Jan 20, 2010

Tak Semuanya Kita Akan Dapat



Beberapa minggu yang lalu (mungkin dua minggu), seorang senior yang agak rapat dengan kami menceritakan satu cerita... Yang mengisahkan sekumpulan monyet... Mungkin sesetengah dari kita dah dengar... Tapi, izinkan saya menyampaikan isi cerita ini kepada kawan-kawan yang lain... ^^

Maafkan saya andainya ada silap dan salah dalam menyampaikan isi cerita ini...


Di sebuah perkampungan, tanaman dan juga harta benda penduduk di situ seringkali dirosakkan oleh monyet-monyet liar. (mungkin macam monyet-monyet yang di hutan kafe Kampung E tu... ^,^) Jadi, penduduk-penduduk kampung tu sepakat untuk membanteras monyet-monyet tu.. Mereka fikir, fikir, fikir dan fikir... Maksud saya cara untuk membanteras monyet-monyet tu...Akhirnya..Bingo!

Penduduk kampung buat satu kotak kayu yang dipakukan ke lantai, di atas kotak tu pulak, mereka buat satu lubang kecil yang sama besar dengan tangan monyet-monyet tersebut, itupun hanya muat apabila monyet-monyet tu kuncupkan jari-jarinya. Dan kotak tu terkandung makanan dalamnya... Lepas itu, penduduk kampung biarkan kotak-kotak tu...

Tiba masanya, monyet-monyet tu datang, mereka tahu dalam kotak tu ada makanan, mereka pun menghulurkan tangan ke dalam kotak melalu lubang kecil tu. Mereka cuba untuk mengeluarkan makanan dalam kotak tu. Tapi, tangan mereka tersekat sebab tangan cuma dapat dikeluarkan bila mereka kuncupkan jari.

Lepas tu, penduduk kampung pun datang dan serang monyet-monyet tu dengan kayu beruti. Mereka pukul! Pukul dengan kuat! Jeritan kesakitan monyet-monyet kedengaran. Tapi, apa yang hendak dipersoalkan di sini ialah, kenapa monyet-monyet tu masih tidak mahu melepaskan makanan dalam kotak tersebut? Sedangkan, mereka dipukul dengan teruk sekali oleh penduduk kampung.

Kesiankan monyet-monyet tu??? Tapi kenapa mereka masih berkeras nak kan makanan dalam kotak tu? Sanggup mereka gadaikan nyawa semata-mata untuk makanan yang sedikit dalam kotak tu?

Kesukaan monyet-monyet terhadap makanan itu telah menyebabkan mereka tidak boleh melepaskan makanan itu, mereka sanggup menghadapi maut. Kesukaan yang melampau telah membunuh mereka. T_T

Namun, sedarkah kita ini juga berlaku pada diri kita sendiri? Kadang-kala kita terlalu leka, pandangan kita dipenuhi kabus, hati kita dikaburi asap dan akal kita berlandaskan nafsu semata-mata...

Cerita ini.. Mungkin memberi kita sedikit iktibar, walaupun tak banyak... Ia mengingatkan kita bahawa...

APA YANG KITA SUKAI ITU BELUM TENTU AKAN MENDATANGKAN PENGAKHIRAN/PENGHUJUNG YANG BAHAGIA/MENGGEMBIRAKAN

Fikirkan dan renungkan.. Mungkin ada hikmahnya kenapa kita tidak dapat apa yang kita nak kan dalam dunia ini... Syukur di atas segala rahmat dan nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita..

Berfirman Allah Taala yang bermaksud, 

"Wahai anak Adam, wahai hamba kepada dinar dan dirham, Aku menjadikan kedua-duanya bagimu supaya kamu memperoleh makanan dan pakaian daripada rezeki-Ku agar engkau bertasbih kepada-Ku dan mensucikan Aku.
Tetapi kemudiannya kamu mengambil kitab-Ku dan kamu meletakkannya di belakangmu. Kamu mengambil dinar dan dirham dan kamu junjung di atas kepalamu. Engkau memuliakan rumah-rumahmu dan kamu merendahkan rumah-rumahKu. Bukanlah kamu itu orang baik-baik dan orang yang merdeka melainkan kamu itu ialah hamba dunia. 
Sebenarnya penghimpunan seperti itu (yang menghimpunkan harta di dalam dunia) adalah umpama kubur yang diwarnakan dengan warna putih. Zahirnya kelihatan indah tetapi di dalamnya sangat mengerikan.
kamu juga berbuat baik terhadap manusia serta mengasihi mereka dengan kata-katamu yang manis dan perbuatan kamu yang cantik tetapi kamu menjauhi dengan hati-hati kamu yang keras dan keadaan kamu yang keji.
Wahai anak Adam, ikhlaslah amalanmu dan pintalah kepada-Ku maka akan Kuperkenankan permintaanmu itu lebih banyak daripada yang dipinta oleh orang yang meminta."
(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

No comments:

Post a Comment