Feb 22, 2010

GhaFLah

Assalamualaikum...

Pada topik kali ini, insyaallah kita akan sama-sama menyelami dan belajar tentang apa itu Ghaflah. Penyakit ghaflah ini merupakan antara penyakit yang sangat berbahaya yang menimpa individu dan ummat islam. Ia dikatakan bahaya kerana dapat membunuh segala kebaikan dan penghancur semagat bahkan dianggap sebagai pohon yang buruk yang disirami dengan air kebodohan dan akan membuahkan suul khatima (kesudahan yang buruk). Dari segi bahasa, Ghaflah bermaksud lalai. Seperti mana termakhtub didalam surah Al-Kahfi ayat 28 yang bermaksud: “....dan janganlah kamu mengikuti

Feb 19, 2010

GEMILANG DI SEBALIK TEMBOK BESAR_BAHAGIAN 2

Muslimin di China masih lagi mengekalkan ciri-ciri Islam pada diri mereka. Nama seperti Ma Ho dan Sulaiman Ding sebenarnya singkatan kepada nama Muhammad Ho dan Sallehuddin. Kopiah dan jubah juga menjadi identiti mereka.
 
                                                                    
Ni masjid mana pula ni?
 
Di sana (China) agama Islam lebih dikenali sebagai agama Hui, sedangkan Hui adalah satu daripada etnik yang beragama Islam di China. Sebetulnya, adalah amat meleset sekali jika memadankan agama Islam dengan sesebuah bangsa. Samalah macam mengaitkan Islam dengan Melayu.

Noble Yet Difficult











Another comic. Tapi yang ini panjang sikit... ^,^
Selamat membaca ya~~ Aku suka comic ni.. Good Job!!!
Kerja yang betul harus dibuat denga betul-betul
Jangan hangat-hangat tahi ayam...
Kalau masih kita amalkan sikap tu...
Sampai bila-bila pun kita tidak akan maju~~
Ganbatte!!! Fight for future...

Feb 17, 2010

Mazhab Si Tanggang


Lantaran perasaan remuk redam dan kecewa kerana dihalau oleh anaknya Si Tanggang, ibu tua itu pulang menangis. Tanggang anak aku, tergamak kau buat macam ini pada ibu, mungkin beginilah rintihan dalam hati seorang ibu tua itu. Kesudahannya, kebanyakan sudah tahu…
Tersumpahlah Si Tanggang menjadi batu bersama bahteranya.
Dalam kursus Sastera Rakyat yang saya ambil ketika tahun pertama di UMS, kisah Si Tanggang ni disifatkan sebagai prototaip. Selepas itu, muncul pula cerita serupa seperti Hikayat Malim Kundang dan tajuk yang lain yang naratifnya menyamai kisah Si Tanggang. Itu kita namakan “stereotaip”. Sama ada ini boleh diperdebatkan status kisah lagenda atau dongeng semata-mata, saya kira hal ini dalam lingkungan ahli sejarah dan para sasterawan.

Feb 15, 2010

AntiVirus AntiSyaitan

"Jom la kita pegi karamunsing~ Nak beli antivirus.. laptop aku dah teruk.." kata si kawan, aku bukan mencuri dengar, tapi suaranya cukup kuat... ^,^

Antivirus untuk laptop kita beli... Macam-macam brand di luar sana... Norton, Avira, AVG, Kapersky, McFee... and so on~ Banyak la jugak (tapi saya guna Avira... ^,^) Kenapa kawan di atas tu bermati-matian nak meng"update" si antivirus? Semua tu atas alasan, nak menjaga kesucian laptop dari segala macam virus and spyware and cookies and many more lah! 

Feb 14, 2010

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

 
juga pernah tersiar dalam blog putra-alkahfi,tapi kali ni dah buat toning...dah bengap pakai photoshop...ni la padahnya...boleh ada corak bunga-bunga padahal komik ni wataknya fokus pada lelaki.
silap bubuh pattern daa.
ambil lah masa sikit untuk faham isi komik ni, terutamanya muslimat yang macam sedikit bersangka kurang elok....Tak baik kan prejudis tiba-tiba pada orang yang kita tak kenal, betul?

Feb 12, 2010

TAHUN HARIMAU...HARIMAU TERANCAM

 
jangan takut...harimau ni baru je habis makan,tengah ikut sunnah Nabi,jilat sisa makanan..

Harimau (Panthera tigris) merupakan haiwan terbesar dalam famili Felis (kucing la tu). Jika Beauty and the Beast boleh menjadi satu individu atau spesies, maka harimaulah yang layak memegang gelaran itu. Dialah beauty, dan dialah the Beast. Maha Suci Allah yang tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

 Gambar di atas adalah gambar Harimau Siberia (Panthera tigris altaitica).subspesies yang paling besar daripada lapan subspesies yang masih ada. IUCN mengkategorikan harimau sebagai spesies terancam, bak kata dunia Barat; endangered. Terancam memberikan status mungkin akan pupus, status terakhir dan paling teruk bagi spesies hidupan.


 

Sekadar mengambil peluang di kala orang Malaysia meraikan Tahun Baru Cina, atau menikmati cuti Gong Xi Fa Cai. Tahun ini tahun harimau kan? Ada sesiapa yang tahu haiwan menarik ini sedang dipupuskan oleh kita sendiri. Panthera tigris dijadikan buruan eksotik, organnya dijual di pasaran gelap, kononnya sebagai remedi atau ubat kuat batin. Buat apa berdendam dengan harimau? Sebab dia makan orang? Lagi banyak harimau mati dibunuh manusia daripada manusia mati di mulut harimau.
Tahun harimau...berilah pembelaan kepada si kucing besar ini, pada tahun ini. Bukankah Islam untuk menyinari seluruh alam? Dan flora fauna juga patut mendapat tempias syiar agama suci.

Feb 9, 2010

Kebaikan yang Dibuat

Salam ukhuwah dan salam tengah hari... Maaf sebab sudah agak lama tidak update blog ni...
Betul lah, untuk mewujudkan blog yang besifat ilmiah dan nasihat ini memang agak payah...
Tapi, sampai bila saya nak biarkan amanah yang diberi ni tanpa sebarang usaha ke arah menjayakannya..

Satu persoalan yang saya tertanya-tanya, adakah blog ini betul-betul memberi suntikan kesedaran pada sesiapa yang membaca isinya?
Betulkah apa yang saya buat ni?  ImageHost.org Mungkin iya... Lupakan dulu itu... ^,^

Feb 3, 2010

Saf Kepimpinan JAKMAS E sesi 09/10

YDP/KESELAMATAN & KEBAJIKAN-M.KHUBAIB ROSLI,
TYDP I/EKSAH-SHAHRUL HISHAM NGAH@RAMLI,
TYDP II/KEUSAHAWAN & KEPENGGUNAAN-TAIRA KHOO,
SETIAUSAHA/INFORMASI & PENERBITAN-IYLIA MOHAMAD,
BENDAHARI/KEBUDAYAAN & KESENIAN-NUR SHAHIRA RASHID,
AKADEMIK & KEPIMPINAN-SITI SYAZWANI ZULKUPLE,
KECERIAAN & PERKHIDMATAN-NURULNADIAH MAHDZIR,
HELWA-SALSABIELA JAMAL,
SUKAN & REKREASI-ABU SARI BAITULLAH.


 
(Ihsan dari: Rosdianah, addeen-ana.blogspot.com)

Feb 2, 2010

5 jenis Iblis

:: Azazil :: sebelum kejadian Adam, merupakan makhluk yang taat pada Allah. dan juga berwajah indah. ^.^

Sesudah kejadian Adam, Allah swt meminta Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam sebagai satu penghormatan kepada penciptaanNya yang mulia.
Akan tetapi Azazil enggan! dia sombong dan bongkak, merasakan dirinya lebih mulias dari Adam.
"Aku lebih mulia dan lebih hebat daripada dia, Engkau ciptakan aku dari api, dan dia Engkau ciptakan dari lumpur."

Allah murka. Dan memerintahkan mereka agar keluar dari syurga. Allah berfirman dalam surah Al-Hijr, ayat 34 dan 35"

"Keluarlah dari syurga, sesungguhnya kamu terkutuk. Dan sesungguhnya kutukan itu telah menimpa mu hingga hari akhirat."

Kemudiannya, Azazil digelar iblis, maksudnya suka memberontak/derhaka. Demi perjuangan mereka (iblis), iaitu menyesatkan hamba-hamba Allah (kita),
dia (iblis) telah meminta penangguhan hingga ke hari kita dibangkitkan. Dan Allah swt mengizinkan mereka....

Umumnya, kita semua tahu, iblis ada 5 jenis keturunan... hmmm

Tsabar, di mana dia bertugas untuk menimbulkan segala keluh kesah dalam hati kita apabila kita ditimpa musibah dan seterusnya membuat kita menyalahkan Tuhan kita.

Dasim, bertugas menyiramkan minyak api cemburu dalam hati suami dan isteri hingga bercerai-berai!

Al-A'war, bertugas untuk menyuruh kita mendekati, melakukan ZINA! contoh, menghasut gadis & lelaki untuk berduaan dan seterusnya menimbulkan keinginan berzina.

Miswath, tugasnya membisikkan cerita bohong dan membuat kita bersangka buruk kepada orang lain. Dia juga merebakkan virus fitnah memfitnah dalam diri manusia.

Zaknabur, menjaga virus-virus "kegembiraan" dalam diri kita bila berada di mall, pasar and so on, yang sama waktu dengannya la...

Mungkin ramai yang tahu dan maklum, tapi mungkin ramai jugak yang terleka... Iyalah, orang kata hidup sebagai pelajar ni memang sibuk... Tapi tiada la pulak sampai kita melupakan apa yang telah kita tau tentang makhluk Allah yang sangat sombong dan berniat jahat untuk menyesatkan kita ni.
Macam dalam kehidupan harian kita pun, orang yang tidak melayan/mengkasari kita, kita akan ingat.. Apalagi, kalau orang tu adalah musuh bagi kita... Hmmm.. MUSUH??
tidak baik bermusuh... terutamanya sesama saudara seislam... sekadar pesanan...