Alhamdulillah ke hadrat ilahi
kerana kita masih mampu lagi untuk menghirup udara ciptaan Ilahi
dan dapat beraya Aidilfitri yang sudah berlalu 3 hari..
Alhamdulillah.
Bagaimana perayaan anda tahun ini?
Banyak duit raya dapat?
Semestinya setiap orang memiliki pengalamannya masing-masing
pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Ada yang
riang ria,mesra dan kecoh dengan gelak tawa
Dan
Ada juga yang
Menangis,sedu dan terkenang orang yang tersayang.
Walaubagaimanapun
pada hari raya ini
janganlah kita lepaskan peluang untuk bermaaf-maafan
kepada pak long dan mak long
pak ude dan mak ude
pak lang dan mak lang
pak busu dan mak busu
dan yang paling penting kepada siapa?
Semestinya kedua ibubapa kita bukan.
Allah mengingatkan kita dengan berfirman
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya,
ibunya telah mengandungnya dengan kelemahan demi kelemahan
dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun,
bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibubapamu,
dan kepada akulah tempat kembali".
(Luqman:14)
Dan
Allah tambah lagi dengan berfirman
" Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
daripada sedekah yang disertai dengan sesuatu yang menyakitkan
(perasaan si penerima)"(Al-Baqarah :263)
Dan kalau kita masih melukakan hati ibubapa kita
Tanpa kita sedar atau tidak
Dan tidak memohon maaf kepada keduanya
Rasullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya,
orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya
dan orang yang derhaka kepada ibubapanya
dan orang ketagih minuman keras"
Bukan sahaja kita perlu berbuat baik kepada ibubapa kita
Malah kepada semua makhluk Allah
apatah lagi kepada sesama muslim..
Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya Allah mewajibkan (kamu) untuk berbuat baik atas sesuatu,
Apabila kamu hendak membunuh maka
Lakukan pembunuhan itu dengan baik.
Dan hendaklah salah seorang diantara kalian menajamkan alat pemotongnya dan
Manjadikan sembelihannya itu merasa nyaman”.
(H.R.Muslim)
Demikian Rasullah SAW memberikan suatu pesan
Bahawa Allah SWT mewajibkan
Untuk berbuat baik terhadap segala sesuatu
Hingga kepada binatang yang akan disembelih pun
Kita diperintahkan untuk melakukannya
Dengan cara-cara yang baik.
Dan konklusi keseluruhan yang ingin
Saya sampaikan di sini ialah
Kita mestilah sentiasa
Memohon maaf,
Memaafkan orang,
Menghormati ibubapa,
Berbuat baik kepada semua ciptaan Allah
tidak kira dimana jua anda berada
dan tidak terbatas kepda Hari Raya Aidilfitri sahaja.
Suka saya ingatkan kepada diri saya sendiri
Dan anda semua bahawa
“Jika kamu berbuat kebaikan,maka faedahnya untukmu dan
Jika kamu berbuat kejahatan maka berbalik kepada diri kamu juga”
(Al-Israk:7)
Makanya
Segala apa yang kita lakukan selama ini
Hanya akan berbalik kepada diri kita sendiri.
Allah tidak sesekali memerlukan kita
Malah kita yang sebenarnya amat memerlukan Allah.
Oleh itu
Tidak rugi sekiranya kita berbuat baik kepada sesama manusia.
No comments:
Post a Comment