Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, kami, Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah mengadakan Kuiz Ramadhan 2010....
Nama:
No. Matrik:
No. bilik:
No. Telefon:
1. Nyatakan surah beserta ayat didalam al-quran yang menyatakan golongan yang layak menerima zakat fitrah. Senaraikan golongan tersebut.
2. Tuliskan maksud dalil al-Quran yang menerangkan tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.
3. Ramadhan berasal dari perkataan ‘Ramadho' yang bermaksud?
4. Apakah hukum mereka yang tidak sempat mengqada'kan puasanya yang masih berbaki,sedangkan dia telah memasuki ramadhan berikutnya?
5. Apakah hikmah “Lailatul Qadr” di rahsiakan Allah waktunya?
6. Tuliskan bacaan doa ketika berbuka puasa beserta maksudnya. Nyatakan hukum dan alasan/penyelesaian bagi soalan 7 dan 8.
7. Salma telah disahkan menghidap penyakit gastrik menyebabkan dia tidak dapat berpuasa sepenuhnya. Bagaimana kedudukan puasanya pada hari-hari ketika dia sakit, adakah perlu dia membayar fidyah?
8. Farid terlupa berniat puasa pada malam hari, dia hanya menyedari keadaan ini pada jam 11.00 pagi.
9. Nama satu pintu syurga khas yang hanya diberikan Allah kepada orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan adalah______.
10. Melalui sebuah hadis Rasulullah S.A.W ada menyatakan tentang 3 fasa kelebihan dalam bulan ramadhan. Nyatakan 3 fasa tersebut .
Fasa awal:_____________________________
Fasa pertengahan:______________________
Fasa akhir:_____________________________
SLOGAN: Ramadhan kali ini begitu bermakna pada diri saya kerana... (tidak melebihi 20 patah perkataan)
SELAMAT MAJU JAYA ^__^
No comments:
Post a Comment