Jun 30, 2010

Kenapa Tuhan Buat Neraka??

Ini kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu dan beragama Islam tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden...

[VIDEO] McDonalds Food - The Truth

This is the truth of McDonalds' food. It is absolutely disgusting. Caution to those with weak stomach...

Jun 29, 2010

GAMBAR MASJID SEKITAR DUNIA

MASJID DI IRAN

ERR..MASJID NI DI MANA YE? LUPA DAA...

MASJID BIRU DI ISTANBUL, TURKI...ADA 6 MENARA. YANG WARNA BIRU TU BAHAGIAN DALAM MASJID NI

Jun 28, 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU JAWAPANNYA: FULL COLOR

Sementara menunggu karya baru saudara Azizul Shaharudin ni, Yonkoma (komik 4 petak) tentang exam ni saya terbitkan kembali....dengan warna penuh....dan dialognya diedit sedikit....

Ohh..dan ini merupakan komik full-color yang pertama, kata saudara Azizul ni... Harap dia dapat terbitkan lagi komik bewarna pada masa akan datang.

Jun 25, 2010

'Young Imam' Is the Reality Show Creating All the Buzz in Malaysia

ImageHost.org

KUALA LUMPUR—The U.S. has "American Idol." Britain has "The X Factor." Malaysia, one of the world's more progressive Muslim nations, has something rather different—a televised search for the country's most eligible young religious leader.
"Young Imam" might look familiar at first glance. Ten good-looking male contestants in sharp-looking suits are assigned to sing and complete a series of complex tasks. At the end of the show, the studio lights dim, the music drops to a whisper, and a clutch of young hopefuls step forward nervously, waiting hand-in-hand to find out who will be sent home that night.
Instead of a record contract or a million-dollar prize, though, the last imam standing wins a scholarship to the al-Madinah University in Saudi Arabia, a job leading prayers at a Kuala Lumpur mosque and an expense-paid trip to Mecca to perform the Haj pilgrimage.

THE GOLDEN PHOENIX

kata sahibul hikayat, burung cenderawasih@bird of paradise@golden phoenix ini hanya turun ke bumi bile hayatnya berakhir. dan bangkainya tidak berbau busuk. Burung ni memang unik sampai ada kisah dongeng dan misteri menyelubungi spesies burung ini. Hanya kedapatan di Nusantara.

Terlalu sedikit maklumat sahih tentang makhluk ini. Sebagai tanda kita ni bukannya Tuhan yang serba tahu, hanya makhluk jua. Jua tanda bagi kebesaran Allah. Harap ada pihak yang dapat membongkar...misteri burung Cenderawasih.

Cantik kan burung ni? Tapi susah nak cari...

Jun 22, 2010

Kasihnya Rasulullah

Cinta manusia dengan manusia biasanya diukur dengan nombor peratus. "cintaku 100% untukmu" Maka tersipu-sipulah si kekasih apabila pasangannya membisikkan ke telinganya. Bahkan ada software kecil yang mengira peratus cinta manusia berdasarkan nama, iklan-iklan dalam televisyen apa kurangnya... Seolah-olah tiada kerja lain, mengira peratus cinta manusia itu yang menjadi keutamaan... 

Manusia bagaikan terlupa... Terlupa akan cinta agung Rasulullah S.A.W kepada umatnya, sedangkan baginda tidak pernah bertemu dengan kita. Kasih Rasulullah S.A.W kepada umat, cinta agung sepanjang hayat. Walaupun nyawa Baginda sudah di hujung sakarat, cinta Baginda terhadap umatnya masih didakap hingga ke akhirat.

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W di khutbah Wadak,

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap seorang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu...
Mesej kasih sayang Nabi sangat kental. Sebelum mencintai Nabi, kasihi dahulu sesama manusia. mana mungkin mulut memuji sedangkan tangan dan kaki menyakiti saudara sendiri, tambahan lagi, andai amalan yang diberikan dijarahkan tanpa simpati.

Hati-hati kata Nabi, sebelum mencintai Baginda, bersihkan dahulu jasad dari perkara yang syubhah apatah lagi yang terang-terang mazmumah. Andai bersekongkol dengan syaitan, segera bertaubat. Pesanan Nabi itu terasa mudah, tetapi amat sukar untuk melaksanakannya.

Sabda Nabi:
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberikan makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang berzina.
Jelas, sebelum mencintai Nabi, jangan sesekali diabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Segala apa yang Nabi minta umatnya lakukan memandu kita untuk memiliki kasih Nabi. Bolehkah kita mencintai Nabi, tapi, dalam masa yang sama tidak melakukan apa yang telah diperintahkan Allah dan Rasul-Nya, terutamanya dalam soal ibadah?

Andai benar kita mencintai Nabi, sudah terujikah cinta kita terhadap Baginda? Sedangkan Al-Quran sangat sedikit dibaca, As-Sunnah kadang-kadang sahaja dapat dilaksanakan? Dan apa erti cinta andai tiada pengorbanan? Kalau kerana si kekasih kita sanggup buat apa sahaja, kenapa tidak untuk Rasulullah?

Dewan Masyarakat, Isu November 08

Jun 21, 2010

Murtad: Antara Emosi dan Realiti

Mereka juga mungkin menguasai institusi-institusi agama atas kebijaksanaan mereka dalam bidang tertentu, sedangkan mereka murtad. Akhirnya kita menyimpan barah yang amat berbahaya dalam tubuh umat. Maka sekadar pertahankan perubahan agama pada kad pengenalan semata, bukan satu kejayaan. Bahkan mungkin menjadi musibah jika berleluasa pada suatu hari nanti. Kejayaan yang sebenar adalah mengembalikan mereka ke pangkuan Islam secara reda dan menghilangkan kekeliruan mereka mengenai agama ini.
MURTAD adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidak berasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkan mukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebut dalam jiwanya, “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua.” Allah berfirman dalam s urah al-Baqarah: 217: (maksudnya) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).