Jan 20, 2010

Undang-Undang Allah

 Aku naik saksi terhadap zat-Ku sendiri bahawa sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Aku yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.

Barang siapa yang tidak redha atas ketentuan-Ku, tidak sabar atas ujian yang aku timpakan, tidak bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku dan tidak memadai dengan pemberian-Ku, sembahlah Tuhan selain daripada Aku.

Barang siapa yang berpagi-pagi dengan perasaan dukacita terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah dia itu berpagi-pagi dalam keadaan memarahi-Ku. Barang siapa mambantah atas musibah yang Aku timpakan kepadanya, sesungguhnya dia membantah-Ku.

Barang siapa yang bertemu dengan orang kaya lalu merendah diri kerana kekayaannya, maka terkeluarlah 2/3 daripada agamanya. Barang siapa yang memukul mukanya kerana meratapi mayat, seolah-olah dia mengambil panah untuk membunuh-Ku.


Barang siapa yang mematahkan kayu di atas kuburan kerana meratapi kematian, seolah-olah dia menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan tangannya.

Barang siapa yang tidak menghiraukan dari jalan mana dia memperolehi makanan (halal atau haram), maka Allah juga tidak akan hiraukan untuk memasukkannya melalui mana-mana pintu neraka.

Barang siapa yang tidak meningkatkan agamanya, maka dia orang yang kurang, barang siapa yang kurang, maka mati itu lebih utama baginya.

Barang siapa mengamalkan apa-apa yang dia tahu nescaya Allah akan mengurniakannya ilmu yang dia tidak tahu.

Barang siapa yang memanjangkan angan-angannya, tidak akan ikhlas amalannya.

No comments:

Post a Comment