Feb 2, 2010

5 jenis Iblis

:: Azazil :: sebelum kejadian Adam, merupakan makhluk yang taat pada Allah. dan juga berwajah indah. ^.^

Sesudah kejadian Adam, Allah swt meminta Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam sebagai satu penghormatan kepada penciptaanNya yang mulia.
Akan tetapi Azazil enggan! dia sombong dan bongkak, merasakan dirinya lebih mulias dari Adam.
"Aku lebih mulia dan lebih hebat daripada dia, Engkau ciptakan aku dari api, dan dia Engkau ciptakan dari lumpur."

Allah murka. Dan memerintahkan mereka agar keluar dari syurga. Allah berfirman dalam surah Al-Hijr, ayat 34 dan 35"

"Keluarlah dari syurga, sesungguhnya kamu terkutuk. Dan sesungguhnya kutukan itu telah menimpa mu hingga hari akhirat."

Kemudiannya, Azazil digelar iblis, maksudnya suka memberontak/derhaka. Demi perjuangan mereka (iblis), iaitu menyesatkan hamba-hamba Allah (kita),
dia (iblis) telah meminta penangguhan hingga ke hari kita dibangkitkan. Dan Allah swt mengizinkan mereka....

Umumnya, kita semua tahu, iblis ada 5 jenis keturunan... hmmm

Tsabar, di mana dia bertugas untuk menimbulkan segala keluh kesah dalam hati kita apabila kita ditimpa musibah dan seterusnya membuat kita menyalahkan Tuhan kita.

Dasim, bertugas menyiramkan minyak api cemburu dalam hati suami dan isteri hingga bercerai-berai!

Al-A'war, bertugas untuk menyuruh kita mendekati, melakukan ZINA! contoh, menghasut gadis & lelaki untuk berduaan dan seterusnya menimbulkan keinginan berzina.

Miswath, tugasnya membisikkan cerita bohong dan membuat kita bersangka buruk kepada orang lain. Dia juga merebakkan virus fitnah memfitnah dalam diri manusia.

Zaknabur, menjaga virus-virus "kegembiraan" dalam diri kita bila berada di mall, pasar and so on, yang sama waktu dengannya la...

Mungkin ramai yang tahu dan maklum, tapi mungkin ramai jugak yang terleka... Iyalah, orang kata hidup sebagai pelajar ni memang sibuk... Tapi tiada la pulak sampai kita melupakan apa yang telah kita tau tentang makhluk Allah yang sangat sombong dan berniat jahat untuk menyesatkan kita ni.
Macam dalam kehidupan harian kita pun, orang yang tidak melayan/mengkasari kita, kita akan ingat.. Apalagi, kalau orang tu adalah musuh bagi kita... Hmmm.. MUSUH??
tidak baik bermusuh... terutamanya sesama saudara seislam... sekadar pesanan...


Allah telah menyebut berulang-ulang kali dalam Al-Quran tentang kejahatan iblis dan syaitan, supaya kita tidak leka dan tidak terpedaya dengan segala hasutan dan bisikan jahat.
perkataan iblis disebut sebanyak 11 kali, dan syaitan disebut sebanyak 70 kali, dan syayatin sebanyak 18 kali.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 208...
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Oleh itu, jauhi syaitan~

No comments:

Post a Comment