Walau bagaimanapun, keputusan kabinet baru-baru ini melarang mahasiswa daripada terlibat dengan politik ataupun politik kepartian. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata seksyen 15, AUKU yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.
Keputusan yang telah dikeluarkan oleh kabinet telah disambut baik oleh beberapa pemimpin mahasiswa dan ada juga beberapa pemimpin mahasiswa yang masih tetap memperjuangkan agar mahasiswa boleh menyertai politik kepartian. Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah diadakan di Bangi, mengemukakan resolusi kepada kerajaan iaitu menyokong pembabitan mahasiswa dalam parti politik. Menariknya, resolusi ini disokong 191 daripada 335 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di konvensyen, 128 wakil tidak bersetuju dan selebihnya tidak pasti. Maka dikatakan resolusi ini diluluskan atas dasar sokongan majoriti.
Menurut pandangan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin keputusan itu dibuat dilihat tidak mengambil kira bahawa mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. "Kerajaan perlu melihat mahasiswa sebagai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas diberi hak, partisipasi (dalam politik), berhimpun dan memberikan pandangan. "Kami kecewa dengan keputusan kabinet yang tidak membina (semangat) mahasiswa, sebaliknya lebih bersifat untuk membunuh semangat mahasiswa. "Jika seksyen 15 AUKU (Akta Univeristi dan Kolej Universiti) membenarkan mahasiswa berpolitik dengan izin naib canselor, maka seksyen ini jugalah digunakan untuk mendakwa mahasiswa dalam mahkamah. Di mana hak mahasiswa?" soalnya.
Sementara itu, pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Ahmad Wafi Sahedan berkata beliau menyambut baik keputusan jemaah menteri itu kerana berpandangan kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan perkara berkenaan. Ahmad Wafi berkata walaupun kerajaan tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik kepartian, kumpulan itu mempunyai saluran lain untuk terlibat dengan kegiatan masyarakat. "Pindaan AUKU memberi peluang untuk menjadi mahasiwa berwibawa dan lebih bagus dengan terlibat dengan NGO untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan," katanya. Tegasnya, mahasiswa perlu menjadi satu golongan yang mempunyai pendirian dan tidak dipengaruhi serta bebas mengkritik mana-mana pihak. Ahmad Wafi merupakan yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (MPMUSM).
Bagaimana dengan pandangan rakan-rakan mahasiswa sekalian? Bagi pandangan penulis sendiri, kewajaran mahasiswa untuk berpolitik perlu kerana cuba kita lihat setiap tahun akan diadakan perlantikan dan pertukaran kepimpinan mahasiswa sama ada Majlis Perwakilan Mahasiswa ataupun Kepimpinan Kolej Kediaman di setiap IPT. Sebelum bermulanya pihanraya kampus, kumpulan mahasiswa akan membuat poster, baner, ucapan umum dan ini jika kita lihat sama seperti ketika pilihan raya umum (PRU). Sebelum mengundur diri, Marilah kita bersama-sama selaku mahasiswa kampus untuk sentiasa peka terhadap isu semasa dalam dan juga luar negara.
PEMIMPIN PRIHATIN, MAHASISWA TERJAMIN
-JEFRI TAHIR-
perghh...ye ke Jefri yg tulis ni?
ReplyDeletelain kali tulis lg utk blog ni.....