Aug 29, 2011
Aug 24, 2011
Jom Berdoa..
"Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan
menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia
banyak berdoa" (Fussilat: 15)
Mencari Lailatul Qadar
Sumber artikel: Resepirahsiaku.com
LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar."
Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)
Labels:
Ramadhan
Aug 22, 2011
RAMADAN:3 kisah Suhaila
Klik gambar untuk baca komik ni
Salam dari Azizul Shaharudin. Kali ini dia terlambat menyiapkan komik tentang Ramadan, katanya malas dan banyak masalah teknikal, tapi boleh pula buat tiga cerita dalam satu muka surat. Apa pun, sebelum Ramadan melabuh tirai...kita masih boleh membaca tentang Ramadan. Dipersilakan...
Aug 10, 2011
Cerpen : Suci Itu Dari Hati
Angin dari Bukit Klid begitu perlahan berlalu mengenai pipinya.Rasa sejuk kian merona di pipi Balqis kerana molekul hidrogen dan oksigen yang menyalutinya.
Sayup-sayup diiringi alunan ayat-ayat al-Quran daripada orang yang dikasihinya.Rutin harian Ajdar, suami Balqis. Teman dakwahnya dulu sewaktu kuliah di Universiti al-Fateh,Malaysia.Di jalan dakwah mereka bertemu jodoh. Ikatan hati mereka terlalu rapat dan utuh.Ditambahi dengan kehadiran lima orang cahaya mata yang menjadi penawar suka serta duka Ajdar dan Balqis. Mahar dakwah berkat kesabaran dan perjuangan mereka terhadap agama.
Seperti firman Nya :" Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah an-Nahl : ayat 97)
Subscribe to:
Posts (Atom)