Mar 23, 2010

Life Goes On 2













Cerita Life Goes On yang pernah tersiar dulu mendapat respon baik masa di blog putra-alkahfi dulu, dan selepas itu saya menerima idea daripada orang lain untuk melukis komik ni. Maka ini adalah komik kedua yang saya buat dengan idea orang lain, selepas komik Noble yet Difficult (idea Abang Hairul Anuar). Untuk tidak bangga diri dan bagi memberi kredit kepada yang berhak, maka saya namakan Rosdeana sebagai pembuah hasil idea ceritera ni. Jangan marah ye Deana kalau nama kau disebut dalam tulisan ni. Aku bagi kau publisiti lagi.

Setelah mengubah suai jalan cerita dan watak, maka saya fokuskan kepada Suhaila sebagai sekuel cerita, walaupun tajuknya takde kaitan dengan tema cerita kali ni. Asalnya Eri, tapi terpaksa tukarlah pula kerana Eri dah banyak sangat tunjuk muka. Okey, habis story pasal The Making Of… Life Goes On 2.
Semasa Life Goes On, kita dah tahu Suhaila a.k.a Su sedang menghadapi dilema antara tekanan keluarga dan proses tarbiah. Mendapat keyakinan baru, Su pergi setapak lagi ke hadapan dengan niat mahukan keluarganya mendapat limpahan rahmat Allah yang dapat menyelamatkan mereka di akhirat kelak. In the realm of afterlife, macam guru Bahasa Inggeris kata. Jadi…
Apa dia yang boleh memenangkan hati keluarga dan saudara-mara kepada Islam yang sejahtera? Dan titik mula hilangnya kejahilan dan amalan Islam yang ada had ada hari? Juga dapat memperoleh kepercayaan mereka?

If you want to deliver the message, be the message! (saifulislam.com)
Alamak, saya lupa pula ada orang tak reti bahasa omputih kat sini. Maksudnya, jika nak sampaikan mesej, jadikan diri itu sebagai mesej! Kita mudah dipercayai jika kita buat baik dan tidak biadap kepada mad’u, apatah lagi kepada yang ada hubungan darah.

Dengan membawa mesej kebaikan dan suci *petra, so perangai dan refleksi diri kita turut suci petra. Su telah membuktikan dirinya dipercayai dengan menunaikan janji kepada adik dia, Izati yang mengusai teknik memujuk, dengan memaksa kakaknya berjanji dengan cara yang irresistable. Moga-moga si cilik kelakar ni membesar menjadi pendakwah yang pandai memujuk daripada tahu menghukum.

And yes, kanak-kanaklah yang paling terkesan dengan output yang kita berikan kepada mereka. Hasilnya merekalah yang paling cepat buat baik, paling senang diajak buat ibadat, asal ada ganjaran material sebagai dorongan(untuk fasa awal)…. Saya harap sangat dapat memahami kanak-kanak, dan dapat mengubah perlakuan saya terhadap budak-budak. Biar pun dulu saya pernah menjadi kanak-kanak, saya masih terkapai-kapai nak memahami diorang. Maka sesiapa yang ada adik kecil atau anak saudara sekecil Izati ni harap dapat mengajak mereka ke arah tarbiah dan dakwah.

Terimalah hakikat, satu hari nanti kita akan berdepan dengan anak kecil, dengan kita berperanan sebagai ibu bapa atau guru atau pengasuh. Cara pendekatan dakwah dan tarbiah (ecewah!) 360 darjah berbeza daripada yang kita guna masa di dalam kampus dulu. Budak-budak suka main, kita tahu tu. Budak-budak tak suka kena syarah panjang lebar, yang tu pun kita reti. Budak-budak patut diajar perkara yang mudah, yang tu pun kita faham sangat. Tapi dengan ragam budak-budak yang mempunyai 1001 macam, kesabaran yang super duper hebat perlu sangat ada dalam diri kita.

Saya fikir ada baiknya kita rangka satu modul yang bercorak permainan kepada kanak-kanak sambil jati diri dan ilmu kerohanian dapat dipupuk sebagai program membentuk kefahaman yang sejahtera tentang Islam. Saya optimistik tentang perkara ni, kerana kawan-kawan kita di Sekolah Psikologi boleh membantu. Sedang saya cuba memikirkan bahan bacaan untuk mereka. Jika diizinkan Allah, saya mahu menghasilkan komik untuk mereka. Seperti mana Doraemon asalnya majalah komik bagi budak darjah empat di Jepun.

Cuma idea saya terbatas dan tak sesuai dengan umur mereka. Komik Islamik yang saya baca setakat ini pun belum lagi menumpukan kanak-kanak sebagai sasaran dakwah. Semuanya kepada kita-kita sahaja, yang sudah faham sikit-sikit tentang Islam. Saya sendiri masih lagi…. terkial-kial buat cerita ni. Atau kita boleh berdakwah dengan alat mainan, kereta control misalnya. Huh?
Pelik kan, budak perempuan macam Izati minat kereta control.Bukan Barbie doll. Anda ada minat yang lain dari yang lain? Bagus anda rahsiakan…
*petra : bersih (bahasa melayu klasik)

3 comments:

  1. wah...mabrukk...x sangka bleh wat sekuel.
    hehe...kelakarla budak kecil tu.pandai ugut org kot.

    ReplyDelete
  2. haha..mujur adik semua dah besar...

    ReplyDelete
  3. ni kira komik yang panjang juga lepas komik pasal cikgu tu.best jgk baca.

    ReplyDelete