Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Aug 10, 2011

Cerpen : Suci Itu Dari Hati


Angin dari Bukit Klid begitu perlahan berlalu mengenai pipinya.Rasa sejuk kian merona di pipi Balqis kerana molekul hidrogen dan oksigen yang menyalutinya.

Sayup-sayup diiringi alunan ayat-ayat al-Quran daripada orang yang dikasihinya.Rutin harian Ajdar, suami Balqis. Teman dakwahnya dulu sewaktu kuliah di Universiti al-Fateh,Malaysia.Di jalan dakwah mereka bertemu jodoh. Ikatan hati mereka terlalu rapat dan utuh.Ditambahi dengan kehadiran lima orang cahaya mata yang menjadi penawar suka serta duka Ajdar dan Balqis. Mahar dakwah berkat kesabaran dan perjuangan mereka terhadap agama.

Seperti firman Nya :" Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah an-Nahl : ayat 97)

Jul 3, 2011

Cerpen : Lentur Hati


“Abi, hari ini jam berapa abi datang?”
“Macam biasa jam 5 ya.” Sayup suara abi di hujung talian.
Abi, sentiasa sibuk dengan tugasnya. Rutin hidupku bersama abi.

“Oh ya Safiyah. Ayah kamu bekerja berdekatan di sini kan? Jadi, apa alasan kukuh kamu untuk menetap di asrama? Pertama kali bertentang mata dengan warden SMK Seri Suria, Pak Rahman. Gerun rasanya.

Cikgu Rahman ataupun Pak Rahman begitu terkenal di sekolah asrama harian itu kerana kegarangannya dalam menguruskan pelajar yang menetap di asrama.

“Er, cikgu, boleh baca dalam surat ini ya.” Bergegas aku lari dari pertanyaan Pak Rahman.


May 25, 2011

Cerpen : Pondok Di Pinggir Istana


Hembusan angin petang Kota Bejia, memasuki perlahan-lahan ke celah-celah pondok usang , milik seorang janda, Kartini ataupun lebih popular dengan panggilan. Wanita yang telah lima tahun kematian suami,dan juga ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata yang pelbagai perangainya.

"Allah. Habis pula beras hari ini."

"Fatonah. Pergi belikan beras di kedai Uncle Tong." Jerit umi pada Fatonah, anak umi yang kelima.

"Ok! Umi."laung Fatonah.

"Makin kayalah kau Tong. Kedai kau pun dah, makin besar, memang bussiness minded betul." Teringat kata-kata Cik Teh.

May 20, 2010

TAZKIRAH MAKAN


Petang itu petang Ahad. Waktu cuti, waktu bersantai sambil menikmati teh panas dan pisang goreng. Dan kesempatan itu digunakan oleh Suhaila untuk berbual dengan adik bongsunya yang kecil metah itu. Siapa lagi kalau bukan Izati, kanak-kanak perempuan usai 6 tahun, comel dan aktif. Mari ikuti perbualan mereka seperti berikut.

Izati: Along dah makan banyak pisang goreng. Tak ingat kat adik ke? Adik pun nak makan juga.

Suhaila: Pandai adik along ingatkan. Along susah sikit nak kawal diri bila makan ni. Ha, masa makan ni adik kena duduk. Tak elok berlari masa makan.

Izati: Adik tau. Ustaz kat sekolah pun ajar adik adab makan. Ustaz cakap, mula dengan bismillah…Ngap!

Suhaila: Amboi ekspresnya bismillah dia... Adik tahu tak kenapa dalam doa makan tu disebut “Allahumma bariklana” bukan “Allahumma barikli”?

Izati: Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Adik ini baru belajar adab makan, makna doa makan pun adik ingat lupa. Macam “berkatilah rezeki kami…” adik lupa terus maksud dia lepas tu.

Suhaila: Pandainya Izati ni. Adik kan baru je tahu adab makan, tak perlulah nak ingat semua. Adik, makanan tu salah satu rezeki juga kan? Walaupun kita seorang je yang makan, sedar tak jauh perjalanan makanan ni untuk sampai pada kita? Dengan ramainya orang yang terlibat dalam rezeki sampai pada kita?

Izati: Makanan boleh berjalan ke? Hehe…

Suhaila: Makanan tak boleh berjalan, tapi boleh sampai pada kita. Macam kita makan pisang goreng ni, asalnya dari pisang. Pekebun petik pisang lepas tu dijual pada penjaja di pasar. Di pasar pula, peniaga pisang goreng beli pisang tadi, lepas tu dia masakkan pula pisang goreng dan jual pula pada orang lain. Pisang goreng ni pula kita beli dan kita makan. Kita kenalah bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada orang yang terlibat dalam perjalanan rezeki kita hari ni.

Izati: Jadi “kami” dalam “Allahumma bariklana” tu bukan along dengan adik je, tapi pekebun, penjual, peniaga pisang goreng sekali juga. Orang lain pun juga kan, along? Kita perlu ke sebut nama semua orang dalam doa kita?

Suhaila: Kalau nak hitung semua orang, tak termampu kita. Tu juga tanda Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Lepas adik tau ni, baca bismillah betul-betul ye. Sebab maksudnya bukan main-main.

Izati: Sebab rezeki berkat kot, along makan banyak-banyak pun tak gemuk. Along gemuk nanti, kena kencing manis. Siapa yang susah? Adik juga yang susah…

Suhaila: Ada pula macam tu.

Apr 25, 2010

CINTA PERJUANGAN

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan
marilah kita hayati erti cinta yang sebenarnya...


“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akhi selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.” “Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Apr 6, 2010

Harun Sayangkan Nabi Muhammad


Rabiulawal, bulan kepada titik mula rahmat seluruh alam. Rahmat seluruh alam itu dijelmakan dalam rupa seorang lelaki keturunan Quraisy. Hati remaja lelaki itu berbisik perlahan. Remaja yang masih bersekolah menengah, sudah mula memikirkan personaliti yang dicop hebat sepanjang zaman.

Siapa lagi individu tersebut kalau bukan Muhammad bin Abdullah, Rasul Allah, seorang anak yatim piatu, dan pengasas ajaran Islam. Nanti dulu! Nabi Muhammad bukan pengasas agama Islam! Islam diturunkan kepada baginda oleh Allah! Maka menyeleweng pernyataan Nabi Muhammad adalah pengasas Islam. Baginda hanyalah pembawa ajaran Islam sedang tugas baginda diwarisi pula oleh umatnya, itulah kita. Tulisan yang serong ini terkandung dalam buku seorang orientalis.

Otaknya berhenti memproses seketika semasa namanya dipanggil orang. “Woi, Harun!”, sayup panggilan itu menuju dirinya. Oh, rupanya remaja ini namanya Harun, bukan “Woi, Harun”.