Aug 24, 2011

Jom Berdoa..




"Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa" (Fussilat: 15)


Adakah saya dan anda seperti itu??

Hanya diri kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya..

X merasa malukah kita kepada Allah yang sentiasa memberi nikmat dari kecil hingga 

sekarang dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya..

tetapi kita sering kali melanggar perintahnya malah sentiasa berprasangka buruk 

kepadaNYA..

Analogiku

Orang yang terlalu baik kepada kita 

tetapi dibalasnya dengan 

caci maki

melawan

dan berfikiran jahat. 


Adakah kita seperti itu selama ini??

Nauzubillah min zalik..

moga-moga kita dijauhkan dari segala sifat yang di benci oleh Allah swt.


Bersempena dengan 10 malam terakhir Ramadhan ini..



saya mengajak diri saya dan anda semua 



untuk sama-sama memuhasabah diri dan 


memperbanyakkan doa 

dengan sebenar-benar doa

dengan penuh tawaduk dan merendah diri serendah-rendahnya kepada

Pemberi Nikmat yang selama ini kita abaikan..


“Sia-sialah dan rugilah sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya” (HR Bukhori)

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang sahabatku..

buktinya??

Walaupun terlalu banyak perintah yang kita engkari

namun

Allah masih lagi memberi nikmat rezeki,kesihatan dan 

banyak lagi dalam kehidupan kita

cuma kita yang tidak menyedari dan mensyukuri segala nikmatNYA.



"Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampunan kepada Allah niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang"




moga 10 malam terakhir ini 

saya dan anda tidak mensia-siakannya..

insyaAllah..


~ ingin ku kongsi video di bawah ini..



Suasana meriahnya pada 10 malam terakhir di Alexandria Mesir..



Walaupun agak sukar ianya berlaku di tempat kita tapi ia tidak mustahil boleh

berlaku..

InsyaAllah..






Ps: jumpa lagi di post yang akan datang..InsyaAllah..





No comments:

Post a Comment