Sep 24, 2011

Pahitnya Istiqamah Pada Sikap


Seberapa lama,sering terfikir setiap masa dalam mendalami istilah 'istiqamah'. Dahulu semasa berada di dunia kampus, perkataan itu yang sering di ungkapkan oleh sahabat-sahabat dan para ilmuwan yang menyampaikan amanahnya. Ya, saya mengatakan ia amanah kerana itulah kewajipan orang berlimu. Menyampaikan kepada mereka yang tidak mengetahui dan dalam masa yang sama memperingatkan semula bagi yang mengetahui.

Malahan,istilah ini sering berada dalam pemikiran saya setiap masa. Terutamanya apabila mula melalui fasa perubahan dalam hidup. Semakin hari semakin mencabar.Meningkatnya kedewasaan ini memberi satu persoalan, kian bertambahkah amalan?Hal ini kerana, konsistennya amalan hanya dari hasilnya istiqamah. Bagi yang menempuhi makna dalam mempertingkatkan amalan, istiqamah inilah akan teruji.

Imam al-Ghazali menyatakan kerana sukarnya istiqamah ini maka sebabitulah di wajibkan ke atas manusia mengulangi doa kepada Allah setiap hari iaitu " Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" yang terdapat di dalam surah al-Fatihah. Bahkan ia di baca setiap hari sebanyak 17 kali dalam bacaan solat kita.

Makanya, istiqamah di atas jalan yang lurus sedikit sukar, tetapi kita harus bersungguh-sungguh untuk mendekati istiqamah sekalipun tidak mampu mencapai hakikatnya. Bagi setiap yang menginginkan keselamatan maka tidak akan ada keselamatan baginya kecuali dengan amal sholih. Bahkan amal sholih pula tidak akan lahir kecuali dari akhlaq yang baik. Betapa ia berkesinambungan antara istiqamah, amal sholih dan juga akhlak yang baik.

Namun, malangnya tidak semua yang mempunyai kesedaran tentang ini. Waima ia seorang yang bergerak di jalan dakwah. Ada yang amalannya di perhebatkan tetapi akhlaknya tidak setanding dengan amalan. Mari kita koreksi semula amalan yang sering kital aksanakan. Adakah ia meningkatkan akhlak kita? Cara mudah menilainya, adalah melihat bagaimana sikap kita ketika bersama-sama sahabat dan keluarga.Terutamanya pada waktu datangnya rasa marah dan juga di saat mood kita kurang baik. Adakah kita berakhlak sebenar seorang muslim dalam menghadapi keranah sahabat-sahabat dan ahli keluarga. Bahkan sejauh manakah akhlak kesabaran itu betul-betul kita cuba tanamkan dalam diri semasa berada dalam tekanan kehidupan.Sabar menahan marah. Sabar menahan diri bermasam muka dengan orang sekeliling.Serta sabar dengan tugasan yang kian memberati pundak bahu kita. Kenapa sabar? Hal ini kerana dari istiqamah ia akan membentuk akhlak kesabaran kita dalam menghadapi cabaran dan ujian yang menuntut kewarasan minda sepanjang masa.

Bagaimana pula jika akhlak masih tiada peningkatan walhal amalan sering bertambah.? Maka renung dan cek semula pelaksanaan amalan kita. Adakah ia di laksanakan dengan disiplin ilmu yang betul? Jika tidak kita hanya meneruskan amalan yang jahil dan sia-sia. Tidak membuahkan hasil yang baik sebaliknya sikap yang tidak baik seperti riya’, ujub dan penyakit hati yang lain. Seterusnya jadilah kita seperti daie yang dikatakan pepatah alim-alim kucing.

Pernah baru-baru ini seusai mengikuti sebuah program. Datang seorang adik yang baru di kenali menanyakan saya satu soalan, iaitu bagaimana untuk istiqamah. Jawapan spontan saya pada ketika itu ialah, mulakan ia dengan sedikit. Bukan semata-mata kerana ia daripada sepotong hadith. Hakikatnya ia lebih dari itu. Kerana saya pernah mencubanya. Memulakan dengan amalan yang mudah. Insya’Allah lama-kelamaan ia akan mendidik jiwa untuk terus konsisten.

Seperti hadith “Sebaik-baik amalan adalah yang berterusan meskipun sedikit.” (hadis direkodkan oleh Al-Bukharidan Muslim).

Apabila berusaha untuk istiqamah,tindakan yang akan di ambil ialah untuk membuat satu perubahan. Iaitu perubahan sikap.Maka pada ketika ini bagi para mujahid dan mujahidah halangan utama adalah alasan. Alasan untuk berubah. Misalnya seperti dialog ini. “Maaf, dah memang perangai saya macam tu sejak kecil.”, ataupun begini “ Saya dah macam ni dari azali lagi, jadi terpulanglah orang lain nak terima atau tidak diri saya.”Paling tidak seperti ini, “Kenapa perlu jadi seperti orang lain? Saya adalah saya.” Inilah antara penyakit alasan yang sering di salah guna oleh kita dalam membuat suatu anjakan kepada diri sendiri.Terutamanya dalam menjadi ummah yang terbaik.

Teringat kepada saat wahyu sampai kepada Rasulullah SAW di waktu baginda bersama Khadijah. Tatkala Jibrail membacakan wahyu daripada surah al-Muzammil ayat satu hingga tujuh dan telah ditafsirkan oleh Dr Muhammad Husein Haykal di dalam karyanya “Hayat Muhammad”.Seruan itu bererti “ Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia), dan kepada Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan! Dansegala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi! Janganlah engkau memberi(sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya! Manakala bagi (menjalankan perintah ) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentengan musuh)!

Bahkan pabila Khadijah melihatkeadaan Nabi SAW ketika itu, beliau merasa semakin kasihan dan meminta Nabi SAW untuk berbaring semula dan berehat. Namun, Rasulullah lantas bangun dan terus berdiri seraya berkata “Masa untuk tidur dan berehat telah berlalu wahai Khadijah.Aku disuruh Jibrail untuk memberi peringatan dan amaran kepada manusia serta menyeru mereka supaya beribadat kepada Allah.” Malahan setelah Rasulullah mendengar penjelasan Khadijah mengenai perbualannya dengan Waraqah bin Nawfal,tanpa melengahkan masa Khadijah mengumumkan keislamannya dengan penuh perasaan iman terhadap kenabiannya.

Betapa hebatnya iman Khadijah kepada Allah danRasulNya. Khadijah tidak memerlukan bukti yang nyata tentang kebenaran Islam.Hal ini kerana ia telah terzahir melalui akhlak Nabi SAW yang telah Khadijah lihat bertahun-tahun selama ini. Contoh manusia yang luar biasa dengan kebenaran perkataannya, pemurah dan pengasih. Serta kesungguhan Rasulullah beribadat di gua Hira’ sepenuh tumpuan hatinya mencari kebenaran dengan hati, jiwa dan akalnya terhadap kekuasaan Allah SWT juga memberikan penyaksian Khadijah terhadap wahyu yang disampaikan.

Ternyata istiqamah Rasulullah dengan akhlaknya memberi impak yang besar terhadap penyebaran Islam kepada umat manusia. Oleh itu jangan biarkan penyakit alasan menjadi jurang kepada kita memperbaiki sikap dan amalan dalam memperolehi ilmu-Nya.
Marilah sama-sama kita turuti akhlak Nabi SAW satu persatu. Terus berusaha dan berusaha, bukan kerana janji syurga semata. Tetapi kerana nikmat sebagai pilihan Allah dalam menyampaikan kalimah-Nya dan juga nikmat di bukakan hati untuk kembali semula kepada-Nya.

FirmanNya : “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan” (Ayat 16 : Surah ar-Rahman )

Seperti mana yang di rasai Nabi SAW.Cukuplah baginya bersyukur dengan hakikat bahawa baginda pada mulanya merupakan anak yatim, lalu di jaga oleh datuk baginda, Abd Muttalib dan bapa saudaranyaAbu Talib. Serta dahulunya miskin, lalu Allah memberinya kekayaan dengan sebab sifat amanahnya dan seterusnya mendapat kesenangan kerana Khadijah yang menjadi teman hidup semasa muda baginda. Malahan teman ketika baginda beribadat di gua Hira’ dan akhirnya menjadi Nabi SAW yang di kasihi oleh Allah SWT dan para sahabat.Bagi Rasulullah, cukuplah ini semuanya, biarlah baginda menyeru kepada kebenaran sedaya upayanya. Itulah suruhan Allah kepada NabiNya, yang dipilihNya dan tidak meninggalkannya serta tidak pula benci kepadanya. Betapa tingginya cinta Allah SWT di sisi Rasulullah SAW.

Moga hidayah yang hadir di hati kita saat ini di genggam erat dengan istiqamah terhadap urusan agama. Insya’Allah ia akan berkekalan dengan ilmu dan amalan yang sering bertambah.

Penulis:penac0mel@episodperjuangan.blogspot.com

SIAPA MAHU JADI KAYA??


Bila ditanya soalan di atas mungkin semua akan    
berkata ya bukan?
Sudah pasti semua mahu.
Bukan hanya kaya duit tetapi
kaya budi bahasa,kaya ilmu,kaya akhlak,kaya kawan-kawan yang baik 
dan banyak lagi yang manusia inginkan..
tapi kali ini saya ingin mengajak anda bagaimana hendak kaya duit dan dalam masa yang sama turut juga kaya pahala..
ermmm..bagaimana ya??menarik juga ini..
Ingin thu?
  











Jawapannya ialah BERSEDEKAH.
Haa??betul ka?tidak percaya la..
Jom kita hayati apa yang Allah dan Rasullullah ajar kita mengenai bersedekah


Katakanlah,”Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambanya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNYA).”Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikan dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (Saba’:39)


Mahu lagi?

“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan 7 butir benih dan daripada setiap butir ,tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakinya. Allah Maha Luas Kurnianya Lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah:261)


Dan lagi

“Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik iaitu menafkahkan hartanya di jalan Allah? Bagi orang seperti ini, Allah melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan banyak. Allah menyempitkan dan melapangkan rezeki dan kepadanya kamu kembali.” (Al-Baqarah:245)


Tidak cukup?


Mahu lagi?


Ini dia ada lagi


‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)


Dan lagi


 Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Bukan itu sahaja malah
Dipanjangkan lagi umurnya dan mencegah dari ajal yang buruk

Maksud sabda Rasulullah saw: “sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” (H.R Tabrani)

Dapat menolak bala bencana

“Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
(H.R Al-Baihaqi)

Nampak?
Banyakkan hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang menyatakan 
tidak rugi sekiranya kita bersedekah.         
Oleh itu amatla rugi sekiranya kita tidak menyempurnakan ibadah sedekah ini
Tidak perlu menggunakan duit yang banyak,barang yang mahal
Tetapi cukupla dengan SENYUMAN.


Ps: ~Ptptn sudah masuk so apalah salahnya kita gunakan sediiikit duit kita itu untuk bersedekah.
         ~Orang yang bersedekah adalah orang yang tidak takut miskin.




Sep 22, 2011

.:: Solusi Fiqh Wanita ::.

InsyaAllah pada malam ini bersamaan 22 September 2011..Akan diadakan satu kuliah Maghrib yg bakal disampaikan oleh Ustazah Zaihan yg merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Shah.

Tajuk yang bakal disampaikan ialah Maqasid Sariah..

MUSLIMAT shj..
bertempat di Surau B1, Kolej Kediaman E..


Sep 16, 2011

Kebuluran di Somalia..


Seperti yang kita maklum,negara Somalia merupakan sebuah negara yang dho'if dan penuh kekurangan tetapi mengapa baru sekarang isu ini di bangkitkan di media-media masa? Telah sampai kepada kita berita bahawa berlakunya kemarau yang amat dashyat pada tahun ini di Somalia sehingga angka kematian telah meningkat secara mendadak.

Dilaporkan 30,000 anak-anak somalia telah mati kebuluran dan angka ini dijangka akan meningkat lagi pada masa terdekat.

Justeru marilah kita turut serta dalam menghulurkan bantuan semampu yang boleh
untuk saudara seIslam kita di Somalia.. 












Mari bantu mereka melalui Islamic Relief Malaysia (IRM).
Anda boleh berbuat demikian menerusi blog rasmi IRM: KLIK DI SINI 


Sep 10, 2011

Ahlan wa sahlan..

Sem baru sudah tiba..

Kami dari Kelab Nur Eman mengucapkan

Selamat memasuki Sem Baru 2011/2012

dan

Selamat Datang ke Universiti Malaysia Sabah

bagi

Mahasiswa dan mahasiswi baru

Kemasukan September 2011..

~moga dengan kehadiran sem baru ini,azam dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Allah semakin meningkat dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah semakin rapat.
insyaAllah amin.


                       Moga kehadiran sahabat-sahabat UMS terutamanya dari Kolej Kediaman E

dapat mengimarahkan lagi Surau Nur Eman

dan dapat pahala yang berlipat kali ganda dari-NYA

“Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang,
 maka Allah akan menyediakan
baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid.”
(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)


Sep 2, 2011

4 PetaK AiDILFITRI


Ikuti temu ramah pendek ini dengan pelukis kita: Azizul Shaharudin atau nama penanya zizularts.
 S= soalan, A= Azizul
S: Assalamualaikum, saudara. Tahniah atas penerbitan komik ke-26 di blog Nur E-Man.Dan Selamat Hari Raya Aidilifitri juga.
A: Waalaikumsalam, dan Selamat Hari Raya kembali.
S: Tanpa perlu memanjangkan ucapan berbasa basi lagi, saya terus menanya soalan sahaja. Adakah komik ini komik terakhir daripada saudara zizularts?
A: Ya, benar. Tanyalah lagi kalau tak malu.
S: Memang tak malu pun. Soalan seterusnya, jika ini komik terkahir, kenapa nada komik ini seperti pesimis bahkan dalam suasana menyambut lebaran?
A: Semasa berpantang dalam Ramadan, di mana-mana sahaja ada tazkirah tentang Ramadan, takwa dan keimanan. Apabila tiba bulan Syawal, semua itu dilupakan. Maka saya menimbulkan sedikit tone pesimis dan menimbulkan persoalan tentang hari kemenangan. Agar kita beringat juga. Tentang pengumuman ini komik terakhir saya, ianya khusus pada blog surau Nur E-Man. Namun pada masa akan datang, manalah tahu saya akan menyambung balik kerja saya di sini.
S: Jadi saudara masih akan terus berkarya tapi tidak menerbitkannya di sini lagi?
A: Benar, karya saya akan tetap juga disiarkan di blog putra-alkahfi. Dan saya juga sedang beralih ke fasa pasaran kerja juga. Lagi pun saya percaya, ada orang yang boleh menggantikan saya dalam ruangan komik ini. Pelukis yang bakal muncul pastinya lebih berbakat.Percayalah...
S: Baiklah, jika begitu kami mengharapkan yang terbaik buat saudara dan semoga saudara terus maju dalam lukisan dan cerita komik. Idea saudara sentiasa menarik perhatian kami.
A; Terima kasih, dan saya juga mendoakan blog surau terus maju dan berkembang dengan kemunculan ahli kelab yang lebih hebat daripada zaman saya dan saudara Ilham.Terima kasih kerana memberi ruang saya berkarya selama ini.

Sep 1, 2011

Aktiviti di Hari Raya


Alhamdulillah ke hadrat ilahi
kerana kita masih mampu lagi untuk menghirup udara ciptaan Ilahi
dan dapat beraya Aidilfitri yang sudah berlalu 3 hari..
Alhamdulillah.
Bagaimana perayaan anda tahun ini?
Banyak duit raya dapat?
Semestinya setiap orang memiliki pengalamannya masing-masing
pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ada yang
riang ria,mesra dan kecoh dengan gelak tawa
Dan
Ada juga yang
Menangis,sedu dan terkenang orang yang tersayang.

Walaubagaimanapun
pada hari raya ini
janganlah kita lepaskan peluang untuk bermaaf-maafan
kepada pak long dan mak long
pak ude dan mak ude
pak lang dan mak lang
pak busu dan mak busu
dan yang paling penting kepada siapa?
Semestinya kedua ibubapa kita bukan.
Allah mengingatkan kita dengan berfirman

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya,
ibunya telah mengandungnya dengan kelemahan demi kelemahan
dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun,
bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibubapamu,
dan kepada akulah tempat kembali".
(Luqman:14)

Dan
Allah tambah lagi dengan berfirman

" Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
daripada sedekah yang disertai dengan sesuatu yang menyakitkan
(perasaan si penerima)"(Al-Baqarah :263)


Dan kalau kita masih melukakan hati ibubapa kita
Tanpa kita sedar atau tidak
Dan tidak memohon maaf kepada keduanya


Rasullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya,
orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya
dan orang yang derhaka kepada ibubapanya
dan orang ketagih minuman keras"

Bukan sahaja kita perlu berbuat baik kepada ibubapa kita
Malah kepada semua makhluk Allah
apatah lagi kepada sesama muslim..

Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya Allah mewajibkan (kamu) untuk berbuat baik atas sesuatu,
Apabila kamu hendak membunuh maka
Lakukan pembunuhan itu dengan baik.
Dan hendaklah salah seorang diantara kalian menajamkan alat pemotongnya dan
Manjadikan sembelihannya itu merasa nyaman”.
(H.R.Muslim)

Demikian Rasullah SAW memberikan suatu pesan
Bahawa Allah SWT mewajibkan
Untuk berbuat baik terhadap segala sesuatu
Hingga kepada binatang yang akan disembelih pun
Kita diperintahkan untuk melakukannya
Dengan cara-cara yang baik.

Dan konklusi keseluruhan yang ingin
Saya sampaikan di sini ialah
Kita mestilah sentiasa
Memohon maaf,
Memaafkan orang,
Menghormati ibubapa,
Berbuat baik kepada semua ciptaan Allah
tidak kira dimana jua anda berada
dan tidak terbatas kepda Hari Raya Aidilfitri sahaja.

Suka saya ingatkan kepada diri saya sendiri
Dan anda semua bahawa

“Jika kamu berbuat kebaikan,maka faedahnya untukmu dan
Jika kamu berbuat kejahatan maka berbalik kepada diri kamu juga”
(Al-Israk:7)

Makanya
Segala apa yang kita lakukan selama ini
Hanya akan berbalik kepada diri kita sendiri.
Allah tidak sesekali memerlukan kita
Malah kita yang sebenarnya amat memerlukan Allah.

Oleh itu
Tidak rugi sekiranya kita berbuat baik kepada sesama manusia.