Dec 27, 2011

.:: Solat Hajat Imtihan ::.

Biarpun sedikit tapi istiqomah..Allah suka bha tu..:)
 di surau A3, Kolej Kediaman E.

Dec 13, 2011

Benarkah cinta??

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, dan adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah” ( surah Al-Baqarah : 163)

Barang siapa yang mengaku tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri daripada tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1.   Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2.   Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3.   Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan diri.

Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada lima”

Lima perkara tersebut ialah : 
1.   Mereka cinta kepada dunia, tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2.   Mereka cinta kepada harta benda, tetapi mereka lupa kepada hisab.
3.   Mereka cinta kepada makhluk, tetapi lupa kepada Pencipta Makhluk itu.
4.   Mereka cinta kepada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5.   Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur.


So???.... ”benarkah cinta???”….tanya diri, tanya hati, sejauh mana mencintai Allah yang selama ini di ucapkan atau hanya sekadar ungkapan dan bukan lahir dari hati nurani kita sendiri…….jawapan pertanyaan ini hanya ada pada diri kita…  
                             renung-renungkan lah!!!


Dec 8, 2011

Sedekah

Assalamuaikum wbt…


Kalau sebut pasal sedekah, dalam fikiranku xpernah lupa pesan seorang ustaz semasa di bangku persekolahan…

“Kalau kamu rasa kamu kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.”

Pelik juga bila dengar ustaz kata kan begitu.

 Kita dah la xde duit, nak bagi sedekah pulak??abih tu nak makan ape la?”

Ayat itu yg bermain didalam fikiran saya ketika itu. Ustaz saya menyambung..

“Bila kita xde duit ni, sedekah kita paling  ikhlas, tidak menunjuk-nunjuk,sebab ape xtnjuk?? Sebab kita bagi sikit,hehe..”

tambah ustaz lagi bukan hanya waktu terhimpit baru nak sedekah tapi waktu senang sangat2 digalakkan bersedekah,sebabnya ustaz kata..

“Kalau kamu sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kamu itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki”

owh ok…semua persoalan masa tu dah terjawab..

Sahabat2 sekalian, kita harus ingat
Siapa pun kita samaada masih belajar atau sudah bekerja(apa-apa pun pekerjaan) jangan tunggu kita kaya baru mahu bersedekah. Tidak perlu sedekah yang banyak, yang penting kita istiqomah(berterusan).  Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan,walhal sebesar kuman pun, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan. Ia mampu menerbitkan senyuman kepada penerima, walaupun cuma untuk seketika.

Kita harus setkan, programkan dalam otak kita ni bahawa,

“TANGAN yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima”


Kita kena ingat, rezeki kita dapat hari ini, bukan milik kita semuanya. Ada hak orang lain didalamnya. Allah bagi rezeki lebih dengan kita, kenapa??supaya kita dapat panjangkan(sedekah) kepada orang yang memerlukan pula.
Sedekah ni hanya nampak berkurang dimata manusia, namun pada Allah ianya tidak berkurang walau sedikit pun. Bahkan mulia disisi Allah. Kita tidak rugi sama sekali, bahkan untung. Kerana sedekah mempunyai kelebihan diantaranya:

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK

Bukti ni dapat kita lihat melalui kisah Nabi Ibrahim dan Malaikat tentang anak murid Nabi Ibrahim yang ditangguh kematiannya disebabkan sedekah yang dilakukan.

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )


MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )


P/S: rajin2 la bersedekah ye..tabung surau sedia menerima sedekah sahabat2 semua..jangan senyum je kat tabung tu ye,kcian tabung2 kosong je..JOM SAMA2 MENABUNG UNTUK AKHIRATJ

Dec 1, 2011

Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram

Assalamualaikum sahabat2..
Tinggal 1 minggu lagi datangnya hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini. Pada hari tersebut kita semua disunatkan untuk berpuasa. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut.
Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء 

وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم 
عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن 
بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

~credit to Minda Tajdid (Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin)