Assalamualaikum sabahat-sahabat
yang dikasihi kerana Allah? Mesti sibukkan?
Yelah, bulan Ramadhan ni, sibuk
dengan tahajud, qiamullail, tadarus, majlis-majlis ilmu, terawih, sibuk tolong
ibu di dapur menyediakan juadah berbuka. Subhanallah, sangat sangat sangat
sibuk. Nak baca blog surau nur-eman pun tak sempat. Buka FB pun tak sempat. Sebab
apa? Sebab semua nak merebut pahala time bulan ramadhan ni. Bukan apa, kita ni
semua beruntung sangat dapat bertemu dengan Ramadhan kali ni. Tak semua yang
berkesempatan. Maka rafakkanlah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Jangan
lupe untuk berselawat kepada nabi Muhammad , Rasul junjungan mulia kita.
Pertama sekali kelab nur eman
ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua saf pimpinan Kelab Nur Eman yang baru dilantik pada Muktamar yang lepas iaitu pada
22/4/2012. Kelab nur eman juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua mantan pimpinan yang
telah banyak berjasa dan berkorban serta berjuang untuk Islam supaya bi’ah
solehah dapat diperluaskan di kolej kediaman kita yang tercinta iaitu kg E.
Tak kenal siapa saf pimpinan terbaru kelab nur eman? Bha, tu kena
tunggu entri akan datang. Entri untuk kali ini, kelab nur eman ingin
menunjukkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa
yang terbaru. Nak tengok, mantop ke tak mantop pimpinan yang terbaru nie.
Freshie la katakan.
31/5/2012
Riadah Nur Eman
Lajnah Sukan dan Rekreasi
Mantop! Mantan pimpinan pun turun padang!
Kalau muslimin berfutsal, muslimat pula ber''explorace''. Muslimat power la katakan.
Mantan pimpinan muslimat pun ada yang turun padang. Terima kasih kerana menyokong program kami :)
Semoga program seperti ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama kita, penghuni kolej kediaman E. Selain dapat mencergaskan badan, otak pun cerdas dengan soalan-soalan explorace yang menggeligakan otak serta rohani kita pun mendapat input :) InsyaAllah.
1-2/6/2012
Solat Hajat Perdana @ E
Kelab Nur Eman
Kerja-kerja di belakang tabir :)
Nak dijadikan cerita, dalam menyiapkan tapak program yang dah nak siap, tiba-tiba hujan dengan selebat-lebatnya turun. Subhanallah, Allah nk uji. Habis basah sejadah.
Suasana menjadi agak huru-hara. Terdengar ada yang cakap,
"kita bukan nak buat konsert pun, nak buat benda baik. Tapi biasalah, perjuangan ini penuh dengan mehna dan tribulasi."
Betul betul betul. Tidaklah di kira seseorang itu beriman sehingga Allah uji kan? Apalah perasan pengarah program ye time nie? Tapi, bukan kah Allah da janji, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2:286). Dan sebenarnya rasa best + sweeeeeeet sangat bila tengok semua ajk memberi semangat sesama sendiri dan bekerjasama membersihkan tapak untuk menjayakan program solat hajat ini. Alhamdulillah ya Allah. PerancanganMu sungguh indah :)
MC: Fidha'i dari lajnah dakwah dan tarbiyah
Penceramah: Ustaz Israq Ramli
Antara kata-katanya yang tersemat di dalam hati ialah,
Jagalah keseimbangan di antara sunnatullah dan syariatullah.
Jangan jaga hubungan dengan Allah je, tahajud tiap2 malam, duk kat masjid iktikaf 24 jam tp langsung x bace buku, x ulang kaji. Dan tak boleh jugak study bagai nak rak tp x solat penuh. Benda2 nie sebenarnya semuaaaaaaaaa orang dah tahu tapi adakah benar-benar kita melaksanakan keseimbangan ini?
Komen untuk ceramah ustaz: Besttttttt sangat! Asyik gelak je. Tapi bukan gelak kosong, banyak sangat input yang dapat. Alhamdulillah.
Terima kasih semua sudi datang :) |
Lajnah makanan kesibukan ;p |
Lajnah ekonomi, untungkah? Terbaik. Alhamdulillah. All Praise to You. |
21/6/2012
Gotong-royong perdana
Lajnah Teknikal dan Keceriaan
Ketua Lajnah Teknikal dan Keceriaan, Azizan :) |
Pengerusi kelab :) Sahrizal Milin |
Terima kasih geng :) Semoga Allah menerima sedikit amalan kita ini. |
Setiap minggu
Ceramah mingguan
Lajnah Dakwah dan Tarbiyah
Penceramah mantop-mantop, ahli jemaah surau nur eman pun mantop-mantop, InsyaAllah.
Semoga dengan program-program sebegini, kita dapat merapatkan diri dengan Allah. Itulah tujuan kita bukan, mencari redha Ilahi? Dan sangat susah untuk kita berubah sorang-sorang. Kita memerlukan sahabat2 sebagai penyokong. Alhamdulillah, Allah pertemukan Aku dengan engkau; sahabat-sahabat ku sekalian. Kelab kita bukanlah semata-mata kelab, kerana kita membawa Islam! Jom niatkan segala-galanya kerana Allah ^^
Nota Ramadhan: Buat jadual mengikut keutamaan. Biarlah bazar Ramadhan menjadi keutamaan kita yang terakhir!
Selamat menyambut Ramadhan Kareem dari kami krew Lajnah Akademik dan Penerangan
No comments:
Post a Comment