Apr 30, 2010

TAHU TAK INI LEMBU? TEKALAH...

 Ini ada satu jenis lembu,
Serupa lembu kampung kita,
Tunggu, bukan kita merapu-rapu.
Di hutan juga lembu ini melata.

Nama sainsnya Bos javanicus,
Tembadau panggilannya orang Sabah, 
Banteng sebutannya orang luar,
Tengok punggungnya putih, nampak stokingnya putih, bah.

Si jantan garang berkulit gelap,
si betina cantik warna merah coklat, oh pretty..
Depa la ni duduk satu geng,
Tapi sayang depa spesies terancam, fauna ini.

Mari sini kita bagi tazkirah,
Buat apa buru tembadau,
kalau stok lembu melimpah ruah,
Orang yang buat memang lahabau.

Eh, sapa yang berloghat utara ni?

Oleh: Zykenzsoul

Apr 27, 2010

Muktamar Tsanawi UPS 2008/2009

Pada 7 Mac 2010, Muktamar Tsanawi Unit Pengurusan Surau 2008/2009 telah berlangsung
di Surau Nur-Eman Kolej Kediaman E, UMS.








DODOL BERSAMA MUHIBAH





Apr 26, 2010

Apr 25, 2010

CINTA PERJUANGAN

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan
marilah kita hayati erti cinta yang sebenarnya...


“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akhi selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.” “Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Apr 21, 2010

Apr 14, 2010

Benarkah Ibu

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....!!!!

Sedangkan binatang pun sayangkan anak, inikan pulak manusia~~

Dari Pengetua

Bismillahirrahman nir rahim..

Ini adalah nota dari Facebook Pengetua Kolej Kediaman E sendiri, Dr. Andika Aziz Hussin. Di dalam nota ini, beliau menulis mengenai Kolej Kediaman E secara amnya. Yang membuatkan aku ingin mengongsikan notanya dalam blog ini adalah kerana ada bahagian yang beliau katakan mengenai Unit Pengurusan Surau (UPS) Nur E-Man. Bacalah dan yang bila sampai bahagian yang diboldkan itu lah bahagian yang aku katakan sebentar tadi :)

TAZKIRAH EXAM

oleh: Saudari Paidah....

Apr 10, 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU JAWAPANNYA

Sempena minggu peperiksaan yang mendekat ini, saya tampilkan sebuah komik bertemakan peperiksaan. Komik empat petak, atau komik strip atau YONKOMA dalam bahasa Jepunnya. Komik ini saya buat lama sudah untuk Buletin JAKMAS, berdasarkan perancangan manusia. Namun ada aral melintang, tidak jadilah pula dipublish.

Saya ingatkan para pembaca, jangan sewenangnya menggunakan jawapan macam ini.

Apr 8, 2010

Bermuhasabah

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya"
(Asy-Syams: 9-10)

Apabila tahun hendak mencecah 2010, aku terasa excited, tidak suka pun ada juga, sebab tahun ini umur aku akan bermula dengan 2.. iaitu, 20 tahun.. Aku selalu berkata, tak boleh terima... umur yang pelik, tua dan janggal.

Tapi ada apa dengan umur? Aku merasakan 18-19 tahun itu enjoy, tapi benarkah apa yang aku sepanjang 2 tahun tu? Penuh dengan kebaikan kah? Penuh dengan amalan kah? Atau sebaliknya?

Kita tahu, umur kita semakin meningkat dari tahun ke tahun, tahun 2009 berlalu, perjalanan hidup kita pada 2009 juga turut berlalu tanpa kita sedar apakah tahun 2009 itu dipenuhi dengan perkara-perkara kebaikan? Seandainya kita seorang muslim yang sedar dan prihatin, pastinya ada di antara kita sentiasa mencatatkan apa kelemahan, perkara yang tidak tercapai semasa 2009, lalu hendak dicapainya pada tahun 2010... 

Sesungguhnya tindakan ini kita gelar MUHASABAH. Bermuhasabah diri itu perlu... agar perjalanan hidup kita benar-benar berada di landasan/lorong yang betul... Jiwa manusia sangat cepat berubah. Kecenderungan untuk kita lakukan kejahatan/perkara terlarang lebih tinggi dari kecenderungan untuk melakukan kebaikan.

Sains & Haji


Haji merupakan fardhu islam kelima. Semua umat islam tidak menghadapi masalah untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, juga mampu menunaikan solat fardhu LIMA waktu sehari. Dan hampir kesemua umat islam (yang dah bekerja) mampu (mungkin lebih dari mampu) membayar zakat fitrah/harta serta mampu berpuasa di bulan Ramadhan (Upin & Ipin pun puasa penuh tau ^,^)

Apr 6, 2010

Harun Sayangkan Nabi Muhammad


Rabiulawal, bulan kepada titik mula rahmat seluruh alam. Rahmat seluruh alam itu dijelmakan dalam rupa seorang lelaki keturunan Quraisy. Hati remaja lelaki itu berbisik perlahan. Remaja yang masih bersekolah menengah, sudah mula memikirkan personaliti yang dicop hebat sepanjang zaman.

Siapa lagi individu tersebut kalau bukan Muhammad bin Abdullah, Rasul Allah, seorang anak yatim piatu, dan pengasas ajaran Islam. Nanti dulu! Nabi Muhammad bukan pengasas agama Islam! Islam diturunkan kepada baginda oleh Allah! Maka menyeleweng pernyataan Nabi Muhammad adalah pengasas Islam. Baginda hanyalah pembawa ajaran Islam sedang tugas baginda diwarisi pula oleh umatnya, itulah kita. Tulisan yang serong ini terkandung dalam buku seorang orientalis.

Otaknya berhenti memproses seketika semasa namanya dipanggil orang. “Woi, Harun!”, sayup panggilan itu menuju dirinya. Oh, rupanya remaja ini namanya Harun, bukan “Woi, Harun”.

Apr 3, 2010

Blog

:Perhatian

BLOG SEDANG DISELENGGARA

Apr 1, 2010

[Ceramah] Persepsi Sebelum & Selepas Mengkaji Islam

Berikut adalah sebahagian isi penyampaian Brother Lim, bukan ulasan kepada ceramah beliau. Yang menghakimi dan menentukan kebenarannya hanyalah anda para pembaca yang menyinggahi mata di laman ini. Saya hanya menyusun, dan meringkaskan sebahagian isi–isi ucapan beliau dengan ingatan yang terbatas ini.

Nama asal yang masih dikekalkan
Selalunya ramai saudara baru dipaksa menukar nama, terutamanya nama bapa atau nama keluarga kepada Abdullah. Sebenarnya itu bukan amalan dalam Islam, lebih kepada budaya di Nusantara sahaja. Betapa ramai orang yang tidak mahu memeluk agama Islam kerana tidak mahu menukar nama keluarga. Saya sendiri masih mengekalkan nama Lim Jooi Son, yang sekarang sudah ada tajwid. Lim adalah nama keluarga, dan Jooi adalah nama keturunan dan nama saya mempunyai maksud baik, iaitu “menuju kejayaan”. Selagi nama itu maksudnya baik, dalam bahasa apa pun nama individu itu tetap nama Islam. Dan bukan semua nama dalam Bahasa Arab membawa maksud yang baik.

My Chemical Roomate



[Pengisian] Kuliah Fiqh Aulawiyyat

 Merak disifat (dalam buku cerita kanak-kanak) sebagai binatang yang sombong kerana kecantikannya

Rasulullah saw bersabda, (Hadis Riwayat Muslim dan Abdullah bin Mas’ud):

Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah dari kesombongan.