sukar ditafsir, sangat sukar untuk disukat, juga sangat sukar untuk diperkatakan...

Selain sikap riak, Allah juga berfirman, bahawa orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang lalai dalam solatnya. Maksudnya, bukan lalai sebab kerja atau sebab benda lain... Tapi ini dalam solatnya itu, time solat tu pun, dia boleh lalai... Tentunya ramai antara kamu dapat bayangkan apa contoh2 dia kan? Eg:- terbayang dan masih mengingati hal dunia sewaktu menunaikan solat...

Memang benda ni selalu berlaku pada kita, saya sendiri mengaku, lalai itu juga sifat manusia, namun, ini tidak bermakna, sifat NEGATIF itu tidak dapat dipisahkan dari diri kita... Boleh... Bergantung pada diri kita, tiada orang lain yang boleh tolong kita khusyuk dalam solat, buku-buku yang menyampaikan tips untuk khusyuk cuma mampu mencadangkan bagaimana nak dilaksanakan... Tapi, yang melaksanakan itu adalah kita sendiri.

Dengan itu, sama-samalah kita mengambil intisari surah ini dan seterusnya menjadikannya sebagai peringatan dan pedoman hidup.. Iyalah, ndak kan lah mau jadi munafik kan??? Allah tidak suka tu, sangat dimurkai... Ndakkan la kasih, sayang dan cinta Allah kita balas dengan sikap MUNAFIK kita tu??

Tepuk dada, tanya selera, mana satu yang jadi pilihan...
Akhir sekali, maafkan saya andai ada kesilapan dalam menyampaikan... dan tegur la kalau-kalau ada tersilap, saya menaip isi ni sendirian, tanpa kawan dan tanpa sesiapa, saya menaip berdasarkan apa yang difahami, mungkin saja saya tidak dapat melihat di mana SILAPNYA saya.. Assalamualaikum...

1 comment:

  1. salam.. just mau tnya, d Kg E ni xda ka bt kelas belajar membaca Al- Quran?...

    ReplyDelete