May 25, 2011

Cerpen : Pondok Di Pinggir Istana


Hembusan angin petang Kota Bejia, memasuki perlahan-lahan ke celah-celah pondok usang , milik seorang janda, Kartini ataupun lebih popular dengan panggilan. Wanita yang telah lima tahun kematian suami,dan juga ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata yang pelbagai perangainya.

"Allah. Habis pula beras hari ini."

"Fatonah. Pergi belikan beras di kedai Uncle Tong." Jerit umi pada Fatonah, anak umi yang kelima.

"Ok! Umi."laung Fatonah.

"Makin kayalah kau Tong. Kedai kau pun dah, makin besar, memang bussiness minded betul." Teringat kata-kata Cik Teh.

"Memang pengampu Cik Teh ni.Hutangnya pun berlambak-lambak dengan Si Tong tu.Tapi macam mana Tong tak kaya, harga barang asyik naik ja." Teringat pula kata-kata dari Cik Tam kepada umi selepas itu.

"Ah! Sampai bila umat Islam nak maju, jika asyik duk mengumpat dan berbuat ghibah. Getus hati umi.

Tangan umi masih ligat memukul telur. Sambil memasukkan kelima-lima biji telur itu, hati umi tidak berhenti berzikir memuji Ilahi. Mudah-mudahan anak-anak umi lembut hati dan menjadi anak yang baik. Doa umi.
Kemudian umi memasukkan beberapa hiris bawang, cili padi dan sedikit sos cili serta juga kicap.

Menu biasa. Tetapi menjadi kegemaran anak-anaknya.

Masih terngiang-ngiang suara Ustaz Hafiz, di corong telinga umi.

" Makanan ini sumber pembinaan hati manusia secari hakikat dan rohnya. Secara hakikatnya apabila makanan itu berasaskan daripada bahan dan kandungan yang tidak berbahaya, kurang kesan kimianya, dan bersih.Ia akan menjadikan tubuh badan kita sihat dan seterusnya menjana akal menjadi lebih rasional.Manakala secara rohaniahnya , sumber yang halal samada dari aspek wang untuk membeli ataupun kesucian makanan yang menepati syarak pula akan memangkinkan pembangunan roh hati untuk semakin tunduk pada kebaikan dan perintah Tuhan.Jadi ibu-ibu, isteri-isteri sekalian hendaklah memastikan sumber makanan yang diberi pada keluarga itu diyakini halal dan suci.Tambahkan lagi dengan zikir-zikir semasa memasak makanan. Nah. Barulah dapat barakohnya di situ."

"Umi! Duit tak dak pun dalam beg umi?"

"Ah. Sudah! Mesti kerja si Hashim ni."

Habis duit umi diambil oleh Hashim anak Umi yang kedua. Seorang anak yang degil dan suka berseronok diluar. Tidak mempunyai kerja yang tetap dan suka menyusahkannya. Umi memang sentiasa pening memikirkan tentang anak lelakinya itu. Selalu mencuri duit umi. Kenakalan Hashim, satu kampung dah heboh. Suka merempit sana-sini.

Tetapi umi tetap bersabar. Terus berusaha untuk membentuk Hashim kembali ke pangkal jalan. Cemuhan masyarakat? Emh! Sudah pekak telinga umi mendengarnya.

"Apa yang mereka tahu apa yang aku rasa. Suka sahaja menjaja keaiban orang ke sana, ke mari. Tetapi tidak membantu pun. Sifar nilai masyarakat!"sendirian omongan umi.

"Umi. Macam mana ni" Fatonah menggoyangkan bahunya.
"Fatonah ambil duit ini". Umi keluarkan wang simpanan yang disembunyikan di dalam almari dapur.

"Alah Tini. Aku ada kenal dengan seorang bomoh ni. Dia boleh ubatkan anak kau Hashim tu. Tak perlu susah dah minta ustaz buatkan air penawar. Kau bawa sahaja limau purut, air sebotol, gula yang selalu anak kau makan tu dan dengan duit sedekah. Aku jamin anak kau pasti dengar cakap lepas bomoh tu jampi." Nasihat Cik Tam.

"Bodohnya manusia! Sampai menjadikan bomoh sebagai Tuhan. Allah kan ada. Wujud dalam jiwa muslim. Kenapa mesti bergantung kepada bomoh dan sekutunya. Yakin! untuk menyesatkan manusia. Aku bukan bodoh Cik Tam." bisik hati umi.Tawar senyuman umi, dengan pujukan Cik Tam.

"Dan sungguh, ia (syaitan itu)telah menyesatkan sebagian besar diantara kamu. Maka apakah kamu tidak mengerti?" Surah Yasin:62

"Umi. Telur goreng umi dah siap."

"Aduh terlupa pula aku." Umi menepuk dahinya.

"Terima kasih. Sayang Salwa". Salwa anak ketiga umi.Pelajar tingkatan empat, Sekolah Islam Umar Abdul Aziz atau ringkasnya SISUA. Adiknya Asrul juga bersekolah di tempat yang sama, iaitu berada di tingkatan tiga.Manakala, anaknya yang kelima dan keenam pula masih di sekolah rendah, iaitu Fatonah dan Mukhlis.

Anak sulung umi Iman, pula kini baru sahaja melanjutkan pelajaran ke Universiti Ekonomi Abu Qasim (UEAQ) di Kedah. Itupun puas umi memujuk Iman untuk menerima tawaran ke UEAQ. Umi tahu, bukan jiwa anaknya berada dalam suasana islamik seperti di UEAQ. Sudah menjadi kebiasaan dunia zaman itu, bertuhankan artis hiburan dan juga keseronakan material serta nilai kebaratan yang jauh simpangnya dari unsur islam.

Iman juga tidak terlepas daripada penyakit ini. Umi, kenal benar dengan Iman yang agak sosial berbanding adik-beradiknya yang lain. Kedudukannya sebagai anak sulung yang telah kehilangan bapa, menjadikan Iman seorang yang begitu berdikari dan berani. Bagi Iman, Iman bebas untuk menerokai dunia ini. Tetapi, kadang kala keberaniannya tidak bertempat. Jarang berfikir panjang. Itu yang merisaukan umi.Bimbang anaknya terjerumus lebih jauh jika tidak dicegah.

Jadi, inilah jalan terakhir bagi umi dalam memastikan Iman tidak lalai terlalu jauh dari Tuhan, iaitu UEAQ. Berbanding universiti tempatan lain yang tidak menjadikan syariat Islam sebagai silibus universiti. Sebaliknya hanya menyediakan hiburan dan keseronokan kepada pelajar. Habis kontang jiwa remaja intelek dengan hedonisme.

Lamunan umi terhenti.
"Umi, ini berasnya. Umi,tadi Pak Rahmat beri sedekah sempena Eidul Adha. Jadi dia berikan kita barang-barang dapur ini." tersengih Fatonah pada uminya.

"Alhamdulillah. Syukur rezki dariNya jua." Lega hati umi.Cukup bekalan dapur untuk sebulan. Senyum umi.

Tiba-tiba muncul pula Cik Tam. Tak perasan bila pula datangya.

"Eh. Pak Rahmat tu mesti nak mengambil hati penduduk kampung ni. Itulah sebab dia bagi sedekah. Sempena raya haji konon. Bukankah Pak Rahmat akan bertanding pilihan raya akan datang, sebagai calon Parti Bintang Tanpa Bucu. Strategi pancing undi. Kau jangan tertipu umi."serius bicara Cik Tam

"Pulak. Bagi sedekah pun di label sebagai pancing undi. Pak Rahmat kan di kenali sebagai orang yang jujur dalam perniagaannya. Merendah diri dan tidak pernah berbangga-bangga denga harta yang dia ada. Malah berilmu pula dalam agama. Kau jangan tuduh sebarang Cik Tam." Cik Teh pula menyampuk.

Dah agak dah. Mesti Cik Teh pun ada juga di situ.

"Ilmu ikhlas hanya pada Allah. Dia lebih mengetahuinya. Biarpun Pak Rahmat jadi calon Parti Bintang Tanpa Bucu, tetapi kebaikannya memberi sedekah sudah memberi nikmat yang besar umi dan anak-anak ok. Semoga Allah merahmatinya." Umi mencelah.

Cik Teh tersenyum puas, Cik Tam pula mencuka mengalah.

Lagipun bukan umi tidak mendapat bantuan daripada kepimpinan Kota Bejia. Ada. Tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Umi pernah juga mendengar tentang isu pembahagiaan harta negara. Bersemangat presiden negara membentangkan jumlah angka-angka mengikut keperluan penduduk. Namun, hairan juga umi dengan nombor-nombor yang diucapkan. Projek BERLIAN mendapat banyak peruntukan.Lebih banyak daripada peruntukan untuk ibu tunggal dan rakyat miskin.

Oh ya.Umi mungkin buta ekonomi. Tetapi umi masih celik nombor dan angka.

"Aduh. Macam biasa, banyaknya angka yang disebut. Digit sahaja berubah tetapi aku dan anak-anak masih seperti ini." fikir umi.

Malas umi melayan janji manis itu lagi. Umi ada Tuhan yang Maha Adil, yang akan menghakimi setiap manusia di akhirat. The first lady, the second wife ke, semuanya akan di perhitungkan.

Lebih-lebih lagi baru-baru ini, orang besar negara pula meminta rakyat bersedia mental dan fizikal bagi menghadapi kenaikan harga barang rentetan kenaikan harga minyak.Jenuh umi memikirkan 'persiapan' ini. Setakat gaji sedia ada, memang akan bertambah sukar jadinya selepas ini.Semakin perlu mengerah tulang empat keratnya itu.

"Dugaan, dugaan. Agaknya lepas ini, bertambah ramai yang akan memohon wang bantuan dari kerajaan.Lagi pula nak support budget minyak motor cabuk kepunyaan arwah suaminya itu yang menjadi kenderaan rasmi mereka sekeluarga.Pasti meningkat budgetnya".Bicara hati umi perlahan.

Tiba-tiba teringat pula umi dengan jiran lamanya yang bekerja dengan kerajaan. Selalu mengeluh kerana hampir separuh dari gajinya hanya untuk membayar duit minyak sahaja.Kalau fikir rasionalnya memang macam tak logik. Tapi bila ditunjuk calculationnya, memang berlaku secara realiti.

"Huh,cabaran berulang-alik dari tempat kerja yang jauh memang gitu gamaknya umi. Kau jangan heran.Itulah sapa suruh nak bekerja.Penat bekerja, tapi gaji hampeh." Celah Cik Tam.

"Hish.Tak baik kau cakap macam itu Cik Tam.Bila ikhlaskan hati bekerja, insya'Allah, Dia akan permudahkan untuk kita.Biarpun sejauhmana tingginya cabaran yang perlu dihadapi.Sebab itu tugas seorang pemimpin sangat berat, kerana perlu mendahulukan kebajikan rakyatnya.Cik Teh menyampuk lagi.

Semakin pening umi mendengar getusan rasa Cik Tam dan Cik Teh itu.

"Ok.Salwa.Umi dah hidangkan makanan di atas meja ye. Sebelum Salwa pergi mengajar mengaji, pastikan adik-adik makan terlebih dahulu ok. Umi nak bersiap ke tempat kerja ni." tergesa-gesa umi membetulkan tudungnya.

"Baik umi. Hati-hati dalam perjalanan." jawab Salwa.

Kemudian Mukhlis masuk dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Umi!Umi!Ada jentolak datang. Besarnya jentolak tu umi...." excited benar Mukhlis.

"Oh,itu untuk projek pembinaan rumah kelas pertama di sebelah kampung kita ni Mukhlis. Projek Istana High." jeling umi, sambil memperbetulkan kopiah Mukhlis.

Begitulah cabaran dan dugaan seorang wanita dalam membesarkan anak-anak dalam dunia yang langitnya luas terbuka. Penuh dengan unsur-unsur dosa berbanding pahala. Isu ibu tunggal yang mungkin sama di dunia luar sana. Tidak lupa juga dengan kehadiran Cik Tam dan Cik Teh dalam kehidupuan manusia.

Sebagai satu simbolik, dimana cik Hitam adalah bisikan syaitan yang tidak pernah berputus asa mewujudkan kegusaran dalam hati manusia terhadap kebaikan. Manakala Cik Putih pula adalah tiupan keimanan yang terletak di dasar hati manusia. Menjaga manusia mengikut kekuatan amalan dan keyakinan kita kepada Allah.

Lumrah manusia, bermonolog antara kuasa hitam yang membawa kemungkaran dan kuasa putih yang mengasak kita kembali ke pangkuan Tuhan. Sebab itulah perlunya kesatuan iman dan akal melalui ilmu dalam menumpaskan godaan syaitan. Yang penting jangan berhenti berusaha seperti Kartini.

#Cerpen ini diedit semula dengan penukaran nama watak utama Ummi Alfida kepada Kartini, atas alasan nama ada kaitan dengan individu di arena politik ( Baru penulis tahu.Patut macam pernah dengar nama ini semasa menulis cerpen ini di blog penulis).Kemudian sedikit tambahan isu lalu yang berulang kali 'baharunya', sebagai cakna semula isu dalam negara yang selalu berlaku (penulis pun dah rasa jemu dengan isu ini).Mungkin selepas ini Kartini boleh fikirkan, bagaimana hendak menukarkan tampuk pimpinan Kota Bejia kot.Wallahua'lam#

Sumber :penac0mel @ episodperjuangan.blogspot.com

1 comment: