[Surah an-Nahl, ayat 41-42]
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di tahun baru 1434 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Sehubungan dengan itu, Alhamdulillah surau Nur Eman telah mengadakan satu majlis ceramah berkaitan Maal Hijrah dengan tajuk 'Hijrah Menuju Illahi' pada 14/11/2012 yang lalu.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1434 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, kami dari pihak pimpinan Nur Eman ingin mengajak diri kami dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan anugerah dekan dan first class degree semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik dan pemerintahan, amalkanlah dengan cara Islam yang sebenar, yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Pada
tanggal 1 Muharam telah termaktub dalam lebaran sejarah Islam,
peristiwa Hijrah telah mendatangkan impak yang besar bagi umat Islam
sehingga kini, biarpun sudah berlalu hampir 1400 tahun namun kesannya
masih segar dibenak ingatan.
Sejarah ini telah membuktikan bahawa kekuatan Islam tidak boleh dipandang enteng sepertimana yang telah berlaku ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatNYA melakar kejayaan besar ini.
Kesatuan yang terbina antara Muhajiran dan Ansar memberikan kekuatan yang menyeluruh sekaligus membuka mata seluruh dunia bahawa umat Islam adalah umat yang satu.Tidak kira darimana asal-usulnya, dimana dia berada asalkan dia mengucapkan syahadah dan kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka ketika itu dia juga saudara.
Kerjasama yang diberikan antara Muhajirin dan Ansar perlu dicontohi oleh umat Islam hari ini. Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kita tetapi sebaliknya kita yang berhajat kepada Islam dalam memimpin kehidupan kita seharian.
Pengorbanan yang telah mereka berikan untuk merealisasikan sebuah perubahan adalah begitu besar dan agung. Mana mungkin mudah untuk meninggalkan kampung halaman yang telah membesarkan kita dan menjadi tempat mainan sedari kecil lagi.
Namun begitu, demi menegakkan syiar Islam dan untuk memastikan survival Islam terus berkembang ke seantero dunia maka segalanya sanggup dikorbankan. Kesannya penghijrahan yang mereka lakukan terus menjadi teladan sehingga kini.

Insya-allah,
kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita
tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir
kehidupan masyarakat. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment