Sep 22, 2011

.:: Solusi Fiqh Wanita ::.

InsyaAllah pada malam ini bersamaan 22 September 2011..Akan diadakan satu kuliah Maghrib yg bakal disampaikan oleh Ustazah Zaihan yg merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Shah.

Tajuk yang bakal disampaikan ialah Maqasid Sariah..

MUSLIMAT shj..
bertempat di Surau B1, Kolej Kediaman E..


Sep 16, 2011

Kebuluran di Somalia..


Seperti yang kita maklum,negara Somalia merupakan sebuah negara yang dho'if dan penuh kekurangan tetapi mengapa baru sekarang isu ini di bangkitkan di media-media masa? Telah sampai kepada kita berita bahawa berlakunya kemarau yang amat dashyat pada tahun ini di Somalia sehingga angka kematian telah meningkat secara mendadak.

Dilaporkan 30,000 anak-anak somalia telah mati kebuluran dan angka ini dijangka akan meningkat lagi pada masa terdekat.

Justeru marilah kita turut serta dalam menghulurkan bantuan semampu yang boleh
untuk saudara seIslam kita di Somalia.. 












Mari bantu mereka melalui Islamic Relief Malaysia (IRM).
Anda boleh berbuat demikian menerusi blog rasmi IRM: KLIK DI SINI 


Sep 10, 2011

Ahlan wa sahlan..

Sem baru sudah tiba..

Kami dari Kelab Nur Eman mengucapkan

Selamat memasuki Sem Baru 2011/2012

dan

Selamat Datang ke Universiti Malaysia Sabah

bagi

Mahasiswa dan mahasiswi baru

Kemasukan September 2011..

~moga dengan kehadiran sem baru ini,azam dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Allah semakin meningkat dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah semakin rapat.
insyaAllah amin.


                       Moga kehadiran sahabat-sahabat UMS terutamanya dari Kolej Kediaman E

dapat mengimarahkan lagi Surau Nur Eman

dan dapat pahala yang berlipat kali ganda dari-NYA

“Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang,
 maka Allah akan menyediakan
baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid.”
(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)


Sep 2, 2011

4 PetaK AiDILFITRI


Ikuti temu ramah pendek ini dengan pelukis kita: Azizul Shaharudin atau nama penanya zizularts.
 S= soalan, A= Azizul
S: Assalamualaikum, saudara. Tahniah atas penerbitan komik ke-26 di blog Nur E-Man.Dan Selamat Hari Raya Aidilifitri juga.
A: Waalaikumsalam, dan Selamat Hari Raya kembali.
S: Tanpa perlu memanjangkan ucapan berbasa basi lagi, saya terus menanya soalan sahaja. Adakah komik ini komik terakhir daripada saudara zizularts?
A: Ya, benar. Tanyalah lagi kalau tak malu.
S: Memang tak malu pun. Soalan seterusnya, jika ini komik terkahir, kenapa nada komik ini seperti pesimis bahkan dalam suasana menyambut lebaran?
A: Semasa berpantang dalam Ramadan, di mana-mana sahaja ada tazkirah tentang Ramadan, takwa dan keimanan. Apabila tiba bulan Syawal, semua itu dilupakan. Maka saya menimbulkan sedikit tone pesimis dan menimbulkan persoalan tentang hari kemenangan. Agar kita beringat juga. Tentang pengumuman ini komik terakhir saya, ianya khusus pada blog surau Nur E-Man. Namun pada masa akan datang, manalah tahu saya akan menyambung balik kerja saya di sini.
S: Jadi saudara masih akan terus berkarya tapi tidak menerbitkannya di sini lagi?
A: Benar, karya saya akan tetap juga disiarkan di blog putra-alkahfi. Dan saya juga sedang beralih ke fasa pasaran kerja juga. Lagi pun saya percaya, ada orang yang boleh menggantikan saya dalam ruangan komik ini. Pelukis yang bakal muncul pastinya lebih berbakat.Percayalah...
S: Baiklah, jika begitu kami mengharapkan yang terbaik buat saudara dan semoga saudara terus maju dalam lukisan dan cerita komik. Idea saudara sentiasa menarik perhatian kami.
A; Terima kasih, dan saya juga mendoakan blog surau terus maju dan berkembang dengan kemunculan ahli kelab yang lebih hebat daripada zaman saya dan saudara Ilham.Terima kasih kerana memberi ruang saya berkarya selama ini.

Sep 1, 2011

Aktiviti di Hari Raya


Alhamdulillah ke hadrat ilahi
kerana kita masih mampu lagi untuk menghirup udara ciptaan Ilahi
dan dapat beraya Aidilfitri yang sudah berlalu 3 hari..
Alhamdulillah.
Bagaimana perayaan anda tahun ini?
Banyak duit raya dapat?
Semestinya setiap orang memiliki pengalamannya masing-masing
pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ada yang
riang ria,mesra dan kecoh dengan gelak tawa
Dan
Ada juga yang
Menangis,sedu dan terkenang orang yang tersayang.

Walaubagaimanapun
pada hari raya ini
janganlah kita lepaskan peluang untuk bermaaf-maafan
kepada pak long dan mak long
pak ude dan mak ude
pak lang dan mak lang
pak busu dan mak busu
dan yang paling penting kepada siapa?
Semestinya kedua ibubapa kita bukan.
Allah mengingatkan kita dengan berfirman

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya,
ibunya telah mengandungnya dengan kelemahan demi kelemahan
dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun,
bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibubapamu,
dan kepada akulah tempat kembali".
(Luqman:14)

Dan
Allah tambah lagi dengan berfirman

" Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
daripada sedekah yang disertai dengan sesuatu yang menyakitkan
(perasaan si penerima)"(Al-Baqarah :263)


Dan kalau kita masih melukakan hati ibubapa kita
Tanpa kita sedar atau tidak
Dan tidak memohon maaf kepada keduanya


Rasullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya,
orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya
dan orang yang derhaka kepada ibubapanya
dan orang ketagih minuman keras"

Bukan sahaja kita perlu berbuat baik kepada ibubapa kita
Malah kepada semua makhluk Allah
apatah lagi kepada sesama muslim..

Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya Allah mewajibkan (kamu) untuk berbuat baik atas sesuatu,
Apabila kamu hendak membunuh maka
Lakukan pembunuhan itu dengan baik.
Dan hendaklah salah seorang diantara kalian menajamkan alat pemotongnya dan
Manjadikan sembelihannya itu merasa nyaman”.
(H.R.Muslim)

Demikian Rasullah SAW memberikan suatu pesan
Bahawa Allah SWT mewajibkan
Untuk berbuat baik terhadap segala sesuatu
Hingga kepada binatang yang akan disembelih pun
Kita diperintahkan untuk melakukannya
Dengan cara-cara yang baik.

Dan konklusi keseluruhan yang ingin
Saya sampaikan di sini ialah
Kita mestilah sentiasa
Memohon maaf,
Memaafkan orang,
Menghormati ibubapa,
Berbuat baik kepada semua ciptaan Allah
tidak kira dimana jua anda berada
dan tidak terbatas kepda Hari Raya Aidilfitri sahaja.

Suka saya ingatkan kepada diri saya sendiri
Dan anda semua bahawa

“Jika kamu berbuat kebaikan,maka faedahnya untukmu dan
Jika kamu berbuat kejahatan maka berbalik kepada diri kamu juga”
(Al-Israk:7)

Makanya
Segala apa yang kita lakukan selama ini
Hanya akan berbalik kepada diri kita sendiri.
Allah tidak sesekali memerlukan kita
Malah kita yang sebenarnya amat memerlukan Allah.

Oleh itu
Tidak rugi sekiranya kita berbuat baik kepada sesama manusia. 


Aug 24, 2011

Jom Berdoa..




"Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa" (Fussilat: 15)


Mencari Lailatul Qadar


Sumber artikel: Resepirahsiaku.com

LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar."

Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)

Aug 22, 2011

RAMADAN:3 kisah Suhaila

Klik gambar untuk baca komik ni
Salam dari Azizul Shaharudin. Kali ini dia terlambat menyiapkan komik tentang Ramadan, katanya malas dan banyak masalah teknikal, tapi boleh pula buat tiga cerita dalam satu muka surat. Apa pun, sebelum Ramadan melabuh tirai...kita masih boleh membaca tentang Ramadan. Dipersilakan...

Aug 10, 2011

Cerpen : Suci Itu Dari Hati


Angin dari Bukit Klid begitu perlahan berlalu mengenai pipinya.Rasa sejuk kian merona di pipi Balqis kerana molekul hidrogen dan oksigen yang menyalutinya.

Sayup-sayup diiringi alunan ayat-ayat al-Quran daripada orang yang dikasihinya.Rutin harian Ajdar, suami Balqis. Teman dakwahnya dulu sewaktu kuliah di Universiti al-Fateh,Malaysia.Di jalan dakwah mereka bertemu jodoh. Ikatan hati mereka terlalu rapat dan utuh.Ditambahi dengan kehadiran lima orang cahaya mata yang menjadi penawar suka serta duka Ajdar dan Balqis. Mahar dakwah berkat kesabaran dan perjuangan mereka terhadap agama.

Seperti firman Nya :" Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah an-Nahl : ayat 97)