Jul 24, 2010

WELCOME BACK, JEFFERY (BAHAGIAN 2)

Sambungan Bahagian 1….
Ketika itu Jeffery tidak berhasrat kepada agama. Namun dia membaca juga naskah Al-Quran, dengan prasangka dan prejudis yang kuat. “Anda tidak boleh membaca Quran dengan bermain-main, tidak jika anda serius dengannya. Sama ada anda menyerah kepadanya atau melawannya. Ia (Quran) menyerang dengan utuhnya, secara terus, menusuk kepada peribadi, serta mendebatkan, mengkritik, menjatuhkan ego
dan mencabar.” 

Maka ketika itulah Jeffery berada dalam pertempuran intra-personal yang hebat. “Saya berada dalam situasi dikalahkan, apabila Pengarang kitab ini lebih mengenali diri saya berbanding saya mengenali diri sendiri.” Dalam pertentangan tersebut, Pengarangnya seperti membaca dan menafsir fikiran Jeffery. Tiap malam menjelma, dia menimbulkan beberapa persoalan dan bantahan, namun jawapannya ditemui dalam dia terus membaca Quran. Quran sentiasa berada jauh terkehadapan pemikiran Jeffery, memadamkan tembok pemikiran Jeffery bertahun lamanya dan menjawab persoalannya. Jeffery bertarung dengan tabah, namun amat jelas sekali dia adalah pihak yang dikalahkan. “Saya telah dipandu, untuk berusaha ke satu peringkat untuk membuat pilihan yang satu itu.”

Waktu itu awal 80-an, di mana populasi Muslim adalah amat kecil di Universiti San Fransisco. Jeffery telah menemui bilik bawah tanah yang menjadi lokasi Muslim menunaikan kewajiban lima kali sehari. Mengumpul keberanian secukup rasa, dia datang ke sana, setelah mindanya bertempur hebat dengan pilihan sendiri. Apabila beliau keluar dari ruangan solat itu setelah beberapa jam, Jeffery sudah pun melafazkan shahadatain. “ I bear witness that there is no God but Allah, and I bear witness that Muhammad is His Messenger.”
Sejurus selepas melafazkan kalimah syahadah, waktu Zohor pun masuk, dan Jeffery telah diajak untuk turut sama dalam solat berjemaah. Bersama pelajar lain, Jeffery berdiri dalam barisan di belakang imam solat itu yang bernama Ghassan. Dia menurut pergerakan mereka dalam sembahyang.

Dia melihat Ghassan, memakai jubah putih, dengan tudung putih bercorak merah. Mimpi itu! Mimpi yang dialaminya dahulu, dan dia menjerit dalam hati. Adakah dia bermimpi? Adakah dia akan bangun dari mimpi itu? Dia memfokuskan apa yang akan berlaku, sama ada dia sedang tidur atau sebaliknya. Tetapi tidak, ia memang benar! Jeffery mengalirkan air mata tatkala merasai kasih sayang Allah.

Kembara setiap orang menuju Islam, menuju fitrah adalah pengalaman yang unik. Namun kisah Dr. Jeffery Lang agak mengujakan. Bermula sebagai pencabar kepada kewujudan Tuhan, kini dia menjadi pengiman kuat kepada Tuhan. Daripada pahlawan yang bertempur dengan Quran, dia menjadi orang yang menyerah kepada Quran.

(Akan bersambung lagi…)

No comments:

Post a Comment